Konsert Gema 3 Budaya | Perkenalkan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

Konsert Gema 3 Budaya | Perkenalkan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

Aktiviti Hujung Minggu|| Pada hari Sabtu, 26/07/19 yang lalu, telah berlangsungnya Konsert Gema 3 Budaya sebagai acara kemuncak Fiesta Sehati Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor Bahru. Masuk adalah FREE. 

Ianya berlangsung di Auditorium Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar Johor Bahru. Konsert Gema 3 Budaya ini menggabungkan budaya dari 3 negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Kalau sebut tentang budaya, sudah tentu konsert ni meliputi aspek budaya dan adat di 3 negeri tersebut. 

Antara benda yang suka pada malam itu ialah pemilihan pengacara pada malam tersebut. Pengacara bergabung dari Johor FM, Melaka FM dan Negeri Sembilan FM ! Lucu dan tidak membosankan.


 
Tarian zapin dan artis Siti Nordiana membuat persembahan pembukaan. Member aku berharap Nana nyanyi lagu 'Hatiku Milikmu' pada malam tu, tapi sampai sudah tetap non hado! Haha~ 


Persembahan dari legend, Pak Herman Tino menceriakan aku bila dengar bahasa jawa tu.. Jowo yo!
Haha~


Persembahan diteruskan membuat aku terasa seperti berada di Negeri Sembilan. 
Waris dan penyampai radio dari Negeri FM menjadi watak utama sebagai ibu dan anak. Terdonga je loghat nogori, rindu pulak kampung atok den!

Memang torgolak jang! Kisah Waris yang nak merantau ke negeri org..mencari rezeki...

Negeri Sembilan terkenal dengan suku-sukunya. Waktu ni, mereka cerita pasal adat Negeri Sembilan, penonton diperkenalkan dengan suku-suku di negeri tersebut. Bukan itu sahaja, malah lagu-lagu dan tarian dari negeri sembilan juga dipersembahkan. Aku teruja dengan tarian piring. Memang pernah nampak maksu aku dulu masuk pertandingan tarian tu. Best tengok dorang baling piring tukar tukar tangan tapi tak jatuh jatuh.... Haha


Ok...ke Melaka pula kita..

Lagu Dondang Sayang..Dan banyak lagi..Ada 4 orang penyanyi...Sedap sedap la suara dorang...nyanyian tradisional..lagu Portugis...Rindu A FAmosa.. Dulu buat projek untuk club...jalan jalan sana... Rindu sangat rasa ni!

Selepas selesai Melaka..kita ke Johor pula ye.. Negeri kelahiranku... Johor Darul Takzim...

Nahhh...ditunggu tunggu..  Baby Pian menghiburkan kami.... Mendayu dayu....Sambil selang seli dengan zapin..memang menarik! 


Dan persembahan akhir dinyanyikan oleh Ramlah Ram. Tapi gambarku tidak lawa....
Jadiknya....selepas settle.... Kita bergambarlah dengan Ramlah Ram....Humble je orangnya...


Helloooo Sufian Suhaimi!! Ewah. Sama warna Merah kitaaa...  

Bapak Herman Tino!

Kami. Rezeki duduk depan weh! 

Tahniah!!! Event berlangsung dengan jayanya! 
















Post a Comment

2 Comments

  1. seronok la nona. gambar jelas habis, terbaik la..

    ReplyDelete
  2. Masa tu Sis ko kat KL, ada kawan bgtau gak, kalau ada kat JB, Sis ko dah gi juga,..mesti best kan Nonnn...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .