Sembilan Sebab Mengapa Kulit Jari Dekat Kuku Mengelupas

Sembilan Sebab Mengapa Kulit Jari Dekat Kuku Mengelupas

Sembilan sebab Mengapa Kulit Jari Dekat Kuku Mengelupas  || Kulit jari mengelupas dan kering adalah perkara biasa untuk berlaku. Ye, Nona sendiri mengalaminya tau. Geram je... Rimas kadang kadang! Jom baca, Sembilan sebab mengapa julit jari dekat kuku mengelupas. Sebelum tu, boleh jugak baca tentang Laser Jeragat

Namun begitu, untuk sesetengah individu, kulit jari dekat kuku mengelupas berlaku disebabkan masalah kesihatan. Ada 9 sebab perlu anda ketahui.

Mengapa kulit jari mengelupas?

Pastinya masalah kulit mengelupas pernah dialami oleh kebanyakan individu. Ia boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan seperti kaki, lengan termasuklah hujung jari.

Kulit mengelupas mungkin disebabkan beberapa faktor tertentu. Adakalanya ia disebabkan faktor persekitaran yang kering.

Walau bagaimanapun, apabila kulit jari dekat kuku mengelupas, ia mungkin petanda masalah yang lebih serius. Berikut dikongsikan 9 sebab mengapa ia berlaku, antaranya:

  1. Kulit kering

Keadaan ini biasanya berlaku apabila berada dalam cuaca sejuk dan kering. Ia juga boleh berlaku selepas anda mengeringkan badan setelah mandi air suam.

Bahan kimia yang terkandung dalam sabun atau produk kegunaan harian juga boleh menjadi punca kulit kering.

Terdapat juga simptom lain yang muncul bersama masalah kulit kering seperti kegatalan, kulit merekah, kemerahan atau rasa kebas.

Jika ini berlaku, gunakan sabun yang mengandungi bahan lebih selamat dan sebaiknya gunakan pelembap. Anda juga disarankan menghindari penggunaan air suam untuk mandi atau mencuci tangan.

2. Kerap Mencuci Tangan


Dengan penularan kes coronavirus di merata-rata tempat, sememangnya setiap individu digalakkan untuk membasuh tangan dengan lebih kerap. Namun, perlakuan ini turut menyumbang kepada masalah kulit jari mengelupas.

Walaupun tabiat mencuci tangan baik untuk mengurangkan penyebaran bakteria, namun membasuh tangan dengan sabun secara berlebihan boleh menyebabkan kulit jadi kering dan akhirnya kulit jari dekat kuku mengelupas.

Kekerapan mencuci akan menyebabkan kandungan minyak pada kulit akan hilang dan kulit kehilangan kelembapan. Ini sekali gus membolehkan sabun menyerap ke lapisan kulit yang lebih sensitif. Haa..wujudlah masalah iritasi dan mengelupas! 

Mencuci tangan tidak salah, cuma untuk elakkan kulit kering, pastikan anda memakai losen pelembap, okay? 

3. Penggunaan produk tidak bersesuaian

Sesetengah bahan kimia dalam pelembap, sabun, syampu dan produk kecantikan mungkin boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit sehingga kulit mengering dan mengelupas. Punca kerengsaan termasuk ubat antibakteria, pengawet seperti formaldehid dan isothiazolinones cocamidopropyl betaine. Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda disarankan untuk mengelakkan produk yang mengandungi bahan kimia kuat dan tinggi. Biasanya produk untuk kulit sensitif tidak akan mengandungi pewangi dan penyebab kerengsaan lain. 

4. Selaran matahari

Terdedah kepada sinaran matahari untuk tempoh yang panjang boleh menyebabkan selaran matahari (sunburn). Keadaan tersebut akan mengakibatkan kulit terasa sensitif apabila disentuh. 
Keadaan itu akan berubah menjadi kemerahan dan mulai kering, akhirnya kulit mengelupas. Ia memerlukan beberapa tempoh masa untuk kulit kembali pulih seperti biasa. Untuk mengurangkan kemerahan dan kerengsaan anda boleh memakai losen dan pelembap pada bahagian yang terkena selaran matahari.

5. Tabiat menghisap jari

Ini merupakan tabiat yang wujud sedari kecil pada sesetengah individu, selalunya dilakukan ketika dalam kegelisahan. Namun, tanpa disedari ia boleh menjadi punca kulit jari mengelupas.

Jika si kecil mempunyai tabiat seperti ini, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik. 

6. Tindak balas cuaca

Berdepan dengan perubahan cuaca seperti hujan (sejuk) dan panas secara mendadak boleh menjadi punca kulit kering, merekah dan mengelupas.

Berada dalam cuaca yang panas boleh menyebabkan kulit jari mengelupas.

Untuk menghindari keadaan ini, cadangan terbaik adalah mengelak pakaian ketat, elakkan mandian air panas dan memakai pelembap dengan kerap.

Masalah kesihatan turut menjadi punca kulit jari mengelupas:

7. Ekzema

Mempunyai masalah kulit dengan kerengsaan atau atopic dermatitis juga menyebabkan ekzema pada tangan. Ia akan kelihatan seperti kemerahan, merekah, kegatalan dan lebih sensitif apabila disentuh.

Selain terkena bahan kimia, genetik juga boleh menjadi punca masalah ekzema. Jika keadaan ini berlanjutan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Untuk menghindari keadaan ini, anda sangat disarankan untuk menggunakan sabun dengan bahan lembut, menghindari air panas dan kerap menggunakan losen pelembap. Jika anda tahu punca penyebab ekzema, elakkan! 

8. Alahan

Alahan turut menjadi punca kulit kering dan mengelupas. Keadaan yang berlaku jika berlaku alahan adalah seperti kulit kemerahan, kegatalan, akhirnya melepuh dan mengelupas.

Jika mengalami alahan, anda mungkin memerlukan rawatan perubatan segera. Jika keadaan semakin teruk atau berlangsung untuk tempoh lebih 1 atau 2 hari, jumpa doktor segera, okay? 

9. Psoriasis

Kulit mengelupas merupakan antara simptom Psoriasis, yang menyebabkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit.

Ia biasanya berlaku pada siku, lutut, kulit kepala dan bahagian bawah hujung jari, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.

Ia adalah 1 penyakit autoimun, bermaksud sistem imun badan tersilap menyerang sel-sel kulit yang sihat. Ia bukan 1 penyakit berjangkit dan tidak akan menular.

Tiada rawatan boleh menghilangkan psoriasis, tetapi penggunaan krim atau salap khas untuk kulit, topikal kortikosteroid boleh melegakan simptom yang dialami.

Penjagaan diri

Kulit jari mengelupas boleh berlaku kepada sesiapa dan ia bukan perkara serius. Namun, jika keadaan semakin kronik, pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor. Jangan ambil mudah, okay?

Info : Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan..


Post a Comment

5 Comments

  1. Biasa saya nampak orang yang ada Ekzema dengan alahan sabun basuh pinggan. pedih tu kalau mengelupas dan ada luka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... kesian woo.. iti dah tahap kronik kalau luka bagai.. Kan

      Delete
  2. jari tangan kita ok lagi tp tumit slalu pecah2 tu yg risau...
    setiap kali mmg kena pakai lotion n selipar dalam rumah

    ReplyDelete
  3. ni masalah akak, rasanya punca dari nombor dua tu, haha

    ReplyDelete
  4. Terima kasih perkongsian. Banyak sebabnyakan. Kadang terjadi juga pada jari jemari ini.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .