Vietnam Roll dan Begedil di Chamcha Coffee & Tea House, Seri Alam, Johor

Vietnam Roll dan Begedil di Chamcha Coffee & Tea House, Seri Alam, Johor

Vietnam Roll dan Begedil di Chamcha Coffee & Tea House, Seri Alam, Johor|| Happy Holiday! Ye..Aku cuti sehari ni je..Jumaat dengan Sabtu sambung kerja..Muahaha..Kalau bukan musim Covid 19, confirm ramai sambung cuti terus. Untung lagi kalau memang cuti setiap Jumaat dan Sabtu.

So harini aku nak share kat mana tempat yang ada Vietnam Roll sedap bersama begedilnya. Aku dah dua kali singgah 'rumah' ni untuk membeli Vietnam Roll nya di saat kelaparan pulang dari kerja. Oh ya, kedainya berhadapan je dengan kedai Bubble Bee Shuib tuh..

Yaa, ini cerita kalau malas atau belum ada mood nak memasak, bolehlah beli jer begedil terus kat sini tapi manatau tetiba datang mood rajin, bolehlah try Resepi Tauhu Begedil ni. Confirm menjadik! Hehe.. 

Jom order!

Penuh dengan isinya di dalam.. udang dan sayuran yang segar.

Aku sekarang ada dalam mood diet kan..
So Vietnam Roll sudah tentu masuk dalam list.
Aku buat menu ni sebagai dinner. Makan sebelum 7 malam..Balik kerja punyalah lapar..ngap ni je memang confirm kenyang!
Kuah sambalnya sedap! Pedas dan ada masam masam gitu. Sesuai makan dengan Vietnam Roll yang fresh nih!!!

RM8.50

Ada banyak menu lain, tapi aku tak try menu lainnya.
Cuma pernah rasa begedilnya..Saja nak rasa..

RM6

Pergh, isinya lembut, luarnya rangup gitu..cicah sambal kicap..Ngap!


Cantik dekorasi kat dalam..Siap ada novel disediakan sementara menunggu order. 

Actually, lama dah nampak tapi tak pernah masuk sebab rasa macam..Halal ke tak ek..Whoaa..sekali nampak ada menunya dalam Food Panda...Ok...memang Melayu dan Islam lah..Heehee..

Nak basikal tuh!!!



Sila singgah, ada macam macam menu.
Western sudah tentu ada..cuma aku tak try lagi menu western nya..And lagi syok ada ler beberapa jenis kek yang menggiurkan..Manggo Cheese Cake tu menggoda i tau!

Alamat Chamcha Coffee & Tea House:

 7, Jalan Suria 7,
Bandar Baru Seri Alam,






Post a Comment

3 Comments

  1. Lamanya tak makan tauhu begedil. Vietnam roll saya dah makan, tak kena dengan tekak. Sesuai sangat tu untuk orang diet kan Nona.

    ReplyDelete
  2. Alahai teringin hendak cuba popia Vietnam itu bagaimana rasanya.

    ReplyDelete
  3. sampai skrg tak pernah rasa lagi.. tatau apa rasanya huhuhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .