Encore Melaka Tarikan Terbaru di Negeri Melaka

Encore Melaka Tarikan Terbaru di Negeri Melaka

Encore Melaka Tarikan Terbaru di Negeri Melaka || Encore Melaka.. Finally, aku jejak ke bumi Melaka setelah bertahun tahun tinggalkan zaman diploma 5 tahun lepas. Melaka semakin maju! Yes, bila masuk Encore Melaka nih, aku tergamam! Wujud bangunan gah macamni kat Melaka.  Meskipun maju, sejarah dan seni kebudayaan di Melaka tetap sama, tak pernah berubah!

Encore

Encore Melaka bukan setakat canggih di luar, bahagian dalam bangunan pun canggih! Serious, Teruja kita tengok!! Pilihan warna putih dan biru yang digunakan pada dinding bahagian luar menampakkan bangunan Encore Melaka sebuah bangunan yang exclusive, luas Dan tenang. Sesuai sangat untuk bergambar kenangan kat sini. Okay lah, jom masuk! Check bag dulu...


Ada apa di Encore Melaka?

Aktiviti utama kat Encore Melaka ialah Menonton persembahan.  Masa kami sampai tu, hujan mulai turun.. Jadik tak boleh bergambar sangat, and show pun dah nak start.

Menonton Persembahan/Show Apa?

Persembahan Teater. Kami menonton persembahan teater atau nama lainnya, pertunjukan kebudayaan berkaitan sejarah Melaka. Kalau sebut teater, of course penceritaan tu secara muzikal, terdapat tarian, lagu dan pelbagai babak puitis.. Kan.

TAPI 

Teater di Encore Melaka, ianya mempunyai keunikan dan kelainan berbanding teater di tempat lain dari segi kecanggihan teknolog yang digunapakai. Nak tahu apa? Scroll lagi yer...


Awesome! Berrgabung !
Rasa macam tengok screen wayang paling besar !! 

Encore Melaka

Cantik sangat warna warni kan..

Bersesuaian tagline mereka, 'The untold story of Melaka', para pengunjung bakal dihidang dengan tujuh cerita menarik dalam pertunjukan di sini. Betul, ada cerita yang tak pernah diketahui sesiapa dalam negeri Melaka ni. Aku pun baru tahu.. Tertanya-tanya apabila muncul seorang lelaki mengaku dia ada ENAM ORANG IBU. Fuh, What do you think? Huhu..

Baba Dan Nyonya

Sedang syok menonton teater, tiba-tiba kerusi penonton terasa seakan akan bergerak. Member aku cakap, yang pusing tu adalah stage kat depan tuhhhh! Bergaduh jugak lah nak pastikan sama ada kerusi audience yang bergerak or stage depan kami yang buat pergerakan. Jeng, jeng, jeng... nak tahu apa??

Jawapannya : Platform audience ROTATE  360 degree lahhh! Wowww! I told you! Hehe..

Kerusi yang penonton duduk tu sebenarnya berputar 360 degree secara perlahan semasa show sedang berlangsung dan kalau nak tahu, stage yang digunakan untuk persembahan tuuuu sangatlah panjang sepanjang 240 meter bersama beberapa pentas hidraulik dalaman! Selain daripada tuh, aku kagum dengan audio, lighting dan paparan 3D yang sangat canggih. Sekejap tengok kat paparan kat screen 3D, pastu tengok kat bahagian bawah, dan atas pentas sebenar.....Fuhh...tak rasa boring pun.

Nah,  Inilah kelainan yang terdapat dalam teknologi persembahan teater Encore Melaka. Korang pun kena rasa apa aku rasa..Kah-kah! Amazingg hoi!

JDT blogger
Ya, bertekak dengan orang sebelah pasal stage kat sini.. Sebab tak baca brochure sebelum tengok teater. HAHA..

Melaka

Sepanjang persembahan, mata aku meliar tengok screen besar gila depan mata. Part paling aku suka, part air turun dari atas siling. Kagum gila masa tuh! Rasa sejuknya air tu sampai ke tempat aku duduk.. Love it! Real punya show...Siap betul-betul punya air turun beb! Aku ada selit sikit sedutan video kat Instagram.. Check it out yeah!

Melaka
Woww.. 200 orang pekerja local yang menjayakan persembahan untuk menghiburkan penonton..Ini baru sebahagian tau.

Melaka

Kerusi selesa, persekitaran bersih!

Teater done, Takkan terus balik? Ha, lepak lah jap tepi laut, boleh tengok sunset... Nak tenangkan fikiran aka healing sebelum melangkah pulang.


I love this view so much ! Tenang Dan damai. Angin meniup diri... Adui, Rindu pulak sekarang!

'Art Market' pun ada. EHH!! Hihi. Masa kami pergi, date dekat dengan Christmas celebration.

Banyak booth yang dibuka. Member Aku rambang mata tengok anting-anting yang dijual..Ada oden, nasi, air minuman..dan banyak lagi...

Melaka

Okay, kalau nak beli banyak lagi souvenier, ada tempatnya berhampiran tempat kaunter tiket.

Encore Melaka

Banyak boleh dibeli buat kenangan..

Encore Melaka

Petang sampai ke malam kita duduk kat Encore Melaka nih awak!  Saja nak tengok keadaan malam kat sini..

Melaka
Bangunan bersisik!

Nak baring boleh takkkk? Hahaha.. No lah, cannot sit or lay on the board tu okay...

Overall, aku suka dan puas hati! Segala teknologi yang digunakan memang canggih gila, sesuai dengan harga tiket... Kalau korang dah sampai sini, baru tahu apa maksudnya... Aura semangat dan kejayaan negeri Melaka terasa dekat dengan aku masa berada di sini.. 

Jadik...korang pun boleh terjah ke sini..untuk rasai sendiri perbezaan yang terkandung dalam persembahan teater tersebut.

Ops, sekejap!

Kalau uolz nak dapatkan 5% diskaun, boleh guna code di bawah tapi sah untuk pembelian tiket  di website dorang sahaja  : https://encore-melaka.com/

Guna CODE ni : EMBLGNONA


Code ni boleh digunakan sehingga 31 March 2020 sahaja tau! Rugi tak grab, alang-alang dah ada diskaun nih, kan :)


Melaka

Harga bermula 1 Januari sehingga Disember 2020 seperti tertera ye...


Lokasi 'ENCORE MELAKA


Alamat:
PTS Impression Sdn Bhd,
No 3, Jalan KSB= Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200 Melaka, Malaysia.

No telefon  : +606 2707 7700
Website      : www.encore-melaka.com

















Post a Comment

5 Comments

  1. ohsem show mcm istana budaya., harga pon tak semua mampu milik., ;p

    ReplyDelete
  2. bestnya.. hari tu jalan-jalan dekat luar je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is an effective post, also there is highly recommended affordable assignment help available in offering great quality work for students in achieving excellent grades.

      Delete
  3. yezzzaa memang besttttt.... aku dua kali tengokkkkk.... hahahahahahhahhh...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .