Program 'Run To Give 2019' Membuat Pagiku Jadi Produktif!

Program 'Run To Give 2019' Membuat Pagiku Jadi Produktif!

AHAD YANG PRODUKTIF  || It is done! 20/10/19 yang lepas, aku, dan beberapa member JDT Bloggers turut serta dalam program larian amal 'Run To Give 2019' by Renaissance Johor Bahru Hotel di Panderosa Golf and Country Resort . Fuh! Semput! Dah berapa tahun tinggalkan aktiviti macamni...Kalau kat taman permainan pun, biasanya lari-lari anak...satu round je..pastu jalan kaki...


Kenapa 'Run To Give 2019'? Ha.... Ini adalah kerana program ini diadakan untuk mengumpul dana yang cukup bagi National Kidney Foundation (NKF Malaysia) membeli 3 buah mesin dialisis di bawah kerjasama dengan Renaisance Hotel dan Marriot International. Inilah larian amal namanya. Sambil buat aktiviti sihat, sambil kita beramal. Kan.

Ada dua kategori, iaitu larian jarak 5KM serta 10KM. Kitaorang join larian jarak 5KM. Itupun tercungap-cungap macam apa. Hehe.. Seronok sebenarnya lari beramai-ramai, dan lebih baik kalau terus berlari walaupun perlahan. Tapi, stamina aku belum cukup kuat untuk tak berhenti langsung. Once dah start berhenti-henti....alamatnya ketinggalan lah! Orang yang lari jarak 10KM tu pun sampai dah nak patah balik.. Aku baru nak sampai.. AHDOI!


Semangat! Happy! 

Aku enjoy tengok mereka yang bersemangat buat aktiviti macamni..Tak kira apa bangsa pun. Mat saleh pun ado! Winkkk.. Kau cuci mata kerr Nona?!

Well, to me...aktiviti seperti 'run To Give 2019' di pagi hujung minggu, memang produktif dan menyihatkan. Kalau sayang jantung, kena selalu buat aktiviti berfaedah macamni.

Jangan risau jika ada yang tercedera, sebab First Aid Kit telah disediakan, dan air mineral pun akan diberikan semasa acara larian sedang berlangsung.


Tahniah! Tahniah kepada semua peserta kerana anda sanggup bangun pagi untuk kesihatan diri dan support program amal nih! Tahniah too kepada para winners! Hebatlah stamina mereka! Dan juga tahniah kepada pihak penganjur!!

Saya akan cuba untuk joinnn lagi :) Semangat pulak bila dah dapat medal..



Post a Comment

2 Comments

  1. Tahniah Nona !! Kuruslah lepas ni ko ya Non...

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah! Bagus rajin join run ni. selain keluar peluh badan sihat, boleh berseronok dengan aktitivi ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .