Rezeki Telah Tiba || Bantuan Tambahan BPN & Gerak Khas Prihatin

Rezeki Telah Tiba || Bantuan Tambahan BPN & Gerak Khas Prihatin

Bantuan Tambahan BPN dan Gerak Khas Prihatin || Rezeki didatangkan dengan pelbagai cara dan sumber. Kalini, abah (Perdana Menteri terkini) telah mengeluarkan kenyataan tentang bantuan tambahan BPN 2.0 untuk rakyat Malaysia tercinta dalam pakej 'KITA PRIHATIN' .



10.6 Juta rakyat akan dapat bantuan ni tau.... You guys jangan risau. Untuk yang tak dapat bantuan kali pertama, still korang boleh buat permohonan baru dan rayuan kepada pihak tertentu.. 

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut :

  • Pertama RM1000 Kepada 3.7 juta isi rumah B40
  • Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 Bujang
  • Ketiga RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
  • Keempat RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 Bujang

Bayaran akan dibuat sebanyak dua ansuran pada

  • Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021, Bagi Golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300
Segala maklumat, aku perolehi dari sini ye: PMO

Selain itu, terdapat Gerak Khas PRIHATIN juga diusulkan. Permohonan 2.0 RM3000 untuk usahawan telah dibuka semula. Gerak Khas Prihatin (GKP 2.0) merupakan permohonan bantuan secara one-off yang boleh anda buat jika anda merupakan dari Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro dengan jumlah RM3000 untuk meringankan kewangan perniagaan disebabkan wabak covid 19 ini.

Syarat GKP 2.0

Untuk pemohon GKP 2.0 nanti, anda mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut.

  • Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
    (PKS) mikro seperti berikut:
    i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
    RM300,000; dan
    ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
    termasuk pemilik; dan
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
    atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
    ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
    Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off.

Oh ya, untuk ini, permohonan secara online je tau...Kalau walk in, tak dilayan.

Info lebih lanjut kat SINI 


Ehem, one more thing, korang boleh ke website INI dan INI untuk mengetahui info lain berkaitan beberapa sistem dalam negara Malaysia. Antaranya ialah keputusan peperiksaan anak, perubahan cuti sekolah baru  (kalendar 2021),  PTPTN dan sebagainya. Informasi di sana adalah terkini ye...


Banyak jugak bantuan yang disediakan. Sebagai manusia, bersukurlah seadanya serta hargai bantuan yang diberikan tersebut. Jangan sesuka boros banyak..Huhu.. (REMINDER KEPADA DIRI SENDIRI)








Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .