Malaysia Cuisine : 6 Makanan Hebat Untuk Merasai Citarasa Asli Malaysia!

Malaysia Cuisine : 6 Makanan Hebat Untuk Merasai Citarasa Asli Malaysia!

Malaysia Cuisine : 6 Makanan Hebat Untuk Merasai Citarasa Asli Malaysia!! ||  Malaysia sememangnya terlalu kaya dengan makanan. Makanan bukan calang calang ya... Sesungguhnya, banyak makanan yang sangat sedap dan menyelerakan tau! Sebab tu berat aku senang naik, gara gara suka makan makanan dalam negara ni... Hahaha..salahkan food pulak ek.... 

Di bawah adalah antara 6 makanan hebat yang yang memang terkenal di negaraku, Malaysia..Dan aku meminati keenam enam menu nih! 

Jom Makan! 


#1  Nasi Lemak

Nasi lemak memang sedap jika sambalnya padu! Tapi bagi mak Nona, beliau suka nasi lemak dibungkus dengan daun pisang...Wangi katanyaaa. 

Untuk pengetahuan, Nasi Lemak berasal dari semenanjung Malaysia. Ia sebenarnya adalah nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Adakalanya, daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aroma dan baunya. 

Selain itu, sambal nasi lemak juga berbeza dengan sambal lain. Kalau yang pandai masak sambal nasi lemak, orang itu dikira sebagai chef terbaik lah! Nasi lemak tanpa sambalnya, memang tak lengkap tau! Sambal kalau tak sedap, nasi lemak tu pun tenggelam...


#2 Lontong

Yes, one of my favourite! Lontong punya menu, hampir sama macam makan ketupat dan rendang di hari raya orang Melayu.. Sebabtu ramai yang menyukainyaaaa...

Lontong diperbuat daripada beras yang dikukus di dalam bungkus dari daun pisang. Disebabkan ianya dikukus di dalam daun pisang, lontong menjadi warna hijau di luarnya, tapi berwarna putih di dalam. Perghhh, makan bersama kuah masak lemak, kuah lodeh, sambal kacang, dan ayam atau daging, fuh, lengkap hidangan tersebut! Memang sedap, repeat makan aje!

My Breakfast for today! 

#3 Laksa Pinang

Berasal dari negeri Pinang...Laksa Penang disajikan dengan hirisan timun, daun salad, telur, dan dihidangkan dengan kuah isi ikan sehingga tercetus gabungan rasa masam manis dan pedas

Padu! Berbanding laksa Johor, Nona prefer laksa pinang.. Maybe disebabkan oleh jenis mee yang digunakan. Mi yang berbeza dengan laksa Johor. Hehe..Apabila mi dan kuahnya digaul sebati, perghhhhh...Mengalir air mata menahan kesedapannya.. Lagi lagi time bulan puasa, aku suka cari Laksa Pinang, tak terlalu berat buat makanan berbuka..Hewhew..


#4 Lemang

Aku start kenal lemang bila balik kampung negeri Sembilan. Menu ini memang terkenal dalam Malaysia terutamanya di negeri Sembilan. Tapi ada je kat tempat lain seperti Johor dan Melaka. 

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam buluh. Buluh itu pula dilapikkan dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga betul betul masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia tau. Apa yang aku suka, bila sama sama bakar lemang, terasa.kemeriahan suasana dan eratnya perhubungan antara family serta saudara mara. Aku suka lemang yang dibakar menggunkan buluh. Zaman kini banyak orang boleh buat lemang segera tanpa buluh.. 

Makan lemang pamas panas dan lembut bersama daging rendang kering tu, fuhhhh...sedapnyaaa... Ada orang suka makan bahagian paling hujung lemang..sebab banyak terkumpul santan kat situ..

Namun begitu, kalau lemang ni dah terdedah dengan udara, ianya akan berubah jadi keras sikit so kurang sedap untuk dimakan.


#5 Nasi Kerabu

Sedapnyaaa bila terbayang nasi kerabu.....Nasi kerabu adalah satu hidangan nasi berwarna biru yang dimakan bersama ulam-ulam yang dijadikan kerabu. Antara ulam yang biasa dijadikan kerabu ialah kacang panjang, mentimun, daun kesom dan taugeh. Nasi kerabu juga sedap dimakan bersama sambal ikan, telur masin, ikan goreng, ikan bakar, daging bakar, keropok, bawang jeruk, tumis dan budu (sos ikan bilis). Lengkap khasiatnya bersama sayur sayuran. I lovee it sangat!


#6 Mi Kari

Mi Kari pun antara menu yang popular di Malaysia..Tak kira Melayu, Cina or India. Tengok je kat Old Town White Coffee, Secret Recipe dan banyak lagi kedai makan kat Malaysia ni, mi kari sememangnya menjadi pilihan ramai. Orang rasa mi kari, of course teringat Malaysia...Hewhew..

Terbaca di Google tentang perkongsian dari Chef Obie, info asal usul MEE KARI   咖喱 麵 ; pinyin : Gālímiàn ( dlm bahasa cina tradisional )

Menu Lunch+Makan Petang Nona harini.
Heehee..

Mee Kari dicipta di Asia tenggara. Orang berbangsa Cina yang telah mencipta menu ini. Yup, pada zaman pedagang dari India dan Cina yang berdagang rempah ratus dan budaya masakan telah mempengaruhi citarasa masakan kite sehingga hari ini.  

Nona makan mi kari kalau lengkap bahannya, ada telur rebus, dan jika karinya tu kaww kaw. Kalau karinya cair, bahan tak cukup, hm..kurang berminat rasanya..

***

Okaylah, ni je antaranya... Kalau nak list semua, tak termampu sis! Hahaha...

Psst.....mana satu yang jadi favourite korang ek? Kalau Nona, semua sodap..... lepastu bebila teringin, malas pulak nak masak dan malas nak bersiap keluar rumah... Haaaa....apa lagi.. FOOOD PANDA lah kitaaa!

Order food menjadi pantas dengan adanya Food Panda membantu servis penghantaran, kan! 










Post a Comment

10 Comments

  1. Semua sedap buat rasa teringin makan pulak. Laksa Pinang atau Penang tu Nona?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, Penang kan. nanti nona edit. hehee.. masheh

      Delete
  2. Kemain ko ea, sempat pi Old Town, dah le tak hajakkk hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaahaha... takut tekak x sama rasa lah youuuu.... i sje nak me timeee gitu

      Delete
  3. Nasi lemak tu of course lah makanan ruji orang malaysia. Kalau boleh hari2 nak makan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszzz.. hari hari nak telan makan... kan. hahaha... barulah Malaysiaaa.. gituhh

      Delete
  4. Replies
    1. yessss.. alwaysss win! Lontong memang sangat sedapp! Lagi lagi orang Johor.. tak lengkap rasanya kalau tak telan.. hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .