Hikmah melawat orang meninggal

Hikmah melawat orang meninggal

Assalamualaikum, hai !

Syukur masih bernyawa :)


Hari semalam , banyak berita berkenaan pemergian. Kembalilah kepada Pencipta.

Related image


Hmm... Aku tengok adik aku, muka insaf btol........ balik dari tgk sedara kwn dia tu..........

Betul, melawat orang meninggal, ada banyak hikmahnya,



Antaranya :-

Dapat mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahli keluarganya

Dapat mengingatkan diri kepada kematian. 

Dan kita sebagai manusia, dapat muhasabah semula, jenis kebaikan yang sudah dan harus kita lakukan kerana di sana berakhirnya kita.

Mengingatkan smula tentang asalnya kewujudan manusia dan di manakah yang kekal abadi serta siapa yang lebih berkuasa di dunia ini, hanya Dia, Allahuakbar

Selain itu, semakin ramai yang solatkan jenazah, adalah semakin baik untuk si mati berdasrkan hadis



مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلاً لاَ يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا

إِلاَّ شَفَّعَهُمْ اللَّهُ فِيهِ.


Maksudnya:Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada empat puluh orang yang mendirikan solat Jenazah baginya, yang mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut." (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Janaaiz, no: 948.)




Image result for hikmah melawat orang meninggal



Persoalan : Baikkah kita dia akhir hayat kita nanti ? Sibuk bergosip lagi kan skrg?



Tarik nafas dan muhasabah .



Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .