Sesuai Dengan Bajet: Bermalam di Casa Bonita Hotel, Melaka

Sesuai Dengan Bajet: Bermalam di Casa Bonita Hotel, Melaka

Bermalam di Casa Bonita Hotel, Melaka || Hai, hujung minggu ke mana tuh? Stay safe wherever you go. Kita masih belum menang..Haritu baru ingatkan dah semakin cerah peluang kita untuk menang. Hm....

Okaylah, balik pada tajuk...Cerita ni dah hampir sebulan berlalu. Tak basi lagi rasanya..Haha.. Pada 26 September yang lepas, aku dengan member dua orang plan nak jalan-jalan ambil angin kat Melaka. Haaaa, antara benda penting kalau pergi bercuti ialah tempat penginapan yang selesa

Kami nak menginap di  area Klebang sebab dekat dengan Pantai Klebang. Jujur, selama aku belajar kat Melaka, Pantai Klebang ni bukanlah tempat faourite aku. Pernah pergi sekali dua sahaja..Huhu..

Scroll punya scroll, Casa Bonita Hotel menjadi pilihan. Benda pertama i tell you.....Tempatnya memang strategik!!! Pergh,..dekat dengan Taming Sari, A Famosa, Jonker Walk dan banyak lagi tempat. 

Cantik warna dan design bangunan..Nampak exclusive macam namanya.
Sumber : Google (Sebab tak menyempat nak ambil gambar, cuaca nak hujan)

Ini betul-betul time dah nak lebat hujan, Take satu kali jerr! 
Lepas selfie, terus mencurah hujan turun dengan lebatnya weh!

Oh ya, parking FREE je. Nak park dalam, atau luar? Pilihlah ek, Tapi kat dalam, parkingnya agak terhad. Dan sempit sikit ruang untuk masuk park tu...

''Dahhhhh, Jommm masuk bilik! ''

Jejak je kaki masuk bilik, terus keluar perkataan 'WOWW' dari mulut kitaorang. Bersih, tersusun rapi dan luas!

Satu katil Queen, satu lagi katil single, Ngam tiga orang~
Fuhh, syok landing! 

Dahlah tengah hujan, sejuk je rasa suasana tu....tapi fikirkan nak buat kejutan untuk member malamtu, kita kena tahan mata dulu..HAHAHA

Tepi sana ada meja bulat bersaiz kecil, kerusi merah dan ada ruang untuk solat berserta arah kiblat ye. Ha, mudah, kan? Tapi jangan ditanya pasal bath tub, Memang takda ye! Toilet pun bersih, siap ada hair dryer, tuala dan sabun. 

Seterusnya...........Kemudahan seperti di bawah.

                                        
Peti sejuk dan meja untuk buat air pun ada.
Penting jugak nih, sebab aku dah plan nak simpan  Burnt Cheese Cake lepas habis dinner nanti..

Televisyen ada tak? Nah, adaaaa..Banyak siaran untuk kita nikmati jika ingin bermalasan di dalam hotel. Hehe...I love that cermin bulat. Puas hati nak bergambar!! Dan kalau korang nak FREE WI-FI, sini ada tau! 

Nampak tak Atin kat belakang tu, dah tak sabar nak luruskan badan..Hikss~


View apa nampak dari dalam bilik?

Permandangan luar? Melihat kehijauan pokok kat luar je dan rumah besar-besar. Geram tengok rumah tuuuu....Hahahaa



Selain tu, ada tempat iron FREE. Memang tersedia kat luar bilik..Sudah dilock situ sahaja setempat untuk iron. Tapi aku tak try guna sebab member dah bawak iron sendiri. Kalau kehausan, nak minum air tapis macam Coway tu, ada aje mesin air kat bahagian luar berhampiran tempat iron..

Lagi yang menariknya ialah ada kolam renang FREE.. Yes, Ambil je apa apa pakej, boleh mandi kat kolam renang tu..

Let rendam! 

Masa kitaorang sampai, takda orang langsung..Ngeeee :) 
Awal kan kami mandi..KAHH!

Overall, best dan rasa berbaloi dengan harga yang ditawarkan tuh!

WE ARE DONE. 
YOU?

Hihi, Macam boleh datang lagi lain kali..
Puas hati lah! Harga untuk bilik yang kami duduk ni masih ikut bajet tau.

RM120 semasa booking di Agoda. 

Ulang sekali lagi, tempat memang sangat strategik weh! Pusing-pusing sini, jumpa tempat makan viral, pusing lagi..banyak tempat menarik lahhh.Sampai tak ter pergi semua tempat. Haish, jalan Melaka ni memang tak cukup kalau dua hari jer kan..Hoho..

===========================

Lokasi :

CASA BONITA HOTEL

Alamat:

No.1103,Jalan Limbongan,
Klebang Kecil, Melaka













Post a Comment

1 Comments

  1. Eh berkenan plak aku dengan hotel ni laaa Nonnn.. next time nak ke sini laaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .