Berjalan Dan Mendaki Di Hujung Minggu || Alhamdulillah. Masih bernyawa. Ini kisah beberapa bulan lepas. Dah lama tak mendaki, dan tak tengok kehijauan alam....Memang bagus aktiviti faedah macamni dibuat bersama family atau yang tersayang... Sihat sama-sama ..Sambil bersukan, sambil bergosip..HAHA.. Seronok tengok ada pasangan suami isteri, saling support sebab saiz isterinya yang agak besar.. Sweet nampakk!
Tapi.....Sekarang musim hujan, tak dapatlah singgah pagi-pagi....Ramai jugak berbasikal kat sini... Boleh pilih nak jarak mana-mana. Sama ada nak sampai batu sahaja, Kalau nak ke batu tuh, dalam 2km jugak la..atau boleh teruskan...pusing satu kawasan tu.
Nama tempat :
Taman Tasek Tun Jeanne Abdullah
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Tempat ni ada di area Seri Alam, tapi namanya baru aku tahu bila baca info di blog INI
Tapi.....Sekarang musim hujan, tak dapatlah singgah pagi-pagi....Ramai jugak berbasikal kat sini... Boleh pilih nak jarak mana-mana. Sama ada nak sampai batu sahaja, Kalau nak ke batu tuh, dalam 2km jugak la..atau boleh teruskan...pusing satu kawasan tu.
Tak berapa awal kami sampai, sebab ramai dah siap pusing kawasan nih masa kami baru nak start jalan..
Ha, bawah ni adalah batu itu...gunung ganang..
Kat bahagian tepi ada laluan nak naik ke sini..
Tapi kami teruskan perjalanan, tak berhenti kat sini pun.
Terus perjalanan melalui track, BYE GUNUNG!
Uish, nak sampai mana??
Haa....Jangan risau, ada petunjuk arah kat kawasan ni tau.
Ikut je anak panah.. tapi terdapat satu point tu, confuse jugak lah bila tengok.. ...so kitaorang ikut mereka yang dah selalu pergi sini.. Rasa selamat...
Hm.. Aku sebenarnya, lebih risau bila sampai kawasan kelapa sawit..Macam-macam fikir...Tapi syukur, takda apa-apa benda buruk berlaku.....
Sunyi, tenang..damai.... Yang penting, HIJAU sekitarnya.....
Bukit kat situ tak tinggi mana pun..Sebabtu ada orang berjaya turun naik dengan basikal...fuh!
Tak terlingkup punn tau!
Steady bro!
Teruskan perjalanan.....dan haruslah bergambar kejap sistur...sebab jalan dengan blogger kan...Mesti mahu banyak gambar. Hehehee~
Lepas jumpa kelapa sawit, terjumpa pulak pokok pisang...Hoho...Ni kira dah separuh jalan nak ke penamat...
Banyaknya..sempat aku bayangkan ada orang bawak minuman sejuk di tengah kepanasan tuh..sambil menggoreng pisang goreng...Haha
''Camni nak diet ? Krik-krikk~''
YES. 1 jam 45 minit...sampailah kami....dah jumpa titi ni, tamatlah perjalanan kami
Keluar-keluar je, taman permainan depan mata... Huhu...
Overall, puas hati...Peluh keluar.. Ahgituu....
SEMOGA SIHAT SELALU ehh!!
Nama tempat :
Taman Tasek Tun Jeanne Abdullah
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Tempat ni ada di area Seri Alam, tapi namanya baru aku tahu bila baca info di blog INI
3 Comments
menariknya aktiviti gini, nona.
ReplyDeletesihat.
seronok.
aida x larat la kalau jejauh sgt.
tak cukup tenaga!
Best giler ada laluan kebun kebun tu ha
ReplyDeleteBest, best
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .