Strok Bukan Sekadar Lumpuh, Ketahui Jenis dan Tanda Amaran Angin Ahmar Menyerang!

Strok Bukan Sekadar Lumpuh, Ketahui Jenis dan Tanda Amaran Angin Ahmar Menyerang!

Ketahui Jenis dan Tanda Amaran Angin Ahmar Menyerang! ||  Siapa pernah nampak orang terkena serangan strok? Aku pernahhhh! Kat tempat kerja. Masa tu dia tidur dalam keadaan duduk di atas kerusi. Tiba tiba bila dikejutkan tu, member bagitau dia tak boleh bergerak. Mata je terkebil kebil weh! Lepastu, angkat dia dengan kerusi kerusi sekali. Pergh...itulah pengalaman depan mata. Aku blur gila nak buat apa masa tu.. Sedih tengok abang tu.... Dah berhenti kerja sekarang nih...

Strok tu apa ? Strok ialah keadaan kesihatan kecemasan yang berlaku akibat daripada kematian sel otak berikutan gangguan pada aliran darah. Sebabtu ada sampai cacat atau mati akibat strok. SERAM kan.

Bagaimana nak kenalpasti diri menghampiri penyakit strok??

Tiada siapa yang boleh mengenal pasti jenis strok yang mana tanpa membuat pemeriksaan kesihatan.

Doktor akan menganalisis imbasan otak bagi melihat jika ada tanda pendarahan dan sebagainya sebelum membuat diagnosis.

Persatuan Strok Amerika Syarikat telah menyarankan teknik FAST untuk mengenal pasti tanda amaran serangan strok

  • Face (Muka): Adakah kedua-dua belah pipi anda terangkat semasa anda senyum?
  • Arms (Lengan): Adakah lengan anda jatuh sewaktu anda cuba mengangkatnya?
  • Speech (Percakapan): Adakah percakapan anda boleh difahami? Adakah anda mengalami kesukaran untuk bercakap
  • Time (Masa): Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, hubungi kecemasan dengan kadar segera

Terdapat juga simptom yang tidak diterangkan dalam teknik FAST. Ini termasuklah:

  • Kekeliruan: Sukar memahami apa yang dituturkan oleh orang lain atau kelihatan tidak keruan dengan keadaan sekeliling
  • Sukar berjalan, pening secara tiba-tiba dan hilang keseimbangan badan
  • Sakit kepala teruk yang diketahui puncanya
  • Sukar untuk melihat menggunakan satu atau kedua-dua belah mata

Jika anda mengalami TIA, simptom kebiasaannya akan hilang dalam masa 1 hingga 5 minit. 

Namun, walau ia hilang sekalipun, anda masih disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani siasatan lanjut.

Komplikasi jika tiada rawatan diberi!

Strok boleh mengancam nyawa. Oleh sebab itulah ia digelar keadaan kesihatan kecemasan.

Otak merupakan organ penting yang mengawal fungsi major dalam kehidupan manusia.

Tanpa aliran darah yang cukup, ia boleh mengganggu pelbagai proses fisiologi seperti pernafasan, tekanan darah dan lain-lain.

Komplikasi yang bakal dialami bergantung kepada jenis strok dan secepat mana anda mendapatkan rawatan.

  • Perubahan tingkah laku
  • Kesukaran untuk bertutur
  • Sakit atau kebas
  • Lumpuh bergantung kepada lokasi strok

Pesakit strok yang sembuh masih boleh mendapatkan kembali fungsi motor, percakapan dan keupayaan untuk menelan melalui proses rehabilitasi.

Namun, perkara ini akan memerlukan masa yang agak panjang.

Konklusi

Strok atau angin ahmar bukanlah satu penyakit yang boleh dipandang ringan.

Oleh sebab terdapat pelbagai jenis strok, tahap keterukan bergantung kepada keadaan klinikal pesakit.

Mereka yang mengalami TIA mungkin akan berasa lega selepas simptom hilang beberapa minit selepas itu.

Namun, itu tidak bermakna anda tidak perlu berjumpa dengan doktor.



Info from : Hello Health Group






Notahati : Semoga dijauhi dari segala penyakit merbahaya ini. AMIN

Post a Comment

9 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian non ;)

    ReplyDelete
  2. Semoga dijauhi daripada penyakit bahaya ini.

    ReplyDelete
  3. Aku paling takut Nonn strok ni..
    Siapa ada penyakit memang kena jaga-jaga.. moga kita di hindarkan dari terkena strok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... sama ler... Amin.. jaga jaga... moga dihindarkan...

      Delete
  4. Betul, strok boleh mengancam nyawa selain pergerakan terhad. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .