10 Tempat Makan Sedap Di Johor Buatku Terliur!

10 Tempat Makan Sedap Di Johor Buatku Terliur!

 10 Tempat Makan Sedap Di Johor || Hai! Ada yang suka makan? Suka mencuba pelbagai jenis makanan? Nah, kalini Nona bawak korang jalan-jalan cari makan di sekitar Johor. Johor mempunyai banyak daerah, sudah tentu tempat makan pun ada bermacam-macam. Sebut je apa-apa jenis sama ada makanan berlauk? Set tomyam? Western? Makanan Melayu? Makanan Negara Lain? Banyak betullah~  Buat masa ni, Nona list dulu antara 10 tempat makan yang best ye. Tak terlist jugak sebenarnya..HAHAH..

Nanti Nona list kan lagi bila berkesempatan.

1. Best Dim Sum and Pau

Ye, bagi peminat Dim-Sum, Nona sarankan korang singgah Best Dim Sum and Pau, Pasir Gudang. Dah bertahun tempat ni wujud, sampai kini masih beroperasi tau. Pelbagai jenis Dim Sum dan Pau yang dijual. Harga pun murah serta berbaloi. Untuk tiga bekas, hanya RM10 jer. Tempatnya pula memang strategik, dekat dengan mall tu. Ada kedai RM2 paling besar dan pelbagai barangan lagi jual di situ.. Nak tahu area mana? Terjah terus  Best Dim Sum and Pau, Pasir Gudang.

Warna warni yang menceriakan!

(Tempat Makan Sedapdi Johor ini berada di sekitar Masai, Pasir Gudang)


2. Seafood Seri Bahagia, Tg Langsat

Kita singgah ke tepi laut pulak la. Bagi peminat seafood, korang boleh cuba makanan di Seafood Seri Bahagia, Tg Langsat. Nama kedai pun dah bahagia, Lebih seronok pergi bersama-sama yang tersayang sambil menikmati permandangan di sekitar laut, tengok ikan, tengok orang menebar jala... Damai je rasa, kan.....Pergh, tengok ketam kat bawah, rasa macam nak try menu ketam masak lada hitam ni... Kalau nak tahu menu lain apa yang ada, lebih baik korang singgah Makan di Seafood Seri Bahagia jugak. 

Nyum!

(Tempat Makan Sedap Di Johor ini berada di sekitar Tg Langsat, Pasir Gudang)


3. Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara Gelang Patah

Jom bagi tekak merasa keenakan masak lemak cili api. Peminat pedas memang wajib letak list ni dalam menu. Daripada sarapan pagi, sampailah ke tengahari, macam-macam menu disediakan. Mantap beb! Sebut je nak apa jenis, sama ada itik, ayam, siput sedut atau daging yang dimasak salai lemak cili api.. Lengkap kesedapannya!! Nona tak nak lah terliur sorang-sorang, jemput ke entri ni untuk terliur bersama, haha.. Klik  Lomaq Foodies Taman Denai Nusantara Gelang Patah 


Terliur!

(Tempat Makan Sedap Di Johor ini berada di Gelang Patah)


4. Istanbul Turkish Cuisine

Wow, ini tempat sesuai bagi yang inginkan kelainan menu daripada selalu atau memang peminat makanan Turki, jom cuba makanan Turki di sini. Kita boleh tengok menu apa yang Sultan di Turki makan. Kena prepare 2 jam sebelum menjamu selera. Wow sangat tuh! Selain itu, tarikan yang ada di situ, special  for vegetarian people, Biber Dolma namanya. Unik, unik! Kalau nak tahu lebih lanjut tentang menu yang ada, boleh terjah Istanbul Turkish Cusine 

Amazing!

(Tempat Makan Sedap Di Johor ini berada di Horizon Hill)


5. Chaba ThaiFood Johor Bahru 

Selepas makana makanan Turki, tekak terasa ingin Tom Yam pula. Jomlah rasai kesedapan Tom Yam dan menu lain yang ada di restoran ini. Tom yam bukan sebarang tom yam. Tom yam seafood ada, tomyam poktek pun ada. Katanya, memang betul-betul pedas dan berapi punyaa. Huhu...Boleh juga tambah menu Kerabu Chaba  tau. Apa benda tu? Terjah entri Masakan Ala Thai Sedap di ThaiFood, Johor Bahru. 

Pedas tapi Sedap!

(Tempat Makan Sedap di Johor ini berada di Taman Impian Emas, Johor Bahru)


6. Restoran Ateh Corner

Pelbagai menu di sini! Nak sajian Melayu atau Barat? Kedua-duanya ada.. Salah satu menu yang ada ialah ikan siakap masak stim nyonya style bersama montou bun. Bukan itu sahaja, menu seperti ikan pari bakar, laksa Johor, lamb chop, dan banyak lagi memang lengkap kat sini.. Mesti rambang mata nak pilih macam-macam makanan tau. Menu untuk budak-budak? Pun adaaa.. Cendol durian? Pun ada!  Banana Split?? Ada jugak! Eh, geram je tengok semua menu yang lazat-lazat kat sini ui.. Waktu dan lokasi sebenar? Haaa, cuba korang terjah entri Tempat Makan Best di Taman Universiti, Skudai 

I love fish!

(Tempat Makan Sedap di Johor ini berada di Taman Universiti, Skudai)



7, Restoran Senoko Seafood Stulang Laut

Menu di sini sama seperti restoran Tom Yam lain. Set nasi goreng, mee goreng, dan set tomyam memang banyak. Selain itu, terdapat jugak siakap steam limau, sup ekor, sayur-sayuran, sotong goreng tepung dan pelbagai menu lain untuk pengunjung yang datang makan di sini. Tapi yang lebih best apabila customer sendiri puji mengenai terasa keikhlasannya bila memasak. Wow gitu kan... Tak percaya tentang kesedapan menu kat sini? Terjah entri ni cepat :  Makan Di Restoran Senoko, Seafood Stulang Laut.

Puas hati makan udang saiz besor gini!

(Tempat Makan Sedap Di Johor ini berada di Stulang Laut, Johor)



8. Tempat Makan Lok-Lok Halal di Johor Bahru

Dah puas makan berat, boleh cuba lok-lok pulak. Huhu.. Banyak kedai makan yang bersaing menjual lok-lok sekarang.. Kalau kat JB nih, lok-lok terkenal dengan sambal kacangnya. Pilih sama ada nak steamboat goreng ker? Atau makan dengan sup? Ha, Nak tahu antara 5 tempat makan lok-lok yang halal dan sedapp! Terjah segera 5 Tempat Makan Lok-Lok Halal Yang Mesti Korang Kunjungi Di Johor Bahru


Teringin bila memandangnya...

(Tempat Makan Sedap Di Johor ini berada di sekitar Stulang Laut, Johor)



9. Wachaa Burger, Parit Kadir, Johor

Mencari menu western yang pelbagai? Memang tempat yang tepat di sini! Meleleh air liur tengok menu yang sedap tak terkata semuanyaaaa... Antara menu yang ada ialah burger, steak, lamb, chicken, fish and chip, spaghetti, nasi lo'mak', charkuey teow dan banyak lagi. Padu rasanya. Bukan saja murah tapi sedap! Itu yang lebih membahagiakan. Huhu...Jika datang bersama family, mesti meriah makan pelbagai menu serta masakan. Barulah gathering, kan!! Kalau nak tengok menu lain yang sedap-sedap belaka tu...terjah lelaju ke Wachaa Burger, Parit Kadir, Johor Tempat Makan Western Yang Murah dan Sedap

Perghhh, merecik! Air liurku meleleh juaaa! Hik, hikk~

(Tempat Makan Sedap di Johor ini berada di sekitar Senggarang, Johor)


10. Kafe Kiri Kanan, Toppen, Tebrau

Toppen merupakan salah satu tempat baru dibuka pada 2019. Yang menariknya, ianya berada bersebelahan IKEA dan berdekatan Jusco. Kat situ ada satu kafe bernama Kafe Kiri Kanan yang menghidangkan makanan 'Asian Fusion'. Fuh, kalau dilihat pada menu-menu kat situ, memang sedap- sedap dan menepati citarasa. Untuk western lover, seharusnya singgah juga, dan bersama-sama rasai menu yang menggiurkan di kafe ni. Apa lagi menu yang ada? Lapar nasi ? Bolehlah baca kisah lanjut: Makan Sedap di Kafe Kini Kanan, Toppen, Tebrau. 

Tergodaaaaa!

(Tempat Makan Sedap di Johor ini berada di sekitar Tebrau, Johor)

Fuh, merecik semua menu yang ditayangkan untuk entri kalini. Uhuk, i am in relationship with food. So here is the list. Nanti kalau Nona singgah ke tempat berdekatan ni semua, pasti terjah terusss. Heheeee~ Bagi sesiapa yang duduk berdekatan area kedai makan yang Nona listkan ni, sila lah cari ye... dan tr try!  Tapi kalau dah pernah datang, marilah share pengalaman you guys jugak..


Ok lah, nak sambung survey kedai makan lain. Nanti bolehla i share at socmed. Gituhhh~
























Post a Comment

6 Comments

  1. Engko nengo terliur, Sis nengok ni rasa nak menangis huhuhu...sedapnyaaaa..
    Laparrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, maaf sis..aduhh..xpe..dah sihat nnti makanlah sampai gmok balikk ye

      Delete
  2. Dah try nasi ayam penyet LC catering Jalan Tebrau? hehehe

    ReplyDelete
  3. Semua sodap! Tak sempat nak menyinggah kalau ke JB. Otw balik je sempat singgah ayer hitam

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .