REVIEW HOTEL SETIA, KLUANG, JOHOR || Hi ! Syukur masih bernyawa. Yaa, setelah sekian lama nak share pasal sebuah hotel yang bertempat di Kluang, Johor.
Ramai yang tahu, 31 Januari hari tu, Nona dan beberapa orang member ke Gunung Lambak, Johor.
ENTRI DI SINI
Lobby, receptionist yang ramah di situ :)
Pada malam 30 Januari 2018, kami mencari hotel untuk bermalam. Nak dijadikan cerita, aku survey awal hotel ni tapi tak book pon, terus walk in je...... nasib nasib masa sampai tuh, dah tinggal sebuah bilik kosong berharga range RM90.00 sahaja. Parking FREE ! Dan banyak tempat parking....Okay, satisified!
Pakej yang kami amek namanya Superior Queen Room. Gambar berserta katil tak teramek sebab dah penat gila masa sampai, jenjalan malam, and budak dua orang tu dah rasmikan dengan segeranya..muahaha~
Tapi ada ihsan google. So macamnihla.. ::
Ngam tiga orang atas katil!
Hihi, laju gila aircond
Masuk masuk je bilik sederhana saiznya, sesuai dengan harga, berserta televisyen, toilet, almari, dan meja solek. Ok lah, atas meja solek ada seperti dalam gambar.
:: Paling best, ada sejadah dan arah kiblat disediakan, so takde masalah malam-malam nak bukak kompas cari arah kiblat~ haha ::
Toilet? Yesss, bersihhh! I like toilet bersih cam gini ! Heheee~ Barulah selesa, walaupun takda bath tub, tetap best nak mandi..........
Bantal lebih ada diletak dalam almari, so aku ngan member lagi dua orang tu ngam ngam tidur atas katil....fuhhh, nasib muat.. aircond sejuk beb, sampai ke tulang..............empuk la katil hotel...rasa nak bangun pagi pon malas...Hehe...
Oh ya, seterika ada, tapi di bilik iron, disebabkan aku tak iron apa barang, so aku tak ke bilik tuh.
WIFI ? Untuk pakej nih, sorry, takda Wi-Fi tau.
Dan sekiranya time check out kita terlewat, RM 10 dicharge untuk sejam masa terlebih tu.
Overall?
Wow, overall puas hati !!! Buat untuk menginap sehari je...memang ok.....sebab berdekatan dengan banyak tempat menarik jugak. Gunung Lambak area belakang hotel jer, tak jauh mana.Dalam 5-8 minit sampai dah......memang pilih hotel nih untuk keesokan hari sampai cepat..Nice bukan!
Berbaloi bagi sesiapa yang plan nak mendaki Gunung Lambak, ataupun jenjalan tengok apa menarik di Kluang, Ini antara hotel yang best di Johor, dan juga hotel murah pada masa tertentu.
Thanks Hotel Setia, Kluang !
=====================================================
HOTEL SETIA KLUANG
No 3, Jalan Setia Indah 1,
Taman Setia Indah,
86000 Kluang, Malaysia
===================================================
Inilah kami ! Customer Hotel Setia, Kluang !
p/s: Ada free, leh datang lagi kann :)
2 Comments
Okey jugaklah hotel nih kan tapi tuhlah no wifi pulak..hehehe
ReplyDeletewaaaa.. cantik.. terbaek hotel ni..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .