TBF Leather Card Holder by PTT Outdoor Pilihanku|| Hai korang! Sihat? I hope semua baik baik je walaupun tak ke mana mana.
Musim lockdown ni, jadual kerja Nona selang seli, so banyak masa sikit kat rumah. Baru baru ni Nona saja buat kemaskini dompet dan handbag. Mak ai tengok purse ni, sampai dah terbonjol gitu, kembung pulak tu.. Err, bukan kembung sebab duit tapi sebab resit dan yang ada dalam tu, kah!
Bukan tu je, Nona sememangnya tak minat letak kad kat bahagian bertingkat tingkat dalam dompet tau, sebab keadang kadang kad kad melekap antara satu sama lain kat dalam tu sehingga melambatkan proses nak keluarkan kad.
Lama kelamaan, risaukan dompet tercabut butangnya, maka i mulakan pencarian. Haaa…scroll punya scroll, Nona terjumpa website ni yang menyediakan pilihan terbaik untuk simpan segala kad yang kita ada.
Yassss, inilah dia rupa Two Black Fox(TBF) Leather Card Holder!! Hehee..
Sampai dalam keadaan elok, and ada banyak jugak
compartment nya.. Ini yang saya mahukan! Mudah dan mesra. Butang untuk bukak tutup pun senang dibuka tapi taklah loose.
Close up kulit card holder ni.. Premium Leather feel.. Nampak cantik kulitnya..
Sumbat semua kad! Hihi..Nona percaya, bila dah meningkat dewasa, kebanyakan dari kita mempunyai lebih dari 12 kad, kan? Tak semua orang tapi mesti ada.
Contohnya kad pengenalan diri, bank, lesen, dan kalau macam Nona, pergi majlis memana, lepastu nampak ada kad catering yang digunakan atau tempahan makanan yang sedap dalam majlis tu, Nona mesti simpan jugak, untuk kegunaan kemudian hari. So bertambah tambah kad yang sedia ada ni ha.. Selain daripada itu, Nona suka dengan saiz card holder ni yang tak besar sangat, nampak slim, ringan dan mudah di bawah kemana mana sahaja. Handbag pun mesti tak terasa berat nanti.
Yeszza, pandangan selepas mengisi penuh card holder ni (Look at the black colour). I choose black and dark blue colour.. Sebab dedua nampak smart… And I like! Dapat agak tak berapa banyak kad aku ada, termasuk kad dari kenalan blogger or PR PR yang pernah kutemui di alam maya mahupun secara nyata. |
So overall, puas hati, isu tentang kad bersepah dan mengembungkan purse ni dapat diatasi. Oh ya, harga pun mampu milik.. Sesuai sangat untuk lelaki ataupun perempuan. Hmm, perlu ke memiliki card holder ni?? Heyyyy, of course!
Nak tahu kat mana Nona dapatkannya??
You guys boleh refer sini:TBF Leather Card Holder
9 Comments
Ok juga ada card holder camni. Simple dan mudah nak bawa kemana-mana
ReplyDeleteYa, senang tu kelebihannya . hehe
Deletebila byk masa dekat rumah.. mula nak check barang tu barang ni.. then realise kena tukaq hahah
ReplyDeleteBetul tuuu.. setujuuuu..
DeleteSenang ada card holder tu. senang nak ambik kad. Setuju sangat bab susah nak keluarkan kalau letak kat dalam bahagian bertingkat. memang melekap. Terhegeh hegeh bila nak keluarkan kad. aduhaiii..lagi lagi kalau urusan penting. sabar je lah.
ReplyDeleteKan... senang sikit ada card holder gini... hehe..
DeleteCantikk dan kemass je senang letakk card tu
ReplyDeleteYup..cantik dan kemas.. setuju! Hehe .
DeleteLook good and condition is too good. I love your blog. You done really nice work in this blog. Now it's time to avail https://quickshutterrepair.co.uk/ for more information.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .