Hello Disember! Happy Anniversary yang Kelima Tahun dengan Tempat Kerja!

Hello Disember! Happy Anniversary yang Kelima Tahun dengan Tempat Kerja!

Hello Disember! Happy Anniversary yang Kelima Tahun dengan Tempat Kerja!   ||  Setiap 1/12 adalah anniversary aku dengan tempat kerja sekarang....dalam masa 5 tahun nih la....Hehe.. Anniversary yang kelima gituh..Kejap behtul masa berlalu......Kadang kadang tu buat kerja macam baru lima bulan masuk kerjaaa..ahahahahahah..adoi! Ada je kecuaian..

I also one of frontliner..Waktu Covid melanda, kitaorang tetap bekerja kerana berada dalam sektor pemakanan... Untuk memastikan bekalan always cukup buat rakyat Malaysia... Ewahhhh!!!


Ok, ada soalan di sini....

Kenapa masih nak kerja tempat sekarang?? Sebab Bonus banyak sangat ker? TIDAK. Sebab gaji berkepuk kepuk? TIDAK jugak! Sebab TAK STRESS? Ui, stress aje weh! Kalau kira dari awal kerja, sampai ke harini, boleh diingat segala benda yang merumitkan otak... 

Atau sebab.....

Ada jejaka handsome belaka??! Wei! Tak jugakkk!


Dah tu?? Sebab apa....??


Sebabnya ialah MALAS. Malas nak cari tempat lain..Hahahahaha.. Niat tu ada, beberapa kali terlintas nawaitu..sampai dah tukar tukar boss..tukar management...tapi sebab MALAS, dan Persekitaran pergaulan tidaklah teruk sangat, maka kita teruskan...

Masa dan peluang yang ada, kita gunakan sebaiknya..Selagi sihat...sebab ada je benda baru yang aku belajar selagi namanya kerja di sini...Sebab pekerjaan pun ikut peredaran waktu jugak..Tak selamanya benda sama...mesti ada je benda baru. Trust me! Sebab tu wujud pelbagai  S.O.P baru walaupun dah lama bekerja kat sini... 

Walaubagaimanapun, lain orang, lain cara.. ada orang suka pindah tempat kerja untuk aura baru dan kumpul pengalaman dalam pelbagai sektor. Terpulang masing masing.... Cari rezeki sebaiknya dan yang penting, halal... Kan??

Dua orang senior yang aku kenal seawal awal celik mata masuk alam pekerjaan kat sini...

Yang depan tu, orang yang interview aku..Takkan kulupa..
Lelaki belakang tu, penting tu...Aku cuti, dia banyak kena cover kerja weh...begitu juga sebaliknya....Kalau dia berhenti, aku pun rasa nak berhenti weh....Sobs!!!

Apa pun, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih yang sudi mengajar aku cara bekerja, cara mengawal keadaan, cara bercakap dan berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam... Dan paling penting yang takkan biarkan aku hadap masalah kerja tu sorang sorang..sama sama tempuh, dan sabar together... Sobs! Aku akan cuba jugak tolong bagi idea..dan bantu mana yang aku boleh serta belajar lebih lagi untuk apa apa pembaharuan...Buka hati, buka minda....

Sekian update for today.. Harini mengantuk gila pergi kerja sebab semalam tidur lambat oi! 

Post a Comment

7 Comments

  1. Wowww lama juga tu ko bertahan ekkk...
    Kurus dah ko Non ekkk... syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha.. kuruss....skrg..mcm dah x nak turun...hehe...yup..lamaaa.. bertahan

      Delete
  2. Work anniversary Nona. Selagi ada pendapatan why not stay di zaman sekarang yang ramai hilang punca pendapatan. Keep it up good work okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank Youuu! Betul tuuu... Stay je dulu.. huhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .