Untuk harini, aku nak cerita antara pengalaman kerja yang takkan kulupa sampai harini.... Ada beberapa pekerjaan yang aku buat sepanjang hidup ni.
1. Bekerja di kedai U-Mobile.
Habis SPM, tak tahu nak kerja apa.. aku try la kerja kat kedai U-Mobile berhampiran dengan rumah aku. Tak sampai 5-10 minit.. sampai dah..
Benda yang paling aku ingat ialah handphone nokia kecik yang takda kemudahan kamera dan internet tu, tertukar dengan handphone customer aku..Lain sikit jenis..tapi bentuk lebih kurang...Masa tu busy check check pasal sim kad dia.. Lepastu bila dah settle, baru perasan tertukar handphone tapi sim kad aku memang betul kat dalam tu, tak tertukar.... Haih! Cari cari, tunggu punya tunggu.. tetap tak datang weh! Ceitt! Terpaksa la i beli hp baru..
2. Bekerja dalam bidang office
Haa.. yang ni...dirahsiakan nama pejabat tu...Tapi masa aku kerja tu, dia cakap akan ada pelbagai benda menarik kalau dah setahun kerja.. Aku pun saja nak cari pengalaman..Kalau boleh tak nak la kerja kilang walaupun aku amek kos pemakanan. Tung tang tung tang...pas setahun, takda pape pun.. ..Gaji basic dalam bawah rm1000 masa tu...Yela..i diploma jer.. Pastu takda pape benda special berlaku..maka aku berhenti...Memang takkan lupa...Huhu..
3. Bekerja di kilang.
Ini pun dirahsiakan la namanya. Benda yang paling aku ingat ialah masa minggu minggu awal baru start kerja, aku panjat tanker untuk ambil sample..tiba tiba nak pergi ke ruangan tepi yang lebih kukuh...safety shoes aku boleh tersangkut dekat besi yang ada pada penutup tanker tuu...(Masa tu segan lagi nak menjerit suruh driver stop) Dah terdengar bunyi tanker nak start bergerak, tapi aku tak ketepi lagi.. Phewww..
Mujur safety shoes tu longgar sikit. Pusing pusingkan kaki...cabut kaki dari safety shoes, terus lompat pergi ke laluan sebelah yang kukuh tu.. Fuh...Pastu nampak safety shoes dah terjatuh bawah... Gabra betul time tu..
Tapi selepas kejadian tu, aku pesan dengan driver, tunggu aku bebetul cakap keadaan okay...barulah mereka boleh bergerak..Dan sekarang aku banyak menjerit aje bila rasa tak selamat atas tanker.. Huhu...
Itu saja antara pengalaman kerja aku yang diingati sampai bebila. Moga kita semua selalu tabah dalam melaksanakan pekerjaan yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.. Amin
6 Comments
wowwww.. naik atas tanker ehh kauu nona.. 🤩hebat... lasak jugakk lahh kauu kann 💪🏻💪🏻💪🏻
ReplyDeleteLasak wehh... i mmg lasak... masak pun tak reti mana.. mcam u pandai.... huhu..
DeleteSelamat Hari Buruh Nona. Banyak pengalaman ni. Seronok tu kalau tempat kerja dekat tapi bila tukar tempat kerja janji tinggal janji pulak kan. Keja kilang safety first nona :)
ReplyDeletewow! kita pernah kerja sekali je hehe
ReplyDeleteAdui boleh tertukar telefon bimbit.
ReplyDeleteKerja terakhir itu bahaya betul.
kisah yang agak dramatik
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .