Penting untuk Check dan Tahu Jenis Darah Diri Sendiri || Alhamdulillah. Syukur masih bernyawa. Harini nak cerita sikit pasal kepentingan mengetahui jenis darah dalam diri sendiri.
Ya, pasti kebanyakan orang tahu tentang jenis-jenis darah, tapi adakah korang tahu jenis darah diri sendiri? Kalau pernah derma darah, pasti tahu darah korang jenis apa...
Sebagai makluman, darah ABO terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu A, B, AB dan O. Kesemua kumpulan ini merujuk kepada perbezaan antigen yang ada pada permukaan darah tersebut.
Namun, sejauh manakah anda tahu tentang kepentingan mengetahui jenis darah anda selain untuk digunakan semasa menderma darah?
Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami di bawah!
Mengapa penting untuk anda tahu jenis-jenis darah?
Salah satu sebab mengapa anda perlu tahu jenis darah anda adalah untuk elakkan daripada menerima jenis darah yang salah ketika pembedahan ataupun ketika dalam situasi kecemasan.
Percampuran 2 jenis darah yang berbeza boleh menyebabkan darah bergumpal. Darah tersebut kemudiannya akan pecah dan boleh akibatkan reaksi toksik.
Keadaan ini boleh membawa maut kepada penerima darah. Walau bagaimanapun, risiko untuk anda menerima darah yang salah sangat minimum.
Setiap kali anda menderma ataupun perlukan permindahan darah, darah anda akan diperiksa terlebih dahulu sebelum dipasangkan bersama darah yang sesuai untuk anda.
Ini akan kurangkan risiko untuk anda menerima jenis darah yang salah
Mommy yang mengandung juga perlu tahu jenis darah
Ibu mengandung pula perlu tahu status resus diri sendiri. Status resus ataupun rhesus factor (Rh) ialah sejenis protein yang diwarisi yang terletak pada permukaan sel darah.
Jika darah anda mengandungi protein tesebut, anda berstatus Rh positif manakala jika anda tidak mempunyai protein tersebut, anda berstatus Rh negatif.
Kebanyakan ibu mempunyai status Rh positif. Walau bagaimanapun, masalah akan timbul jika ibu tersebut mempunyai status Rh negatif.
Ibu yang mempunyai Rh negatif tidak akan mengalami apa-apa komplikasi kesihatan. Walau bagaimanapun, ia boleh mempengaruhi kandungan anda.
Jika anda mempunyai Rh negatif dan anak anda pula Rh positif, badan anda akan menghasilkan sejenis protein yang dipanggil antibodi Rh yang boleh bergerak melepasi plasenta dan memusnahkan sel darah merah bayi.
Kondisi ini boleh menyebabkan anemia yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, penting untuk para ibu melakukan pemeriksaan darah ketika kandungan mencecah minggu ke-28.
Ibu yang mengalami kondisi ini memerlukan jagaan yang rapi ketika hamil.
Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh diatasi jika ibu melakukan pemeriksaan darah dan juga mengambil suntikan RhoGAM ataupun Rh immune globulin injection ketika mengandung.
Elak daripada terkena beberapa jenis penyakit
Tahukah anda jenis darah anda juga boleh sebabkan anda mengalami risiko yang lebih besar untuk menghidap beberapa jenis penyakit?
Sebagai contoh, penyelidik di Harvard School of Public Health mendapati bahawa:
- Individu yang mempunyai darah jenis B mempunyai 10% risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan arteri. Individu yang mempunyai darah AB pula 23% lebih berisiko.
- Individu dengan jenis darah A pula 5% lebih berisiko untuk menghidap penyakit arteri koronari (coronary artery disease) daripada individu yang mempunyai darah jenis O.
- Individu jenis darah O mempunyai risiko yang paling rendah untuk menghidap penyakit jantung.
Kajian yang sama juga menyatakan:
- Individu jenis darah AB mempunyai risiko strok yang lebih tinggi.
- Individu jenis darah A lebih berisiko untuk mendapat kanser perut.
- Diabetes jenis 2 tidak berlaku dengan kerap dalam kalangan individu yang mempunyai darah jenis O.
Disebabkan pakar masih lagi menjalankan kajian, penting untuk anda tahu jenis darah supaya anda lebih faham tentang risiko anda untuk menghidap beberapa jenis penyakit.
Apabila anda faham tentang risiko ini, lebih mudah untuk anda lakukan tindakan mitigasi yang bersesuaian.
Derma darah dan bantu insan lain yang lebih memerlukan
Lebih mudah untuk anda bantu orang lain jika anda tahu jenis darah anda. Tambah lagi, hospital di seluruh negara sentiasa mencari penderma.
Mereka juga akan memanggil individu yang mempunyai jenis-jenis darah yang sesuai untuk tampil ke hadapan bagi menderma jika terdapat individu yang sakit tenat ataupun mengalami kemalangan.
Kadangkala, mereka akan panggil individu dengan jenis darah yang spesifik untuk derma darah.
Jika anda tahu jenis darah anda, lebih mudah untuk anda tampil menolong individu yang memerlukan. Ini sangat penting ye :)
Pesanan ringkas : Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
6 Comments
Jenis darah pun ada kaitan dengan personaliti seseorang jugak :D
ReplyDeleteFuhyoooo..yeke?? Niceee .....
DeleteSaya darah O,personaliti dia macam seorang yang peramah, boleh jadi ketua..dan saya tk ingt..hehe
ReplyDeletejom join GA ni
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html
akak dulu check masa nak masuk U...darah B Rh+..alhamdulillah tak susah nak cari..huhu..tapi mak akak dengan adik lelaki darah O..
ReplyDeleteAmmi darah O..tap baru je lepas buat operation jantung..acaner tu?? hahaha
ReplyDeleteRabia darah O tak silap Rabia lah
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .