Al-Fatihah. Inilah Takdir Yang Tertulis

Al-Fatihah. Inilah Takdir Yang Tertulis

Al-Fatihah. Inilah Takdir Yang Tertulis || Assalamualaikum. Moga semua dalam keadaan baik baik. Ada yang dah tahu, ada yang tak tahu lagi. Semalam Pak Cik saya, namanya Pak Cik Marzuki bin Abd Wahab telah meninggal dunia time Subuh kerana beberapa penyakit akibat daripada accident haritu..Ada kuman dan nanah dalam badan, serta lain lain lagi. (Bukan Covid 19 ya) 

Allahuakbar Sedih sangat, sangat.... sangat.. Ini antara keluarga yang rapat dengan keluarga Nona. Rumah kitaorang berdekatan cuma lain taman..Tengok sepupu sedih, kita cuba nak kuatkan dorang...tapi kita sendiri pun sedih sangat..Hmmm.

Last year, Tok Ngah Nona meninggal pada 02/02/20, tahun ni pak ngah pulak menyusul pada 06/02/21. Sedih sangat, gigil tangan dan kaki mendengar perkhabaran yang memilukan hati..Sobbbbs..

Mohon semua pembaca sedekah Al Fatihah (Dibaca) buat Pak Ngah Nona, Pak Cik Marzuki dan Tok Ngah. Semoga tenang di sana, diampunkan segala dosa walaupun sekecil kecil dosa, dipermudahkan urusan soal jawab di akhirat sana, dan semoga seluruh keluarga tabah terima kenyataan ini.

Masih terngiang ngiang suaranya, ternampak nampak kelibatnya, teringat ingat nasihat yang diberikan.. Hmmm.. Nangis lagik.. Sedih sangat .. Arwah baik orangnya..

Al-Fatihah..Allahuakbar!! Kuatkan kami yang ingin meneruskan perjalan kehidupan ini terutamanya isteri serta anak anaknya dan nenek aku.




Notahati: Allah....Allah....Kita semua pun akan kembali kepada Allah...Kita milik Allah..


Post a Comment

15 Comments

  1. Salam takziah Nona.
    Al fatihah buat arwah pakcik nona. semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Aaminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMIN YA RABB.
      Terima kasih, sedih sangat bila diingat kembali masa masa yang ada bersama dorang...

      Delete
  2. moga terus kuat buat Nona dan keluarga. salam takziah. :')

    ReplyDelete
  3. Salam takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah

    ReplyDelete
  4. salam takziah kepada Nona sekeluarga :(

    ReplyDelete
  5. salam takziah nona dan keluarga atas kehilangan..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .