Pertama Kali ke Bukit Tizz Seri Alam, Johor || Inilah aktiviti hiking pertama untuk PKP 2.0. Terlambat sikit masuk sebab tunggu member datang dari tempat jauh jauh. Jam 8 pagi barulah bergerak masuk.
Yezza, masuk dari gate ni ha...
Ramai jugak pada haritu sebab ada bukit lain jugak dalam kawasan sini..Bukit lain dalamni aku dah pergi..Lagi jauh jarak pendakiannya ui..
Seronok melihat pokok pokok, memijak dedaun kering dan mendengar kicauan burung. Ada ketenangan kat situ... Alhamdulillah!
Yang sebenarnya, kalau ikut jalan short cut, cepat aje sampai. Tapi sebab member aku sebelumni lalu jalan lain, maka lalulah kami ke jalan yang di pergi tu....Namun begitu, ada sesuatu yang berbeza apabila melalui jalan tu, keadaannya dah tertutup dengan daun daun yang semakin merimbun..Mungkin gara gara PKP, tempat tu terbiar sehingga menyebabkan semak samun.
Pokok Getah!
Ye, terdapat banyak pokok getah di sekitar sini. Seronok tengok bekas yang penuh dengan getah..Bahagia sang penoreh mendapat hasil untuk dijual.....
Sebelum sampai puncak, haruslah selfie terlebih dahulu meskipun dengan muka tembam.Bahahaha..
Pondok yang unik lah bagi aku..Hihi..
Checkpoint pertama sebelum sampai, akan jumpa beberapa biji batu bersaiz besarr..Takda gambar sebab gambar tak menjadik pulak...Haizz..Kemudian barulah kami sampai ke puncak bukit Tiz..Hehe..
Ketinggiannya 128 meter
Acah acah kat Sabah..Kah!
Okaylah, mari kita bergambar dan ambil angin sepuasnya di sini...huhu..Jujur, memang berangin dalam pancaran cahaya matahari..
Ada tali disediakan di beberapa kawasan turun naik kat situ...Memang sangat berguna sebab tak dapat nak capai benda lain untuk dipegang..Syukur ada tali tu ...
Sekejap je perjalanan kalau dari bukit Tiz ni untuk ke tempat parking semula. Tapi penatnya tu terasa sangat sebab dah sekian lama tak buat aktiviti camni ditambah pula dengan cuaca panas lit lit ni~
Ha, apa lagi yang menarik ialah kami jumpa seorang amoy jual air setibanya kami ke bawah tu..Fuh...alang alang memang tengah kepanasan dan kepenatan, haruslah singgah tengok apa ada kat situ..Kan....Air botol sendiri pun nak habis dah..
Mashukkkkk!
Nak jugak lah try bukak meja kat sini..Huhi..
Okaylah, bagi sesiapa yang berminat untuk ke sini, try je search nama bukit Tiz ni yer..Bagi keluar peluh, atau ambil angin... Gituh!
13 Comments
Dah start hiking. Best.
ReplyDeleteYa..start sudeh... hiking bila mahu aje.. ikut mood..
DeleteKawan-Kawan Zumba Sis pun ramai dah daki, derang ajak, tapi memang tak mampu laaa Sis ko nak daki... senam kat rumah aje lerr huhuhu
ReplyDeleteBaik sis.. hoho.. xpa.. janji senammm gitu..
Deleterajinnya Nonnnnn
ReplyDeleteHaha. bukan saluuuu
DeleteSeronoknya dapat hiking. Bebas sikit dari dunia perapan di rumah. Pertama kali dengar bukit Tiz. Cantik juga view dia, trail pun okay je. Bagus Nona rajin hiking :)
ReplyDeleteHa ah, bebas sikit..haha..Memang cantik..Subhanallah...Suka nengok wo... trail pun ok... xdela terlalu curam.. or tinggi mana pun.. hehe..
Deleteaktiviti yg sihat. ada gak yg meniaga ye bagus tu
ReplyDeleteBest-best. Dah pergi Tasik 3 Beradik tak?
ReplyDeleteUdah dong... hoho... Cuma tak cerita.. sebabbbb... pintu masuk yang kitaorang gi haritu dah tutup..
DeleteAmboi nama Nona Cantik dan Sihat.
ReplyDeleteSeronok tengok alam semula jadi.
bestnyaaa... i love hiking, tapi tak berkesempatan nak pergi lagi
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .