Moga semua baik baik saja buat korang..Masa menaip sekarang ni..aku masih dalam keadaan terkejut... Nak simpan sini sebagai kenangan pahit..
Tadi dalam perjalanan balik kampung nenek, aku dan family dapat kemalangan.. Berderau darah kami! Ada sebuah Kereta Axia tu buat U-Turn, lepastu terus nak masuk simpang kanan...Aku dah memang berada di laluan kiri, tiba tiba kereta tu laju je keluar terlajak sampai amek site lorong aku untuk seberang ke kanan.. Tak stop dulu Dan tengok Kiri kanan ...Aku mengelak masuk lorong kanan..tapi dia pun laju je langgor kereta akuuuu...Lepas langgar tu, Aku terus halakan stereng nak masuk line kiri balik, tapi sebab bumper depan dah pecah, kereta aku terpusing macam patah balik. Seram weh! Sumpah seram Dan menggigil!
Aku tengok semua family dalam keadaan ok. Sepanjang 8-9 tahun Aku bawak kereta, ini kali pertama dapat accident macamni! Serammm gile lah! Lepastu adik aku dah keluar nak marah driver tu..Aku blur..tengok Kereta yang aku bawak tu bersepai, bumper depan belakang kopak, lampu pun.. teruk jugak.. Huishh.. Pastu harini jugak terus ke Balai Polis, untuk melaporkan kejadian. Mintak nak claim insurance jugak sekali jalan... Huk huk...
Aku tak drive laju, bawak macam biasa jalan kampung la..tapi mana sempat nak break, kalau camtu, pintu orang tu mesti kemek gak sebab terlajak punya nanti...tapi ni tak..cuma bumper depan dia tercabut sebab dia langgar semasa aku cuba mengelak sampai ke penghadang laluan kanan weh..
Bayangkan, lepas kena langgar tu, aku control stereng balik masuk kiri, sebab Risau ada Kereta Kat depan di laluan kanan..I can't imagine IF ada Kereta or lorry kat laluan sebelah tu..ya Allah..bersyukur ya Allah... Allah Maha Pelindung.. Allah beri kehidupan lagi.... Alhamdulillah, Tak terkorban di Hari Raya Qurban nihhhh...
Selalunya, kes kes accident paling aku tak nak baca dalam paper or internet... takut jadi fobia..tetiba harini, aku dah macam main kereta langgar langar tu..versi real punyaaaaa oi! Ya Allah! Harapnya, taknak la berulang lagi!!! Moga selamat walau di mana pun kita berada... Amin....
I love you, myself....
12 Comments
Salam aidil adha 1441 H
ReplyDeleteSyukur, alhamdulillah selamat
Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Kekadang kita memang dah hati-hati dah drive, orang lain pulak yang cuai. Salam Aidiladha Nona
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah kau dan keluarga selamat. Take care non
ReplyDeleteAllah, nasib baik tak ada apa2
ReplyDeleteallahu, nasib baik tak terjadi apa2.. kalau ekin dekat sana, confirm traumaaaa tsk tsk..semoga segala urusan dipermudahkan
ReplyDeleteAlhamdulillah..semua baik aja..semoga Allah lindungi kita semua dari perkara yg tak elok..Aaminn
ReplyDeleteYa Allah takutnya nona..moga Allah sentiasa lindungi nona dan family..
ReplyDeleteYa Allah.. Tragedi raya korban..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Masih panjang umur..
Husniey #813 datang follow sini
Ya Allah Nonn...alhamdulilah semuanya baik-baik aja...
ReplyDeleteYa Allah..Nona!!!! 😭😭😭😭
ReplyDeleteAlhamdulillah. huhu.
ReplyDeleteTeringat kes isteri kereta total loss akibat kebodohan org lain memandu.
bila baca kes macam ni rasa geram sangat dengan pemandu yang tak berhemah
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .