Contest Pantun Ramadhan

Contest Pantun Ramadhan

petik bunga berkuntum-kuntum..,
assalamualaikum..!!

jom bersama-sama tengok dan cubaa ini contest syg2 ku..hehee

 ketik2 bha...KAMEK SYG
hoihoi hilanglah sakit kerana balsam,
Ingatlah puasa itu rukun ISLAM.

Seruling ditiup di atas papan,
Asyiknya irama membuai khayalan,
Ramadan datang selepas Syaaban,
Kuucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan.

Kagum meliht tabal diguna,
Raja dinobat penghulu negara,
Bulan Ramadan bulan mulia,
Bukan bebanan tetapi bahagia.

Singgah sebentar di Surabaya,
Membeli belah syok sendiri,
Bukalah hati kembangkan minda,
Diharapkan dapat menginsafi diri.

Cuba memetik bunga larangan,
Alamat kelak buruk padahnya,
Dosa dan kesalahan dibuat jangan,
Lakukan kebaikan bertambah pahala.

Emas bersembunyi di dalam peti,
Dijaga rapi tak boleh dicuri,
Jika hidup ingin diberkati,
Usaha dan doa jangan berhenti.

Selamat berpuasa penghapus dosa,
Semoga Syawal nanti penuh ceria!!


p/s: selesai menulis titik noktah,
semoga terpegun LADY MARIAH..

marilah meriahkan tiada rugi,
banyak hadiah boleh dimenangi.

bila makan senang hati,
maaflah jika pantun tak menusuk hati...
hehee

daa....KLIK BANNER KALAU SUDI..
MENJOINKAN DIRI SGT DIHARGAI..


Post a Comment

2 Comments

  1. suka la pantun2 u.. gud luck ya... ni ada harapan ni :)

    ReplyDelete
  2. pantun biase2 je niih...tak sempat nk wt luar biase nyer..hehee tak reti sgt laa tp try k..

    hrpn tinggi nk mnag taw..!!
    huhuhoh0hh..tq ~

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .