Resepi Tortilla Cinta Di Musim PKP || Ini kisah minggu lepas gara-gara roti Wholemeal Gardenia takda stok. Selalunya, kedai runcit tempat aku mesti ada je stok roti wholemeal Gardenia tau. Tak sangka musim Covid, roti wholemeal pun ramai makan.. Huhu.. Baru nak start balik menu diet seperti Entri INI. So aku tak nak putus asa, aku cari kat Petronas berhampiran rumah. Uit, Pun habis! Tak rajin singgah ke Tesco or pasaraya lain, terpaksa ambil apa depan mata je. Haha.. Janji Wholemeal! First time aku beli dan try.. Terus letak nama resepi cinta kauuu!
Ada jenis lain lagi, kalau nak rasa macam roti biasa pun ada.
Jumlah di dalam ada 5 keping, harganya lebih kurang RM8 kalau tak silap.
Kenapa Tortilla Cinta pulak??
Ha, kena Scroll sampai habis entri..KAH!
Portion yang cukup, dan mengenyangkan!
Bahan-bahan Tortilla Cinta untuk makan tiga perut:-
1. Roll Up wraps (Wholemeal)
2. Bawang Putih Seulas
3. Bawang besar (1/2)
4. Garam 1-2 cubit
5. Telur Dua Biji
6. Sosej Dua batang
7. Salad
Cara memasak:
A. Masak isi-isi kandungan Tortilla
1. Tumis bawang merah, bawang putih
2. Masukkan garam secubit.
3. Masukkan telur (Dalam telur pun aku gaul dengan garam sikit)
4. Sosej. (Lebih elok pilih sosej jenis rendah kandungan karbohidrat)
B. Untuk tortilla.
. Panaskan selama 40 saat (Ini disyorkan Gardenia pada lampiran bungkusan wrapper)
C. Balut semua
1. Letak segala bahan yang dimasak tadi ke dalam tortilla. Salad dimasukkan last sebelum lipat dan balut tortilla tersebut
Again, kenapa Tortilla Cinta?
Sebab.... resepi ni aku masak dengan penuh kasih sayang untuk insan kesayangan.
Sabun tangan banyak kali sebelum dan semasa proses tau. Resepinya pula ikut suka aku.. Ada protein, karbo dan fibre. So anyone boleh buat Tortilla Cinta kan?!
Tortilla Cinta
Kerrr....Bunga-bunga cinta.......HAHA.
Notahati : Moga cepat selesai musim Covid 19, hancurlah segera.. AMIN
15 Comments
Gebunyaaa tortilla ko Nona...mesti sedapkannn..nanti nak buat jugalah...
ReplyDeleteGebu, banyak isi.. memang buat penuhhh cinntaaa.. hahaha.. try ler sis.. huhu
Deletemontok tortila ko non.. haha
ReplyDeleteMalas nak lipat banyak Kali, isi pun banyak teruss.. hahahahaha... Montokkk montokk manntapppppp.. kahhh
DeleteGemoknyaaaa T_T
ReplyDeleteKah kahhh.. iyooo..
DeleteKita asyik makan ni je sepanjang RMO , malas masak + takde idea nak buat lauk sebenarnya. :P
ReplyDeleteWhoaaa.. buat resepi cinta jugak la kannn.. aahhaha.. niceeee.. ni berkhasiat jugakk..
Deletehahahha kreatif ko non!
ReplyDeleteaku tak berapa gemar tortilla gardenia ni sebab dia lembut sangat..
I'm trying to be creativeeee.. lol.. hahahaha.. ha ah.. agak lembut teksturnyaa
Deletebila buat sendiri boleh isi banyak-banyak isinya. sapalah tu cinta hati tu
ReplyDeleteSedap.. sedap..
ReplyDeleteYang wholemeal ni tak pernah cuba lagi..
resepi simple tapi best! boleh ni buat untuk budak-budak ni
ReplyDeleteKo buat tortila cinta teringat pula suzie karipap karipap cinta..🤣🤣
ReplyDeleteTerus rasa lapaq perut ni 😂
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .