Assalamualaikum, haiiiii ! Alhamdulillah masih bernyawa, takziah sgt2 kepada mangsa2 jemaah haji yg ditimpa musibah, dan ujian semasa di sana , semua milik DIA .
Hari ni juz short entri , berkenaan novel fixi yg bertajuk 'GELAP' since 2014 dah diterbitkan sbnrnye, NONA, KAU BARU NAK REVIEW?? hhahahaha~
Aku dah lama gak tak baca novel, novel ni pun adik yg beliiii, yes, sebab busyyy, tp sekali sekala rindu gak nk berimaginasi kannn ~ So, novel cinta dh selalu baca, now tukar ke novel fixi la pulakkk ~ huhu ~ cari2 idea, mana tahu nanti nak menulis novel gak =.="
MIMPI lah ...... tp TAK MUSTAHIL !
Ok, jom reviewwww ~
Tengokk ! Misteri ! Ghase-rasenyer, laki ke gegurl?
hehe, kalau aku dah tanya tuuuu, konpem dh dpt jwpn , ye dak !
KONKLUSINYA :-
1. Novel ni terdapat unsur 18sx pada awalnya sahaja, dan hujung2, semasa throwback.
2. Jangan menghina atau merendahkan kekurangan orang lain.
3. Jgn menindas org yg lemah sebab anda akan mndpt hukum karma.
4. Jangan berdendam sebab ini merosakkan orang lain dan diri sendiri.
5. Wanita, jagalah maruah diri anda
6. Jangan salah gunakan kepandaian diri
7. Cuba memaafkan dan meminta maaf
8. Berfikirlah sebelum bertindak
9. Ingat orang tersayang
10. Sayangi diri dan kehidupan masing-masing
PALING PENTING, JANGAN BIARKAN SYAITAN TERUS MENGUASAI KITA
SINOPSIS sedikit :-
Sekumpulan kawan dari keluarga orang berada mengamalkan gaya hidup bebas. ‘Private party’ setiap tahun sudah menjadi satu tradisi.
Satu invitasi daripada Adi dan Maya yang merupakan tuan rumah kali ini diterima oleh Anip, Dawi, Sheqa, Atirah, Eva dan Ed bertempat di kawasan hutan tempat jin bertandang.
Tanpa mereka sedar, parti kali ini mungkin menjadi parti terakhir mereka. Bermula dengan satu kematian, diikuti kematian yang lain. Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?
Bagi aku, novel nih boleh tahan best, memang berkaitan dgn remaja, dan boleh throwback kenakalan kwn-kwn aq time kat skolah....
lagi satu.. ini membuat remaja yg membaca akan berhati-hati sewaktu muda agar kelak hidup masih bahagia :)
SO student, or dewasa, ape yg anda buat hari ni,
akan menentukan anda di masa hadapan !
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .