Makan-Makan di The J Seri Alam, Johor || Makan jangan tak makan katanyaaa..Hihi.. Ini salah satu tempat makan baru 2021 yang berada di Seri Alam, Masai, Johor. Bulan lepas adalah hari pembukaannya dan setakat ni, kulihat sambutan masih memberangsangkan. Tempatnya seperti di medan selera, ada banyak kedai makanan yang menyelerakan woo! Makanan pelbagai menu dari makanan berat sampai lah dessert. Malayan, Arabian, Thailand, Korean, Indonesian, Indian food? You just pilih ikut selera.. Gituhh~ Ya, makanan panas, tak kira makanan timur, barat, utara, selatan, ada je di sini.
Baca Juga: Persatuan Suri Rumah Malaysia
Ramai sungguh. Ianya ada dua tingkat tau. Kat atas tu kalau duduk memang syok, amek angin.
Tapi kat bawah tu pun ada kipas besar....terasa berangin jugak...
Psssttt: Kat atas tu ada tempat dan barang untuk bershisha. Sapa tahu shisha tu apa, hehe..Kalau tak tahu, awak google la ea~ Saja info..
Okay, once you duduk, kita akan diberi buku menu dan borang kecil untuk mengorder ikut kod menu yang disediakan. Selepas selesai menulis, pergi ke kaunter pembayaran dan buat bayaran seperti yang diminta. Tunggulah dalam beberapa minit, nanti sampai menu yang diminta tuh. Hihi~
So, antara benda menarik yang aku sendiri rasa sedap dan korang pun kena try kalau ke sini ialah:
1. Lele Getok Mantul
RM7.90
Ini memang pedas gila kerana sambalnya yang padu. Kita boleh pilih berapa tahap kepedasan yang kita nak. Aku semestinya pilih fasa yang paling pedas..Muehehe... Kalau ikan, sambal ijo, tapi kalau ayam getok, sambal merah diberi.
2. Famous Fries
Ada macam-macam jenis boleh dipilih, kentang lurus atau putar diberi pilihan.
Tapi kentang swirl tu agak pricey compare kentang lurus..Jarak dua tiga hengget je...Kih3~
Err...ok...masin masin gitu..Berlemak! Aku rasa sikit, bungkus bawak balik rumah...habis licinnn!
3. Chicken Shawarma
Teringin!
Sedap, isinya tu pun sedap....I suka!
4. The J Ice Cream
RM6.90
Aku tak dapat teka aiskrim apa dorang guna tu, macam Vanilla..tapi entah ek..HAHAHA..
Ditabur dengan choc chips and flakes. Yang penting sedap dan tersangat menyelerakan Nonaaa! Gaul sebati..adoi, terliur balik!!!
5. Bingsu Mangga
Favourite.
Aku suka sebab ada ais krim dan buah kat situ, of course i like!
6. Munchy-Munchy Choc Nutella
Dapat teka tak apa dari gambar ni..Haha..
Inilah pisang goreng coklat awak!
Boleh pilih nak topping perisa apa..
Kalau nak sambal kicap jer pun boleh, takda hal~
7. Mee Wantan
Ini masa hari pembukaan aku try....
Mi nya sedap weh! Lembut, dumpling pun sedap!
Untuk hari pembukaan memang simple gini...
tapi aku tak try lagi kemudian harinya sebab sibuk nak rasa benda lain...
KAH! Bebila nanti boleh cuba again...Memang sedap ui!
Ada lagi satu, bakso beranak! Masa opening day tu terjumpa si Vicha artis komedi dari Indonesia tu ha..
Kemain ajak selfie kauuu..KAHKAH~ Simpan je gambarnyaa..
Oh ya! Sate Kajang pun ada weh!!!! Bapak aku memang suka gilaaa..Aku bukanlah peminat sate..so takda gambar proper haritu..Hahaha
Okaylah, settle makan makan..Next time makan benda lain pulak.Ye dak? Tapi sekali sekala bolehlah..
Actually gambar di atas adalah gambar setelah berkali kali aku terjah..
Bukan makanan untuk sehari je yerr~
OOTD tuan blog.
Awal-awal tu je kemain nak bersiap lawa sikitt pergi tempat makan baru 2021 ni ha...
Next tu, dengan baju kerja pun menyinggah aje! Kah!
Korang kalau nak ke sini,
try search alamat
No 6J, Jalan Suria,
Bandar Seri Alam, Masai, Johor.
(Area Family Mart Seri Alam dengan Starbuks tu)
Waktu Operasi: 12PM to 12 AM
4 Comments
tuan punya belog makin lawo gituh
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteikan diselimuti sambal ijo ye. patutlah pedas. Okaylah cover dengan menu manis manis tu :)
ReplyDeletewantan mee dia, buat terliurrrrr
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .