Lakukan 5 Tips Ini Jika Perut Rasa Kejang dan Sakit Ketika Berlari!

Lakukan 5 Tips Ini Jika Perut Rasa Kejang dan Sakit Ketika Berlari!

 Pernahkah anda rasa sakit pada bahagian sisi perut ketika berlari? AKU PERNAH! Ye, kadang kadang masa jogging tu, rasa macam sakit-sakit perut...Ada masa tu, bukan nak membuang pun... Tapi lepastu nanti aku stop la dulu... Rasa sakit ini turut dikenali sebagai side stiches iaitu satu rasa sakit yang tajam dan menikam pada sisi perut. Barulah aku faham sekarang!! Nak tahu kenapa, dan apa perlu dielakkan, baca sampai habis okayh. Knowledge gitu...

Rasa sakit ataupun cramp ini lazim berlaku kepada orang yang gemar bersenam.(Tahun ni aku jadi gemar bersenam, HAHA). Ok sambung lagi.

 Selalunya, keadaan ini akan berlaku lebih kerap pada sebelah kanan perut berbanding sebelah kiri.

Menurut kajian, hampir 70% individu yang aktif berlari akan mengalami sakit pada bahagian sisi perut sekurang-kurangnya sekali semasa melakukan aktiviti fizikal.

Individu yang baru mula berlari juga didapati lebih mudah terkena cramp atau sakit pada bahagian sisi perut. Oleh itu, jika anda baru mula berlari, pastikan anda jaga pemakanan anda sebelum memulakan larian.

Side stiches atau cramp mungkin akan membuatkan anda rasa tidak selesa semasa berlari. Tambah lagi, ada juga yang terpaksa berlari ke tandas ketika sedang bersenam akibat masalah ini! SETUJU! Aku selalu jugak, tapi dah memang sakit perut, kena singgah toilet, nak pastikan sakit perut yang macamana. Kan.

Jadi, bagaimana hendak selesaikan? Jom ikuti tips senaman kami untuk kurangkan rasa sakit yang anda alami ketika berlari.

5 tips senaman untuk kurangkan sakit perut ketika berlari

1. Pastikan anda melakukan regangan!

Sebelum bersenam, pastikan anda melakukan warm up ataupun regangan terlebih dahulu!

Senaman ringan ini dapat melancarkan peredaran darah, menaikkan suhu badan dan meningkatkan kadar degupan jantung.

Aktiviti regangan juga dapat membantu otot lebih bersedia untuk melakukan pergerakan yang lebih banyak ketika bersenam nanti.

Jika badan tiba-tiba bergerak dengan aktif tanpa sebarang regangan, besar risiko untuk anda mengalami kecederaan semasa bersenam.

Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 20-30 minit sebelum bersenam. Dengan melakukan senaman, badan akan jadi lebih bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal.

Selain itu, anda boleh mulakan senaman dengan perlahan. Pada 10 minit yang pertama, mulakan larian anda dengan perlahan sebelum memecut.

2. Pastikan anda minum air dengan cukup

sakit perut

Ramai yang mengelak minum air sebelum bersenam kerana tidak mahu perut dipenuhi air ketika berlari. Keadaan ini boleh menyebabkan pelari rasa tidak selesa dan rasa ingin muntah.

Walau bagaimanapun, tidak minum air langsung ketika berlari boleh membuatkan rasa sakit pada sisi perut yang anda alami jadi makin kerap.

Apabila anda bersenam dalam keadaan haus atau tidak minum air yang mencukupi, perut anda mungkin akan meragam ketika bersenam.

Individu yang tidak minum air dengan cukup juga boleh rasa kejang dan mungkin akan alami cirit-birit apabila senaman telah berakhir.

Jika boleh, pastikan anda minum air secukupnya sebelum bersenam dan bawa botol air supaya anda boleh kekal hidrasi sepanjang larian.

Selain itu, pastikan anda minum air secara perlahan-lahan. Jangan teguk air dengan cepat! Perkara ini juga boleh menyebabkan anda diserang rasa kejang ketika berlari!

3. Elak makanan berserat

Makanan penuh serat penting untuk kesihatan perut. Walau bagaimanapun, sebelum berlari, pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak makanan berserat.

Makanan berserat boleh menyebabkan anda tiba-tiba sakit perut dan terpaksa ke tandas sewaktu bersenam!

Oleh itu, elakkan makan roti, bijirin, sayur-sayuran hijau, brokoli ataupun buah-buahan seperti beri 4-5 jam sebelum memulakan larian.

4. Elak makan makanan berlemak untuk kurangkan sakit perut

Jika anda ingin bersenam, elakkan makan makanan yang berlemak supaya anda tidak akan diserang sakit perut ketika berlari. Jika boleh, makan makanan seperti:

  1. Pisang
  2. Energy bar
  3. Yogurt atau granola
  4. Nasi dengan telur rebus atau poached egg

Makanan yang disenaraikan di atas rendah lemak dan rendah serat. Jika anda kerap alami masalah sakit perut dan kekejangan, cuba amalkan makanan di atas!

5. Jangan minum kopi!

sakit perut

Ada orang yang lebih ‘sensitif’ terhadap kopi! Apabila terbau sahaja kopi, terus rasa hendak ke tandas!

Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, elakkan minum kopi sebelum anda pergi berjoging. Mana tahu, masalah perut memulas yang anda alami semasa berjoging dapat dikurangkan!

Perut jadi kejang dan sakit? Macam mana nak rawat?

Jika perut anda kejang ketika berlari, anda dinasihatkan untuk memperlahankan larian ataupun berjalan sebentar.

Selain itu, anda juga boleh cuba letakkan tangan pada bahagian kanan perut dan tolak ke atas sambil bernafas secara normal selama 2-4 minit.

Jika anda ingin minum air, cuba minum air yang boleh mengembalikan keseimbangan elektrolit dalam badan.

Kesimpulan

Kebanyakan atlet, lebih-lebih lagi pelari akan mengalami masalah sakit pada sisi perut dari semasa ke semasa. Kekejangan ini merupakan sesuatu yang normal dan lazim berlaku.

Side stitch atau cramp yang anda alami sepatutnya hilang dalam beberapa minit.

Namun, jika anda telah melakukan tips senaman di atas ataupun mengalami kesakitan yang berpanjangan ketika bersenam, mungkin ia bukan disebabkan oleh kekejangan.

Oleh itu, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Kesakitan yang berpanjangan mungkin tanda penyakit lain yang lebih serius.






Info ini dan banyak lagi info kesihatan, ada di Hello Health Group 

Post a Comment

5 Comments

  1. Sebelum mula exercise kena buat warm-up dulu Nonnn...kalau tak bukan perut je kejang, kaki tangan semua badan boleh kejang oiii....

    ReplyDelete
  2. tak suka bila perut kejang, kadang2 masa bersin pun perut boleh kejang..adeh

    ReplyDelete
  3. ada pernah alami juga. tq nona for sharing

    ReplyDelete
  4. Kadang2 even dah buat regangan pun still rasa sakit sikit badan bila berlari... mungkin pemakanan agaknya

    ReplyDelete
  5. ooo aku non selalu sakit betis kalo berlari..huhuhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .