Surprise Event Untuk Bride To Be Menggunakan Perkhidmatan Surprise Planner dari Surprise Daisy di Melaka

Surprise Event Untuk Bride To Be Menggunakan Perkhidmatan Surprise Planner dari Surprise Daisy di Melaka

Surprise Party Untuk Bride To Be || Alhamdulillah, masih bernyawa. Ini kisah bulan September haritu semasa boleh merentas negeri. Buat event..event kecil kecilan je..Tiga orang gitu...Surprise Event For Bride To Be!!! Siapa? Yang pasti not for me..Hahahaha..

Kami ke Melaka. Memang plan spend time jalan jalan jauh sikit sebelum member menamatkan zaman bujang... Cukup jauh dah Melaka ni...Haha. . Nak dipendekkan cerita, Rabitah yang ajak buat surprise untuk bakal pengantin...Aku kalau tak diajak, memang tak terfikir..Hoho..Fikir shopping aje.. Kakakakaa.. 

Maka mulalah pencarian surprise planner dari jauh. Kita ni dahlah tak berapa tahu tempat kat sana..Jarang jarang pergi walaupun dulu belajar kat Melaka. Oleh sebab itu, aku risik risik member dan sepupu yang tinggal kat sana. Fuh, memang cantik cantik tempat yang disuggest.. Surprise planner pun ada banyak. 

Pilih punya pilih, akhirnya aku ambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan suprise planner nombor satu di Melaka. Ini kat profile Instagram dorang yang tulis tau.. Hihi.. 

First, tepek muka bakal pengantin!! Chak! Bukan muka saya kan?? 


Esok dia jadi binik orang! Yay! Now dah kat kampung sekarang, mesti busy..Hihi...Saja post lambat lambat..bagi ada mood gitu... Mood apo?? Jeng, jeng, jengg.......

So kami sampai ke Melaka pada 26hb September, terus check in SINI. Ada satu cerita mendebarkan semasa hari kejadian. Kalut seketika...

Setibanya kami kat hotel, Atin cakap dah lapar..sesuai sangat lah sebab nak pergi jam 8 malam ke tempat yang dijanjikan tuh..Tapi jam 7pm, orang tu bagitau, hujan lebat gila... meja tak siap lagi..akan siap semua pukul 9 malam, dan kena decide terus tempat baru... Ah sudah, mana tahu nak tempat kat mana bagai..Aku pun lengahkan masa..nak membuang la..mandi dulu la..Hahaaa..

Nasib baik org ni memang pakar dan berhubung (ada link baik punya) dengan banyak kedai makan..so dia tahu kat mana lagi boleh buat surprise party.. Whoa.. Alhamdulillah, bagus betul! Dipermudahkan urusan!

Complete set!! Cantik gubahannya! 
Cuma kain selendang pink Bride To Be dengan mahkota tu.. aku bawak sendiri dari rumah.. 

Dedua kat belakang bakal menamatkan zaman bujang tahun ni..
Jangan ditanya sayaaaa yer..Kah!

Potong kek dulu, pastu sambung amek gambar.


Kek free sebiji tapi random perisa..
Tak boleh pilih..

Banyak props yang disediakan tau! Syok nak bergambar!
Bunga hidup pulaktu..Wangi meja..hihi..
Ada props yang leh bawak balik macam belon dan bunga


She is happy!!

Tak sangka betul..Gila awal katanya...Yela..majlis Bulan Mac 2021 tapi parti buat bulan 9..Huhu


Ini pun orang tu bagi untuk kita buat wish..atau nak letak frame gambar insan yang diraikan pun boleh..

Ready??! Hihi 

Moga Fatin dan Firdaus berjaya dan berbahagia selamanya sampai syurga Allah...

AMIN.

Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu 'anhu bahwa Nabi SAW bila mendoakan seseorang yang nikah, beliau bersabda:

بَارَكَ اَللَّهُ لَكَ , وَبَارَكَ عَلَيْكَ , وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Artinya:

1"Semoga Allah memberkahimu dan menetapkan berkah atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Imam Empat. Hadis sahih menurut Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Overall, 
Puas Hati Sangat!! 

I love it! Walaupun tak dapat tempat makan sebelah river cruise Melaka, jadiklah kat kawasan ni..Sejuk jugak..Bahagian luar...Sebab masih hujan..tapi tak hujan yang ribut sangat lah masa tu.. So korang kalau ke Melaka, atau berniat nak buat surprise event kat Melaka, boleh guna servis mereka. Of course trusted! 

Terima kasih Surprise Planner Daisy, Melaka! 

Sila lah terjah IG dorang ni ye





Post a Comment

8 Comments

  1. wah bestnya 😍😍 kita dulu rancang gini jugak dengan kawan kawan 😂 last last pkp hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestttt..Hehe..Yeah, dah PKP....tak leh watpe la..huhu

      Delete
  2. Buat di restoran mana ni? Hehe nampak tempat romantik betul cahaya lampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Somewhere in Malacca...hehe..Nanti Nona share next post ye

      Delete
  3. Waaa nanti ko kawin bulan madu kt Malaka ke tu, boleh buat surprise gak kan hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh, Melaka jugak ek..hahahaa...Bolehlahhhhh surpriseeee~

      Delete
  4. Seronok meraikan bakal pengantin. InshaAllah tak lama lagi Nona pulak :)

    ReplyDelete
  5. waaaa bestnya klu ada bestfriend mcm ni hehehe ..... congrats to her :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .