Positif Jumaat : Apakah Yang Paling Bernilai dan Paling Tidak Bernilai?

Positif Jumaat : Apakah Yang Paling Bernilai dan Paling Tidak Bernilai?

Positif Jumaat : Apakah Yang Paling Bernilai dan Paling Tidak Bernilai? || Salam Jumaat. Alhamdulillah, syukur masih bernyawa. Ini aku dapat dari group sebelah. Suka untuk aku kongsikan di sini.... Lagi-lagi jenis aku yang ada masanya memang tak dengor nasihat. Peringatan kepada diri Nona sendiri sebenarnya.. Hihi... Moga bermanfaat buat semua. Sebelum tu, jom amalkan Selawat Ke Atas Nabi terlebih dahulu ya. 


Seorang sahabat bertanya Abu Nawas :
"Wahai Abu Nawas, apakah yang paling berNILAI?"

Abu Nawas menjawab :
"NASIHAT"

Sahabatnya bertanya lagi :
"Jika begitu, apa pula yang paling TIDAK BERNILAI?"

Abu Nawas sekali lagi menjawab,
"NASIHAT"

Sahabatnya HAIRAN...... 
"Bagaimana sesuatu itu menjadi paling BERNILAI dan juga paling TIDAK BERNILAI?
Engkau tentu silap."

Abu Nawas lalu berkata :
"Aku tidak silap, sahabatku...

Suatu NASIHAT yang diIKUTI, akan menjadi perkara yang paling BERNILAI
dan
jika NASIHAT itu TIDAK DIIKUTI, ia akan menjadi perkara yang paling TIDAK BERNILAI...

Bergantung padamu mengambil NASIHAT itu."


Hargai diri kita kerana kita berharga.

Oleh sebab itu, aku share untuk tatapan semua..

Marilah kita Muhasabah Diri, Dakwah Hati dan Teruskan Berselawat....

#SUBHANALLAH
#MAHASUCIALLAH
#AMAL&SAMPAIKAN



 

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .