Jom Hidangkan TimMie Mini Burger Buat Yang Tersayang || Comelnya awak! Cerianya awak! Itulah yang terluah bila tengok dan sampai depan mataku. Hehe.. Ya, tekak rasa nak burger..tapi cari yang mini je sebab nak bagi ramai-ramai makan berserta mengikut bajet yang berpatutan.. Bila search mini burger, keluar brand nih.. Tapi memula jumpa yang frozen patty dan rotinya aje. Lorh.....Well, tetap tak putus asa. PM dan tanya untuk penjelasan.. (Yaaaaa, ini bukan Paid Review tau! Ini tekak rasa nak, beli sendiri dan review)
Aku bagitahu sebolehnya nak yang dah siap masak, sebab aku memerlukannya pada waktu rehat kat tempat kerja nanti. Teruja betul bila orang tu jawab boleh jeee..WOW, Nice! Rupanya brand ni ada yang kenal jugak eh. Memang terdapat ejen mengikut cawangan tertentu.. Jom layan feedback aku!
Comel saiznya, dan cantik warnanya.
I love them because they are colourful
Ngap Burger Biru! Hehe
Isi yang ada hanya isi daging ayam aje, cuma boleh pilih perisa nak spicy atau tidak. Disebabkan aku penggemar makanan pedas, maka aku pilih yang rasa pedas ler...Oh ya..untuk warna roti burger tu, kita tak boleh pilih, orang ni bagi random aje tau. Tapi memang diberinya nanti campur serta berwarna warni..
SEDAP KER??
Jujur, sedap sebab rotinya lembut, daging ayamnya pun lembut ... Patti atau isi ayam dalamtu bukan jenis rangup di tepi tau. Manakala bahan-bahan lain pula sememangnya secukup rasa cuma kepedasan tu terhalang sedikit dek kerana aku mintak campur dengan cheese sekali. So rasanya jadi pedas bersulamkan masin sikit gituh.. Aku tak kuat masin kot.. Huhu, tapi still boleh diterima lidah dan telan ye sampai licin..HAHA..Maybe next time boleh try tanpa bahan tuh.. Mesti rasa pedas tu ngam betul lah..
My members also love this! Ada mintak lagi sebab tak cukup katanya! Sedap sungguh gitu!
Overall, aku suka! Pasti order lagi, dan aku trust her okayh!
Pink Colour! Look at the bahan-bahan kat dalam tuh! Padu!
Isi ayam yang lembut, salad, timun, sos, mayonis dan cheese
Fuh, Mantappppppp!! Penuh isi! Hehee
Harga?
Sebiji mini burger yang dimasak berharga rm2. Aku order 15 biji, tapi dapat FREE sebijik lagi.. Yahuuuu... Ramah tau si penjual ni, i like her!!!! Hewheww~
.
Dan sebenarnya.......ada banyak set lain mahupun set kombo untuk pilihan customer. Kalau nak masak untuk family atau tetamu pada hujung minggu, boleh beli awal yang frozen punya, pastu masak je kat rumah. Boleh letak isi dalam tu ikut suka. Just beli patty ni and the colurful bread.. Kan?
Set apa ada lagi? Ha, jangan terkejut, siap ada sate kebab weh!
Mana satu pilihan hati ?
Untuk orang Pasir Gudang dan sekitar? Bolehlah try! Mana tahu dah stress sangat musim PKPB nih, atau tak tahu nak masak apa atau nak hidang untuk family sesaja sambil tonton drama....anytime..tak kira siang atau malam, boleh ngap burger cute nih! Hiks'
TimMie Mini Burger namanya ye..
Contact or Whats App : 01151725519
4 Comments
Warna warni cute pulak tu.Rasa macam nak tengok je.
ReplyDeleteMenariknya laa haii beger warna warni ni. Dah la saiz conel je. Anak2 mesti suka.
ReplyDeleteKenapa comel sangat mini burger ni. Rasa sayang pula nak makan. Dahlah comel, warna dia pun menarik warna warni.
ReplyDeleteSuzie suka mkn burger..dulu mmg beli burger mcm ni masak sndri..anak² mmg love sgt²..xcukup klo mkn 1 biji je..🤣🤣
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .