Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda, Jangan Jadi Mangsa Seterusnya

Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda, Jangan Jadi Mangsa Seterusnya

Kanser Kolorektal Makin Meningkat Dalam Kalangan Orang Muda, Jangan Jadi Mangsa Seterusnya || Pernah dengar? Bila  dah baca sampai habis, rasa seram oi... Kematian pelakon terkenal, Chadwick Boseman yang dikenali sebagai adiwira Black Panther telah mengejutkan ramai pihak. Siapa sangka pelakon muda yang baru berusia 43 tahun ini menghidap kanser kolorektal. Malah, beliau juga tidak menunjukkan sebarang tanda tanda kanser usus sepanjang kerjaya beliau sebagai pelakon.

Jangan terkejut, Boseman bukanlah satu-satunya orang muda yang menghidap kanser kolorektal.

Menurut American Cancer Society, hampir 18,000 orang yang berusia di bawah 50 tahun akan didiagnosis dengan kanser kolon di Amerika Syarikat pada tahun ini.

Malah, jika statistik ini berterusan, tidak mustahil kes kanser kolorektal akan meningkat sebanyak 90% dalam kalangan pesakit yang berusia bawah 35 tahun pada tahun 2030.

Tambahan lagi, 60% daripada pesakit ini didiagnosis dengan kanser kolorektal tahap 3 dan 4 yang sukar untuk dirawat. Sebab itulah, pesakit tidak dapat mengenal pasti tanda tanda kanser usus yang awal.

Oleh sebab itu, orang muda perlu tahu mengenai risiko mereka untuk menghidap kanser kolorektal. Mereka juga perlu tahu mengenai tanda tanda kanser usus dan cara yang terbaik untuk mencegahnya.



Mengapa kes kanser kolorektal makin meningkat?

Pakar masih lagi belum pasti punca sebenar peningkatan kes kanser kolorektal dalam kalangan orang muda.

Walau bagaimanapun, mereka tahu terdapatnya beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan risiko kanser kolorektal.

Sebagai contoh, masyarakat hari ini lebih ramai yang menghidap obesiti, merokok dan mempunyai gaya hidup sedentari.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika kes kanser kolorektal semakin meningkat tahun demi tahun.

Menurut Phil Daschner dari laman sesawang National Cancer Institute, faktor risiko seperti kurang bersenam dan obesiti semakin lazim pada hari ini jika dibandingkan dengan 45 tahun lalu.

Oleh sebab itu, tidak mustahil perkara ini merupakan punca kes kanser kolorektal meningkat naik setiap tahun.

Hampir 1/3 daripada pesakit kanser kolorektal mempunyai mutasi genetik yang diturunkan dari satu generasi ke generasi.

Malah, 15 hingga 20% daripada pesakit kanser yang berusia bawah 35 tahun didapati mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser yang sama.


Pesakit kanser usus, ambil tahu mengenai sejarah keluarga anda!

Disebabkan sebahagian besar pesakit kanser usus yang berusia 35 tahun ke bawah mempunyai mutasi genetik yang diwarisi daripada ibu bapa, sejarah keluarga amat penting untuk mengetahui risiko anda untuk menghidap kanser kolorektal.

Pastikan anda ambil tahu mengenai kanser kolorektal dalam kalangan ahli keluarga anda. Sekurang-kurangnya, cuba jejak atau kesan kanser ini sebanyak 3 generasi jika boleh.

Mempunyai sejarah keluarga bukanlah bermaksud anda akan menghidap kanser. Namun, informasi ini amat berguna jika anda perlu melakukan ujian saringan lebih awal daripada biasa.

Semakin awal kanser tersebut ditemui, semakin cerahlah peluang untuk ia dirawat dengan baik. Malah, jika doktor menemui polip yang bersifat prakanser, doktor boleh bertindak membuangnya sebelum ia bertukar menjadi kanser.


Kurangkan risiko anda menghidap kanser kolorektal


Walaupun punca utama kanser kolorektal masih belum diketahui, penting untuk anda ambil tahu mengenai sejarah kanser keluarga anda.

Selain itu, pastikan anda melakukan pemeriksaan yang kerap, bersenam dan elakkan amalan yang tidak sihat seperti merokok.

Satu lagi langkah penting untuk mengurangkan risiko kanser kolorektal adalah dengan memahami proses saringan termasuklah bila anda perlu melakukannya dan apakah opsyen yang anda ada.


Pada waktu ini, anda digalakkan untuk melakukan ujian saringan bermula pada umur 45 tahun.

Namun, untuk mereka yang lebih berisiko, anda perlu melakukan ujian saringan lebih awal atau lebih kerap.

Tanda tanda kanser usus mungkin sukar untuk dikesan. Malah, kanser jenis ini juga tidak akan menghasilkan simptom dengan segera.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, perhatikan tanda tanda kanser usus seperti:

Sering alami sembelit atau cirit-birit.

Darah dalam tinja.

Rasa lemah dan letih.

Sakit perut yang berpanjangan.

Turun berat badan secara mendadak.

Rasa perut masih penuh selepas membuang air besar.

Semua tanda tanda kanser usus di atas merupakan sesuatu yang perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin. Ramai yang mengabaikan simptom kanser kolorektal kerana menganggapnya sebagai sakit biasa.

Jika anda mempunyai tanda tanda kanser usus atau berisiko untuk menghidap penyakit ini disebabkan sejarah keluarga, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar yang segera untuk sesi konsultasi.

Berbincanglah dengan doktor untuk menentukan masa yang terbaik untuk melakukan ujian saringan kanser kolon.

Jika anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap kanser kolorektal, ujian saringan dapat dimulakan lebih awal.

Walau bagaimanapun, tanda tanda kanser kolorektal di atas mungkin juga menandakan penyakit lain seperti jangkitan, buasir atau sindrom usus rengsa.

Tidak kiralah apapun penyakit yang anda alami, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan sesekali melengah-lengahkan rawatan. Mana tahu, ia mungkin akan menyusahkan anda pada masa hadapan.







Info: Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .