Hi! Just entri santai to share resepi sedap ni...bab kacang..mak I suka.. bubur kacang..coklat kacang...hehe...nanti boleh try buat kuih ni pulak
KUIH TALAM KACANG HIJAU MENYELERAKAN... Sedap buat sarapan atau minum petang ..
Lapisan bawah - (kacang hijau )
1 cawan kacang hijau (yang telah di rebus lembut dan mesin halus sikit)
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
3 cawan santan cair + secubit garam
beberapa titis pewarna hijau
--------------------
Cara-cara :-
1. Panaskan kukusan, lapik loyang dengan plastik atau boleh juga sapukan minyak terus pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau kedalam periuk dan kacau rata. Tapiskan dan masak sebentar sahaja di atas api sehingga pekat sedikit. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Tuang adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.
-----------------------------------
Lapisan Atas - (santan)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
---------------
Cara-cara:-
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masak adunan diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul-ketul.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit dan sejukkan sebelum di potong dan hidangkan.
Okay. Selamat Mencuba! Kepada Diri Sendiri Jugak ... Heheee
10 Comments
wahh mcm sedap je..heheh
ReplyDeletewow...nampak sedap ni...
ReplyDeleteSedapnya kuih talam tak kira apa pun base nya semua feveret kak AJ hehe :)
ReplyDeletetak pernah makan talam yg ni
ReplyDeletemacam sedap je ni nona. akak tak oernah makan lagi tau talam kacang hijau.jalau talam kacang merah ada juga.
ReplyDeleteHa, try la kak.hehehe
DeleteTak pernah rasa lagi kuihhh talam kacang hijoooo. Nampak cam sedapppp duhhhh. Aduhhh. Mana nak cari??
ReplyDeletewowww menyelerakan! ni kalau mak saya nampak ni mesti nak try sebab dia suka kuih talam. favoritee :D
ReplyDeletenanti buat lebihhh bagi lerr geng jdt blogger merasaa air tangan nona.hahahhahaa..
ReplyDelete5 exciting reasons to study Veterinary medicine .
ReplyDeleteCara-cara Permohonan pelajar ke timur tengah secara mudah melalui online.
10 top reasons you should take medical course.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .