Flower Chimp
Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia
Tenggara
Pengasas
Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018
KUALA
LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!”
Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan
penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama
insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga
kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.
Ding dongg ! Heheee~
Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir
hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena
sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower
Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke
hadapan berbanding pesaing mereka, Flower
Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam
Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu,
tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi
pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas
semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh
menjadualkan penghantaran pada hari yang
sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk
mengejutkan insan tersayang mereka.
Red or Yellow pilihan awak??
“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan
penghantaran bunga ini, Flower Chimp
telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam
tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan
Filipina dengan rekod pertumbuhan lima
(5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka
dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur
termasuklah Asia Venture Group (AVG),
sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan
dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat
pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney,
Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di
Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara
yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah
Lotz.
Fresh-fresh, cantiknyaaa !
Lotz dan rakan
kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri
perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima
untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping
meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan
ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap
pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa
secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk
pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan
keperluan mereka,” kata Frassa.
Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran
dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan
menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin
bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua
belas (12) bulan akan datang, dari Suku
Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)
2019, Flower Chimp akan
berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat
pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.
-TAMAT-
Hubungi kami:
Flower
Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook:
https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
Flower
Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:
https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id
Flower
Chimp di Filipina
Laman Sesawang:
https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook:
https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
Mengenai
Flower Chimp
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua
usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama
bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal
sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan
untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras
baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan
mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap
bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan
perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan
perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan
penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan
bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di
Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan
bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan
negara Asia Tenggara lain.
Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp,
layari www.flowerchimp.com.
Sila hubungi Jabatan Pehubungan Awak kami menerusi emel: pr@flowerchimp.com
atau telefon bimbit: +6013-886 9948
untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.
5 Comments
bestnyeee kalau ada yang kasi kite munge2 tu =D
ReplyDeleteHa ah..best kann... Cantikkk2
Deletebestnyaaaa kalau ade yang bagi bunga kat ainn.hahahhaa..
ReplyDeleteNon...nanti bulan 11 besday Sis bg bunga tau hahahaha
ReplyDeleteCantik flower arrangement Flower Chimp ni..
ReplyDeleteThe best part ada delivery ke Seremban in case LZ perlu boleh terus order..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .