AWAS! Letih dan Loya Antara Simptom Utama Lapan Penyakit Hati Ini!! || Sakit Hati? Err, bukan sakit hati dengan manusia sekeliling tu.. tapi sakit hati pada tubuh badan ni.. Ada banyak petanda tau.. Lagi lagi kalau berat tetiba mendadak turun tanpa sebab.
Korang tahu kan, hati merupakan organ yang paling kuat bekerja dalam tubuh kita. Namun ia juga terdedah kepada isu kesihatan serius. Ini antara lapan jenis dan gejala penyakit hati yang boleh terjadi kepada sesiapa saja!
Gejala penyakit hati
Hati memainkan peranan besar berkaitan fungsi tubuh.
Ia membantu proses pencernaan makanan, mengubahnya menjadi tenaga dan menyimpan tenaga tersebut untuk kegunaan masa mendatang.
Organ ini juga berfungsi dalam menyaring bahan toksik daripada darah.
Maka jika hati tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan masalah penyakit hati, ia mungkin menyebabkan wujudnya potensi kesan kesihatan serius.
Oleh sebab itu, amat penting untuk anda mengenal pasti sebarang gejala penyakit hati agar ia boleh dirawat segera.
1. Gejala umum masalah penyakit hati
Gejala penyakit hati adalah berbeza bergantung kepada penyebabnya. Tetapi ini antara tanda biasa dialami, seperti:
Mata dan kulit kuning (penyakit kuning)
Air kencing gelap
Najis pucat, berdarah atau hitam
Pergelangan kaki, tangan atau perut bengkak
Loya
Muntah
Penurunan selera makan
Keletihan berterusan
Kegatalan kulit
Mudah mengalami lebam
2. Gejala hepatitis
Merupakan masalah keradangan hati disebabkan virus, mengakibatkan bengkak dan menjejaskan fungsinya.
Hepatitis virus boleh menular dan tersebar melalui kontak dengan makanan, air atau cecair tubuh yang tercemar seperti darah atau air mani.
Ia bermula dengan simptom selesema. Kemudian wujud tanda lain seperti:
Keletihan atau tidak bertenaga
Sakit otot dan sendi
Sakit abdomen
Loya
Muntah
Selera makan menurun
Air kencing gelap dan najis pucat
Penyakit kuning
3. Gejala penyakit hati berlemak
Berlaku apabila terdapat kandungan lemak berlebihan di dalam hati.
Ia menyebabkan organ ini membengkak dan keradangan – boleh mengakibatkan sirosis (parut) yang boleh merosakkan hati secara kekal
Terdapat 2 jenis:
Penyakit hati berlemak alkohol – kesan pengambilan alkohol jangka panjang
Penyakit hati berlemak bukan alkohol – berlaku tanpa sebab jelas
Pada peringkat awal penyakit hati berlemak, alkohol tidak menimbulkan simptom. Tetapi ada yang mengalami kesakitan pada bahagian kanan perut.
Semakin ia berkembang, ia boleh menyebabkan:
Demam
Loya dan muntah
Penyakit kuning
Penyakit hati berlemak bukan alkohol mungkin mempunyai sedikit atau tiada gejala pada peringkat awal.
Tetapi lama-kelamaan ia mengakibatkan:
Rasa letih dan lemah
Penurunan berat tanpa sebab
Hilang selera makan
Penyakit kuning
Kulit gatal
Kaki dan perut bengkak
4. Keadaan genetik
Genetik turut boleh menyebabkan wujudnya masalah penyakit hati, seperti:
Hemochromatosis keturunan – Tubuh menyimpan zat besi secara berlebihan dalam hati
Penyakit Wilson – Hati menyimpan tembaga sehingga wujud kesan sampingan
Kekurangan alpha-1 antitrypsin – Biasanya dihasilkan dalam hati
Gejala yang dialami adalah berbeza mengikut keadaan, antaranya:
Keletihan dan lemah tenaga
Sakit sendi
Sakit abdomen
Tiada selera makan
Kaki dan perut membengkak
Penyakit kuning
5. Gejala penyakit hati autoimun
Penyakit autoimun merupakan keadaan melibatkan sistem imun menyerang tisu sihat dalam tubuh.
Dalam kes ini, ia menyebabkan sistem imun menyerang hati dan mengakibatkan keradangan serta parut.
Masalah penyakit hati autoimun termasuklah:
Kolangitis bilier primer (PBC)
Kolangitis sklerosis primer (PSC)
Hepatitis imun
PBC dan PSC berkembang perlahan. Tetapi mengembangkan gejala seperti keletihan dan kulit gatal.
Antara simptom lain:
Kesakitan pada abdomen kanan
Penyakit kuning
Kaki dan perut membengkak
Hati, limpa atau perut membesar
Penurunan berat tanpa sebab
PSC juga boleh menyebabkan tubuh menggigil, demam dan peluh malam.
Hepatitis imun pula berkembang secara tiba-tiba. Sesetengah individu mengalami simptom selesema ringan.
Akhirnya, ia mengembangkan gejala penyakit hati sama seperti hepatitis virus, seperti:
Penyakit kuning
Penurunan tenaga dan keletihan
Sakit abdomen dan sendi
Kulit gatal
Air kencing gelap dan najis pucat
Loya
Hilang selera makan
6. Simptom barah hati
Merujuk kepada kanser yang bermula pada hati. Karsinoma hepatoselular atau barah hepatoselular (HCC) – jenis kanser hati paling biasa.
Antara tanda kanser hati termasuklah:
Hilang selera makan
Kehilangan berat tanpa sebab
Kulit gatal
Penyakit kuning
Bengkak dan sakit pada abdomen
Loya
Muntah
Mudah mengalami lebam
7. Gejala penyakit hati sirosis
Sirosis atau parut hati, berlaku apabila hati rosak kesan keradangan atau pembengkakan.
Tiada simptom dialami pada peringkat awal. Uiii ini seram ekk?! Tetapi apabila berkembang, ia boleh menyebabkan:
Letih dan lemah badan
Penurunan selera makan
Berat badan turun tanpa sebab
Kulit sangat gatal
Loya
Bengkak dan sakit pada kaki serta perut
Penyakit kuning
Pendarahan dan lebam mudah terjadi
8. Tanda kegagalan hati
Kegagalan hati ini boleh menjadi kronik atau akut. Ia sering terjadi selepas sirosis.
Biasanya berlaku pada peringkat akhir masalah penyakit hati, apabila organ ini sudah rosak untuk berfungsi.
Simptom peringkat awal meliputi:
- Kehilangan selera makan
- Keletihan
- Loya
- Cirit-birit
Gejala peringkat akhir termasuklah:
Keletihan
Kekeliruan
Koma
Pengambilan ubat berlebihan, terutamanya acetaminophen boleh menyebabkan kegagalan hati akut.
Antara gejalanya adalah:
- Sakit atau bengkak di perut kanan
- Loya
- Muntah
- Kekeliruan
- Penyakit kuning
- Mengantuk, tidak fokus atau tidak sihat
Jika mempunyai gejala penyakit hati ini, dapat rawatan perubatan segera.
Kegagalan hati secara tiba-tiba berisiko menyebabkan penumpukan cecair pada otak, pendarahan berlebihan dan kegagalan buah pinggang.
Info: Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
4 Comments
kalo berkaitan dgn penyakit hati ni selalunya sinonim dgn bdn menjadi kuning.. anyway, nice info ni.. tq sis
ReplyDeleteKena berhati-hati kalau kulit sudah kuning.
ReplyDeleteGejala dia nampak macam biasa macam kurang selera dan letih tu. tapi tak sangka gejala macam tu sampai jadi penyakit hati. Thanks share.
ReplyDeletethank you sharing.. sbb tak pernah tau pun ttg ni
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .