eOperasi KPM : Aplikasi Buat Guru dan Bukan Guru|| Pernah dengar pasal eOperasi? Aku belum ada akaun ni lagi..tapi harini aku nak share sikit pasal Modul ini.. eOperasi merupakan salah satu antara 3 Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Modul pengurusan e-Operasi melibatkan pengurusan data-data berkaitan guru dan bukan guru yang didalam kategori seperti:
- Pentadbir Portal E-Operasi (pegawai pengurusan peringkat Negeri, Daerah, Zon dan Sekolah)
- Pengguna Portal eoperasi Malaysia (guru dan bukan guru)
Kalau dilihat kepada Paparan utama laman e-Operasi, ianya memaparkan beberapa maklumat penting mengenai portal ini seperti Pengumuman, Log Masuk, Bantuan dan Paparan Ralat.
Pengguna portal eoperasi, guru dan bukan guru, boleh memperoleh update terbaru mengenai e operasi kpm dari ruangan pengumuman.
Bagaimana ingin Login ke dalam eOperasi KPM ??
Perkara utama, fahamkan info di bawah sebelum meneruskan step seterusnya.
- Pengguna – ID yang telah didaftar dengan Pentabir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-operasi ini.
- Pentadbir Sistem – Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)
- Pengguna pertama kali perlu isi maklumat diatas dengan betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
- Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu ditulis supaya lebih mudah untuk ingat
- Lepastu tekan butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran.
- Kemudian anda boleh terus ke ruangan LOG MASUK sistem eOperasi menggunakan butiran login anda tadi.
- Setelah berjaya masuk login portal, semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.
Bagi mereka yang perlukan panduan manual pengguna boleh download seperti dalam gambar dibawah. Seandainya terdapat maklumat tidak tepat, anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .