Barah Rahim Musuh Utama Wanita || Elakkan Makanan Seperti Ini

Barah Rahim Musuh Utama Wanita || Elakkan Makanan Seperti Ini

Barah Rahim Sangat Membimbangkan Wanita || Seram! Salah satu penyakit bahaya dan ditakuti ramai juga. Moga dijauhkanlah dari penyakit sebegini, dan cuba elakkan daripada makanan-makanan yang boleh menjadi antara penyebab kepada penyakit ini.  Barah Rahim, Kanser Serviks. Huh. Umumnya, kita masih tidak dapat menentukan punca sebenar kanser serviks atau turut dikenali sebagai kanser pangkal rahim dan barah rahim.

Faktor penyebab kanser serviks ini dikatakan daripada jangkitan human papilloma virus (HPV) yang menyumbang kepada perkembangan sel barah di serviks. Tetapi sebenarnya, tabiat pemakanan harian juga boleh dianggap sebagai faktor penyumbang masalah kanser pangkal rahim ini. Adakah ia benar?

Mengenali punca barah rahim

Selain jangkitan HPV, ada yang mengatakan bahawa makanan dan minuman tertentu juga boleh menjadi faktor penyebab kanser serviks.

Dalam situasi ini, makanan dan minuman yang termasuk dalam kumpulan yang tidak sihat dengan kandungan nutrien yang sedikit boleh mengakibatkan wujudnya kanser pangkal rahim.

Bagi wanita yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi mendapat kanser serviks, pengambilan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat ini akan lebih mendedahkan anda kepada risiko penyakit tersebut.

Tetapi apakah jenis makanan dan minuman yang berpotensi meningkatkan risiko pengembangan barah rahim?

5 faktor penyebab kanser serviks

Berikut adalah senarai makanan dan minuman yang perlu anda kurangkan atau elakkan pengambilannya, seperti:

  1. Tinggi kandungan lemak jahat

Makanan yang berpotensi menyumbang kepada kanser pangkal rahim adalah lemak. Walau bagaimanapun, bukan semua lemak tidak bagus.

Lemak yang dianggap tidak elok untuk kesihatan adalah jenis lemak trans dan lemak tepu.

Lemak trans adalah jenis lemak yang biasanya terkandung dalam makanan bergoreng seperti deep frying. Ini antara jenis makanan punca barah rahim.

Manakala lemak tepu pula adalah jenis lemak yang terdapat pada daging lembu, ayam, kambing dan yang sewaktu dengannya.

ini-5-makanan-punca-barah-rahim

Seperti lemak trans, makanan yang tinggi kandungan lemak tepu juga boleh mengakibatkan perkembangan sel-sel barah pada pangkal rahim.

Sebagai penyelesaiannya, anda boleh menggantikan pengambilan sumber makanan tinggi lemak tidak sihat ini dengan lemak yang lebih baik.

Ia termasuklah asid lemak tak tepu seperti asid lemak mono tak tepu dan asid lemak poli tak tepu.

Jenis lemak yang baik ini, tidak akan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada risiko peningkatan kanser serviks.

Ia biasanya terkandung dalam makanan seperti:

  • Minyak sawit
  • Minyak zaitun
  • Kacang tanah, gajus
  • Avokado
  1. Daging merah

Siapa yang tidak sukakan hidangan stik bersama lada hitam, tetapi hakikatnya makanan kegemaran ramai itu ada bahayanya.

Daging merah, yang terdiri daripada daging lembu dan kambing turut boleh menjadi antara faktor penyebab kanser serviks.

Lebih memburukkan keadaan apabila makanan ini mempunyai jumlah lemak dan kolesterol yang lebih tinggi berbanding daging putih, seperti ikan dan ayam.

Pengambilan daging merah dalam jumlah yang banyak dan kerap juga boleh meningkatkan risiko kenaikan berat badan dan obesiti.

Jika berat anda semakin naik, ini turut mendedahkan anda kepada barah rahim.

  1. Makanan diproses dan segera

Kalau ingin tahu jenis makanan diproses dan segera ini, paling mudah, junk food dan fast food yang selalu anda makan.

Ia sememangnya antara makanan yang sangat perlu dielakkan kerana menjadi penyumbang kepada kanser serviks.

Jika anda sukar untuk elakkan, mungkin boleh cuba kurangkan kekerapan pengambilannya dalam seminggu.

Sama ada makanan yang diproses atau makanan segera, kedua-duanya mempunyai kandungan lemak yang cukup tinggi.

Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada pertambahan berat badan yang akhirnya akan cenderung kepada barah rahim.

  1. Alkohol

Tabiat meminum alkohol sememangnya berpotensi menyumbang kepada beberapa jenis kanser

Walaupun minuman ini bukan faktor utama penyebab kanser serviks, tetapi pengambilan dalam jumlah yang berlebihan adalah tidak bagus untuk kesihatan.

Jika anda tidak dapat membuang tabiat minum alkohol, mungkin anda boleh sekurang-kurangnya mencuba untuk mengehadkan pengambilannya.

faktor penyebab kanser serviks

5. Kurang pengambilan sayur dan buah-buahan

Pengambilan sayuran dan buah-buahan yang kurang juga menjadi faktor penyebab kanser serviks.

Ini kerana sayuran dan buah-buahan adalah antara jenis makanan yang terkenal dengan pelbagai faedah untuk kesihatan.

Selain tinggi kandungan vitamin, mineral dan antioksidan, kebanyakan sayuran dan buah-buahan juga rendah kandungan kalori. 

Sudah tentu ia akan menyumbang kepada berat badan dan nilai BMI ideal.

Huishhh................. Betapa pentingnya bab makanan dalam penjagaan kesihatan kita, kan.


So, ada yang nak tahu lebih pasal cara mencegah varah rahim atau info kesihatan lain ?  Klik SINI 



Post a Comment

6 Comments

  1. Kami jaga makan. buat DSS. puasa isnin khamis. kurangkan lemak, manis, makanan segera.. Sebab kami ada PCOS. Kami TTC7 years dah. Memang kena betul2 jaga makan,agar berat badan stabil.. Doakan kami dalam journey TTC..

    ReplyDelete
  2. memang kurang makan daging. makan bila ada kenduri atau musim raya je. tapi itulah, makanan segera tu susah betul nak elakkan. walaupun jarang makan tapi kalau teringin, aduhaii..susah betul. harap semangatlah nak kurangkan lelemak ni.

    ReplyDelete
  3. Penyakit ni janganlah buat memain, sampai makan pi check, walau kita jaga makan sekalipun tapi tetap kena pi medical check, kadang bukan faktor makan je, faktor lain juga boleh menyebabkan cancer...

    ReplyDelete
  4. antara penyakit yang sangat ditakuti oleh wanita...kena kurangkanlah makanan2 yang tak berkhasiat macam ni..bukan aje kanser rahim yang melambai2, kanser2 lain pun ada potensi nak menyewa badan..

    ReplyDelete
  5. saya masih cuba maintain makan makanan berkhasiat, banyak minum air.. tapi itu la.. kadang2 susah nak elak makanan segera ni.. masih mencuba ni...

    ReplyDelete
  6. Aduh...kena kurangka makanan berproses la ni...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .