Dine On Bibik's First Peranakan "Tok Panjang" || Ini kisah haritu di mana aku tertarik untuk merasa menu menu peranakan..Ada kelainan ke camana dalam menu tersebut? Alang-alang bercuti tu, kita lunch dulu sebelum check in ke JO Hotel..
Maka terjah lah ke Bibik's Kitchen bersama geng JDT Blogger. Wah kau Non, sampai dapur Bibik pun ko singgah ek...Hehe..
Pada tajuk tu aku ada sebut pasal Tok Panjang. Apa itu? Haaa.. Dalam Hokkien, 'Tok' itu merujuk kepada meja manakala 'Panjang' merujuk kepada budaya Peranakan tu sendiri..Mereka mengamalkan penggunaan meja panjang untuk tetamu dan dihidangkan pelbagai makanan di atas meja tersebut.
Salah satu sebab aku tertarik untuk try menu Peranakan kat sini adalah disebabkan set exclusive Nyonya set Lunch berharga RM35 sahaja untuk dua orang dari haritu sampai sekarang!
So, apa menu yang ada dan set yang kami try?
At first, kami dibenarkan untuk buat sendiri Kueh Pai Tee, iaitu sejenis pembuka selera dalam majlis pada zaman Nyonya...
Nah, nona highlight terus menu utama yang ada kat sini...
Ayam Pongteh
Cencaru Sumbat Sambal
Ayam Kapitan
dan
Limikotea
Sebagai pencuci mulut,
terdapat kuih seri muka, kuih koci dan klepon (ondeh-ondeh)
Selain itu, menu ni jugak wajib korang try tau!
Kueh Pai Tee (RM6)
Assam Pedas Kepala Ikan (RM35)
Ayam Buah Keluak (RM15)
Nyonya Chap Chye (RM6)
Udang Masak Lemak (RM18)
Telur Dadar Cincalok (RM10).
In conjunction with Christmas festival on 24-25 December 2020, lets celebrate the one and only Bibik Style Christmas Dinner in Bibik's Kitchen at only RM80 nett for two pax come with Goh Hiong Roll, Roasted Chicken with Keluak Sauce, Steamed Fish with Nyonya Sauce, Pulut Kuning, Sago Gula Melaka, and lemongrass drink..
Untuk reservation dan maklumat lain, korang boleh direct call hotel ni +607 288 8688
10 Comments
Udang sambal petai tu dah ada dalam list nak masak. Sedihnya petai asyik tak ada je.
ReplyDeleteAduh, kesiannya... nanti p beli simpan buat stok.. hehe.. masak tau!
Deletegeramnya tengok menu semua...sedap2
ReplyDeleteKann.. saya pun gerammm wooooo
Deletesedap sedap semuanya..takleh aku lupa asam pedas dengan ayam kapitan tu...
ReplyDeleteHa ahh.. tapi i suka sambal petai udang.. ngeheheeh
DeleteJomm Non teman Sis makan asam pedas kat sana lagi....nak tak?
ReplyDeleteWeh, teman je ke.. hahahahaa.. teman je.. leh je.. i on diet.. i duduk tepi teman you pun bolehhhh sistur
Deletecendol tu ! sedapnyaa makan musim panas mcm ni
ReplyDeletehidangan yang lazat lazat. Lama pulak tak makan pai tee tu. suka crispy kulit tu dan inti vege.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .