19 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut, Awas dengan Point No 7 dan 9 !

19 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut, Awas dengan Point No 7 dan 9 !

19 Faktor Risiko yang Boleh Menyebabkan Kanser Perut || Seramnya! Macam-macam penyakit ada di dunia ni, dan salah satu penyakit yang ditakuti ialah kanser. Tak kira kanser apa, sangat menggerunkan bunyinya. Terdapat pelbagai jenis faktor risiko, punca dan penyebab yang boleh mengakibatkan sakit kanser perut (barah gastrik).

Ia terbahagi kepada dua iaitu faktor yang boleh diubah dan faktor yang tidak boleh diubah.

Walaupun risiko seseorang itu meningkat jika mereka mempunyai banyak faktor, namun ia tidak menjamin mereka akan didiagnosis dengan kanser perut.

Terdapat juga individu yang didiagnosis dengan barah tersebut walaupun mereka tidak mempunyai sebarang faktor risiko.

Pengetahuan berkaitan dengan topik ini boleh menggalakkan pemeriksaan awal berfaktorkan kepada kecenderungan untuk seseorang itu didiagnosis dengan kanser perut.


#1 Jantina

Kajian menunjukkan kanser perut lazim didiagnosis dalam kalangan lelaki.

#2 Usia penyebab sakit kanser perut

Walaupun kanser perut jarang berlaku pada populasi muda, insidennya meningkat apabila mencecah usia 50 tahun.

Usia merupakan salah satu punca sakit kanser perut. Kebanyakan penghidap didiagnosis apabila mereka berusia di antara 60 hingga 80 tahun.

#3 Etnik

Kanser perut lebih lazim didiagnosis dalam kalangan populasi Amerika Hispanik, Amerika Afrika, Amerika Natif dan mereka yang tinggal di kepulauan Asia/Pasifik.

#4 Faktor geografi 

Di peringkat global, kanser perut lebih lazim berlaku di China, Jepun, Eropah Timur, Eropah Selatan, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Ia jarang berlaku pada individu yang tinggal di Afrika Barat, Afrika Utara, Asia Selatan, Asia Tengah dan Amerika Utara.

#5 Jangkitan helicobacter pylori

Jangkitan helicobacter pylori (H pylori) merupakan salah satu punca utama terjadinya kanser perut.

Mereka yang dijangkiti dengan bakteria tersebut untuk satu tempoh masa yang lama boleh mengalami keradangan dan perubahan pra kanser pada lapisan dalam perut.

Perkara ini meningkatkan risiko untuk individu tersebut mendapat kanser perut.

Selain daripada barah gastrik, mereka yang didiagnosis dengan jangkitan H pylori turut berisiko untuk mengalami masalah limfoma perut.

Namun, ini tidak bermakna jika anda mempunyai bakteria ini, anda akan didiagnosis dengan masalah kanser.

#6 Limfoma perut

Individu yang didiagnosis dengan masalah limfoma tisu limfoid mukosa (MALT) mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser perut.

Perkara ini mungkin disebabkan oleh persamaan punca berlakunya kanser perut dengan limfoma perut; iaitu jangkitan bakteria H pylori.

#7 Pemakanan penyebab sakit kanser perut

Mereka yang gemar mengambil makanan panggang, ikan masin, daging masin dan jeruk sayuran mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser perut.

Ia berikutan makanan tersebut kaya dengan nitrat dan nitrit. 

Kedua-dua molekul tersebut boleh ditukarkan oleh bakteria H pylori kepada kompaun yang berupaya untuk menyebabkan kanser.

Makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti buah dan sayur pula boleh merendahkan risiko kanser perut.

#8 Penggunaan produk tembakau

Tabiat merokok boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kanser perut.

Kebanyakan perokok didiagnosis dengan kanser perut pada bahagian atas, kawasan berdekatan dengan esofagus.

Berbanding dengan individu yang tidak merokok, risiko kanser perut bagi perokok adalah dua kali ganda lebih tinggi.

#9 Masalah berat badan berlebihan

Penyebab sakit perut

Masalah berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko kepada pelbagai jenis penyakit kanser.

Kanser kardia (komponen perut atas berdekatan dengan esofagus) merupakan salah satu jenis kanser yang boleh diakibatkan oleh masalah berkaitan dengan berat badan.

Meskipun begitu, kaitan di antaranya masih lagi tidak jelas dan kajian lanjut masih sedang dijalankan.

#10 Pernah menjalani pembedahan perut

Jika anda pernah menjalani pembedahan perut untuk merawat masalah bukan kanser seperti ulser, risiko anda untuk mendapat barah perut tinggi.

Ini berikutan perut anda tidak lagi boleh menghasilkan asid sebanyak dahulu menyebabkan bakteria penghasil nitrit mudah untuk hidup di dalam organ tersebut.

Terdapat juga risiko refluks jus hempedu yang boleh terjadi daripada usus kecil ke dalam perut selepas pembedahan.

Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan pra kanser dalam satu tempoh masa yang panjang sehingga terbentuknya kanser perut.

#11 Anemia pernisius

Pada organ perut, terdapat sel pada lapisan permukaan yang boleh menghasilkan faktor intrinsik.

Faktor tersebut penting kerana ia boleh membantu penyerapan vitamin B12 yang diperolehi daripada makanan.

Oleh sebab vitamin B12 penting dalam pembuatan sel darah merah, penurunan pada jumlahnya boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti anemia pernisius.

Individu yang didiagnosis dengan masalah ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser perut.

#12 Penyakit Menetrier

Penyakit Menetrier adalah keadaan kesihatan di mana terdapat tumbesaran berlebihan pada lapisan perut sehingga menyebabkan ia membentuk lipatan yang besar.

Situasi tersebut boleh mengakibatkan jumlah asid perut berkurangan.

Penyakit ini sangat jarang didiagnosis. Oleh itu, risikonya untuk menyebabkan kanser perut masih lagi tidak jelas.

#13 Darah jenis A

Penyebab sakit perut

Darah manusia boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada protein antigen yang terdapat pada permukaannya.

Kumpulan darah penting terutamanya ketika prosedur transfusi darah.

Walaupun kaitan di antara jenis darah dengan risiko kanser perut masih tidak jelas, akan tetapi mereka yang mempunyai darah jenis A mempunyai risiko yang tinggi untuk didiagnosis dengan barah perut.

Kajian masih lagi giat dijalankan bagi memahami fenomena di sebaliknya.

#14 Sindrom kanser warisan

Terdapat beberapa jenis kanser yang boleh menjadi punca atau meningkatkan kecenderungan untuk didiagnosis dengan sakit kanser perut.

Antaranya adalah:

  1. Hereditary diffuse gastric cancer – Keadaan ini jarang didiagnosis namun penghidap mempunyai risiko setinggi 80 peratus untuk mengalami kanser perut. Wanita yang menghidap sindrom ini juga berisiko untuk mendapat kanser payudara.
  2. Sindrom Lynch (HNPCC) – Merupakan masalah genetik yang dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mendapat kanser kolorektal, perut dan beberapa kanser yang lain.
  3. Familial adenomatous polyposis (FAP) – Individu yang terlibat boleh mempunyai ratusan atau ribuan polip di dalam usus besar. Risiko kanser kolorektal agak tinggi dan keadaan ini turut meningkatkan risiko kanser perut.
  4. BRCA1 dan BRCA2 – Mutasi pada gen ini sering dikaitkan dengan kanser payudara. Apa yang ramai mungkin tidak tahu adalah penghidap juga mempunyai peningkatan risiko untuk mendapat kanser perut.
  5. Sindrom Li-Fraumeni  Mutasi pada gen TP53 (gen penindas tumor) boleh menyebabkan risiko kanser perut pada individu terlibat meningkat. Kebiasaannya penghidap boleh didiagnosis dengan masalah kanser pada usia yang muda.
  6. Sindrom Peutz-Jeghers (PJS) – Penghidap PJS kebiasaannya turut mempunyai polip pada kawasan selain usus besar dan perut seperti pada hidung, peparu dan pundi kencing. Polip yang terbentuk digelar hamartoma dan ia boleh menyebabkan masalah pendarahan dan usus tersumbat. Penghidap PJS kebiasaannya mempunyai risiko kanser payudara, kolorektal, pankreas dan perut.

#15 Sejarah keluarga kanser perut

Individu yang mempunyai sejarah keluarga kanser perut berisiko untuk mendapat masalah kesihatan tersebut.

Secara amnya, jika ibu, bapa atau adik beradik anda didiagnosis dengan kanser perut, risiko anda lebih tinggi berbanding dengan jika saudara mara anda didiagnosis dengan barah yang sama.

#16 Jenis polip perut tertentu

Walaupun kebanyakan polip yang tumbuh pada permukaan lapisan perut tidak mempunyai sifat kanser, namun polip adenoma boleh berubah menjadi barah.

Pemeriksaan oleh doktor dan analisis makmal boleh membantu membezakan jenis polip sekaligus terdedah dengan risiko individu untuk mendapat kanser. 

#17 Penyebab sakit kanser perut disebabkan jangkitan virus Epstein-Barr

Majoriti orang dewasa pernah dijangkiti oleh virus Epstein-Barr (EBV) sepanjang hayat mereka.

Jangkitan tersebut kebiasaannya berlaku semasa mereka kanak-kanak dan remaja.

Virus EBV sering dikaitkan dengan masalah limfoma. Ia juga terdapat pada sel kanser dalam kalangan 5 hingga 10 peratus penghidap kanser perut.

Peranan virus tersebut sampai terjadinya kanser perut masih lagi tidak jelas. 

Namun, kanser yang dikaitkan dengan EBV rata-ratanya membesar dengan perlahan, kurang agresif dan jarang tersebar ke organ lain.

#18 Pekerjaan tertentu

Pekerja yang bekerja di industri besi, arang dan getah mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser perut.

#19 Penyakit kekurangan imun variabel umum (CVID) 

CVID adalah keadaan kesihatan di mana badan anda gagal menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melawan kuman.

Oleh sebab antibodi merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pertahanan badan, individu yang menghidapnya mudah untuk mendapat jangkitan kuman.

Masalah kesihatan lain seperti anemia pernisius, limfoma perut dan gastritis juga boleh didiagnosis dalam pesakit terbabit.

Keadaan ini meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser perut.

Konklusi

Terdapat pelbagai jenis punca, penyebab, dan faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit kanser perut.

Interaksi di antara faktor-faktor tersebut boleh meningkatkan kecenderungan anda untuk didiagnosis dengan barah.

Walaupun terdapat faktor dan punca yang tidak boleh diubah seperti usia, jantina dan faktor genetik, tetapi dengan perubahan gaya hidup boleh membantu sedikit sebanyak untuk menurunkan risiko kanser perut.

Sekiranya anda mengalami simptom kanser perut, buat pemeriksaan awal di fasiliti kesihatan berhampiran sekarang.


Ha, lease alert all the bessad////////////


Info dari Hello Health Group

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Banyak sebab ni. kena belek satu satu ni untuk elakkan. Tq share ye :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .