Sajak 'Kita Ni Dah Tua' || Alhamdulillah. Masih bernyawa... Aku sebenarnya, suka this sajak.. Copy from group abahku...Special Buat sahabatku....Yang cantik, yang handsome, yang manis, yang kelakar, yang baik budi bicara..
❄ Kita Ni Dah Tua
❄ Wajah Luntur Ditelan Usia
❄ Lain Didengar Lain Dikata
❄ Lain Dicari Lain Yang Dijumpa
❄ Mata Kabur Tak Kenal Rupa
❄ Wang Di Saku Kadang-Kadang Lupa
❄ Kita Ni Dah Tua
❄ Ada Cucu Elok Dijaga
❄ Buat Teman Di Waktu Senja
❄ Anak-anak Sibuk Tah Ke Mana
❄ Kita Dok Termenung Di Jendela
❄ Kita Ini dah Tua
❄ Gigi Dah Tak Tumbuh Uban Merata
❄ Sekali Ingat Sekali Lupa
❄ Macamana Nak Jadi Juru Kira
❄ Kita Ni Dah Tua
❄ Ada Harta Elok Diguna
❄ Bayar Zakat
❄ Derma Ikhlas Masuk Dana
❄ Entah Esok, Entah Lusa Entah Bila
❄ Jangan Lagi Sibuk Nak Bina Empayar
❄ Lebihkan Amal Tambah Pahala
❄ Kita Ni Dah Tua
❄ Tubuh Lesu Lutut Ketar
❄ Elok Berzikir Dari Mengira Harta
❄ Elok Berehat Dari Bekerja
❄ Urut Kaki Pulas Tangan
❄ Putar Kiri Putar Kanan
❄ Sampai Dada Rasa Lega
❄ Alhamdulillah Umur Masih Ada
❄ Kita Ini dah Tua
❄ Intai Sahabat Mana Yang Ada
❄ Ajak Bergurau Ajak Bersenda
❄ Jangan Lagi Kata Mengata
❄ Ajak Berlawak Ketawa Berjela
❄ Lupa Seketika Kita dah Tua
*Salam Ukhuwwah Buat Semua*
9 Comments
Iyeee Nonnn...kita ni dah tua...
ReplyDeleteYaaa...xdenyh Makin mudaaaaa..ewahh
Deletesemakin redha atas ketuaan ini
ReplyDeleteBetul..redhaaaa semestinyaaaa.kan
DeleteHahahahaa.ni kelako
ReplyDeletesentiasa beringat kan cik nona..hehe
ReplyDeletemenarik la sajak dia ni
ReplyDeleteNak kongsi bole?
ReplyDeleteBolehhhh. sila.. silaaa.. hehe.. sy pun amek dari group je ni
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .