Info Kesihatan : Berapa Kali Kena Potong Kuku dalam Seminggu??

Info Kesihatan : Berapa Kali Kena Potong Kuku dalam Seminggu??

Berapa Kali Kena Potong Kuku dalam Seminggu? || Ya...hari Jumaat sudah tentulah Sunnah, tapi kalau kat sekolah asrama aku dulu, mereka akan buat spotcheck dua kali seminggu tau... So, sebenarnya berapa kali kita digalakkan untuk memotong kuku?

Soalan ini sudah pasti pernah atau masih bermain di fikiran kita semua – untuk mengekalkan kebersihan tangan, sebenarnya kena potong kuku berapa kali dalam seminggu?

Disebabkan kurang cakna mengenai perkara ini, ramai yang akan melakukannya ikut suka hati dan ada juga yang tidak kerap buat!

Kalau mengikut sunnah dalam agama Islam, kita haruslah memotong kuku pada setiap hari jumaat dan ini mungkin ada benarnya.

Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.



Kenapa kita semua perlu potong kuku?

Dalam usaha menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, seluruh anggota perlulah dijaga dengan baik termasuklah kuku.

Kuku adalah antara bahagian penting kerana ia wujud pada hujung jari tangan yang banyak digunakan untuk menyentuh.

Ini termasuklah perbuatan menyentuh makanan, minuman atau sekadar menggaru bahagian tubuh badan lain yang gatal.

Disebabkan itu, kita semua perlu potong kuku yang panjang agar jangkitan mikroorganisme seperti pinworms dapat dielakkan.

Secara hipotesisnya, lebih panjang kuku, lebih risiko kuku anda terdedah kepada anasir jahat seperti kuman, bakteria atau virus.

Persoalannya, berapa kali kena buat agar ia kekal bersih dan sihat?


Kena potong kuku berapa kali seminggu?

Sudah menjadi sunnah dalam kepercayaan agama Islam, penganutnya diharuskan untuk memotong kuku pada setiap hari Jumaat.

Ini memberi gambaran bahawa kuku perlu dipotong sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dan sains mungkin mengakuinya.

Menurut Canadian Dermatology Association, kuku pada jari tangan akan tumbuh sekitar 2.5 milimeter pada setiap bulan.

Sekiranya ia mengalami kecederaan atau tercabut dengan sendiri, kuku akan mengambil masa 6 bulan untuk tumbuh kembali.

Kajian tersebut turut menyatakan bahawa kita semua wajar memotongnya sebanyak 1 atau 2 kali dalam masa seminggu.

Ia bertujuan memastikan kuku anda sentiasa berada pada kepanjangan yang ideal dan tidak akan menjejaskan kehidupan.

Namun setiap orang pasti punya kitaran pertumbuhan kuku dan cita rasa yang berbeza dalam hal penjagaan kuku masing-masing.

Situasi yang memerlukan anda memotongnya!

Mungkin akan ada individu yang dengan sengaja ingin menyimpan kuku panjang untuk tujuan kecantikan atau pekerjaan.

Sebenarnya, adalah tidak salah untuk menyimpannya asalkan anda tahu kepanjangan yang ideal dan cara untuk menjaganya dengan baik.


Pun begitu, kalian harus tahu ada 4 situasi penting yang mengharuskan anda potong kuku iaitu:

Kuku yang terlalu panjang

Jika ia terlalu panjang, maka risiko jangkitan mikroorganisme akan meningkat dan memotongnya adalah pilihan terbaik.

Kuku yang terlalu kotor

Kalau ia terlalu kotor, maka risiko jangkitan mikroorganisme akan bertambah dan memotongnya adalah pilihan terbaik.

Kuku yang terlalu kering

Kuku yang terlalu kering akan membuat ia tampak pucat dan tidak sihat, jadi memotongnya adalah jalan paling ideal.

Kuku yang terlalu lembap

Kuku yang terlalu lembap pula membuat ia lebih mudah terkopek atau tercedera dan memotongnya adalah langkah paling ideal.

Bagaimana cara betul untuk melakukannya?

Sebelum itu, kalian perlu tahu bahawa terdapat 2 jenis peralatan yang boleh digunakan untuk potong kuku yakni ketip kuku dan gunting kuku.

Kedua-duanya boleh digunakan untuk memotong kuku jari tangan serta jari kaki namun haruslah digunakan dengan cara yang betul, cermat dan selamat.

Terdapat beberapa tip yang kalian boleh amalkan setiap kali potong kuku termasuklah:



Mungkin ada juga individu yang tidak gemar menggunakan peralatan ini sebaliknya hanya mengerat atau menggigit kuku.

Sebenarnya, adalah tidak bagus untuk kuku dikerat dengan tangan atau digigit dengan gigi kerana ia hanya akan merosakkan kuku.

Jadi, potonglah ia dengan menggunakan alat dan cara yang betul sahaja okay!

Rawatan manicure & pedicure

Sekiranya anda terlalu malas atau tidak punya masa untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kuku, apa kata lakukan sahaja rawatan sebegini?

Untuk pengetahuan anda, rawatan manicure dan pedicure yang boleh dijalani di salun ini mempunyai banyak manfaat antaranya:

  • Menjaga kesihatan kulit
  • Meningkatkan aliran darah
  • Mengelakkan jangkitan mikroorganisme
  • Merelakskan kuku anda

Namun kalian harus lebih berwaspada dengan rawatan ini terutamanya buat golongan ibu hamil.

Ini kerana ada risiko alat dan bahan kimia seperti toluene dan formaldehida yang digunakan boleh memasuki kulit lantas membahayakan janin.

Konklusinya, anda wajar potong kuku berapa kali dalam seminggu mengikut tip-tip yang kami berikan di atas tadi.

Jangan hanya biarkan ia terlalu panjang dan kotor kerana kebersihan serta kesihatan kuku juga adalah sangat penting.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

Post a Comment

6 Comments

  1. ketip kuku ni kadang2 jadi ralit :)

    ReplyDelete
  2. Sis potong Isnin dan Jumaat Nonn.. tapi biasanya kalau panjang je potong, banyak berak cepat le panjang kukunya..

    ReplyDelete
  3. tiap jumaat potong senang... klu kuku pendek, rasa always clean kan

    ReplyDelete
  4. kadang2 boleh lupa nak potong kuku..haha

    ReplyDelete
  5. Memang ketip kuku hari Jumaat sekali seminggu.

    ReplyDelete
  6. Hari jumaat tu memang ketip kuku. Tapi kalau panjang sikit, terus potong gak sebab rimas. Jenis kuku cepat panjang kot.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .