Bersalin di Dunia, Berpantang Di Syurga || Baru harini ada kekuatan nak menulis pasal ni. Semalam cuba elakkan dari membaca pasal pemergian arwah Siti Sarah tapi bukak semua media sosial, dari Instagram, Facebook, Televisyen, Reading List Blog pun banyak cerita pasal pemergian Siti Sarah ni. Menangis la jugak tiap kali terbaca, terdengar dan tertengok semua posting pasal arwah..Masa Shuib LIVE pun lagi terasa pedih dan sedih..
Jujur, memang ramai 'pergi' meninggal time bersalin atau selepas bersalin dek kerana Covid 19. Cuma selalunya aku akan skip cerita tu. Aku takkan bukak dan baca sebab aku risau aku jadi terlalu sedih or paranoid. Tapiii pasal arwah Siti Sarah ni, aku memang sentiasa update perkembangan sebab memang follow kisah dorang ni ha..
Betullah, kematian yang menghidupkan. Apa pun kematian, bagi aku.. memang menghidupkan.. Lagi lagi kalau ikut hantar sampai ke tanah perkuburan.. Rasa macam insaffff sangat sangat time tu . Rasa tak nak dah buat jahat... bila tengok jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad. Tapi dah namanya manusia, ada aje silapnya. Hmm..
Sedih sangat bila fikir lepasni rumah mereka dah takda orang nak gelak besar macam selalu, pandang mana mana pun nampak kelibat arwah, terngiang ngiang suara, nasihat dan bau orang masak kat dapur. Anaknya baru lahir tu pun tak sempat jumpa maknya yang menjaganya sepanjang di dalam perut.
Senang cakap, 'KOYAK' .. Tapi inilah yang TERPAKSA DITERIMA. Redha dan mohon pertolongan Allah untuk hadapi semua. Tak mudah weh...Sedihhhhh sangat sangat!
13 Comments
Allahuakbar. Satu per satu kebaikan Siti Sarah ni ditunjukkan. Semoga syurga tempat Siti Sarah.
ReplyDeleteTakzaih buat keluarga arwah
Amin... Ye.. satu persatu kebaikan ditunjukkan.... Allahuakbar...
DeleteHmmm tak kuat nak baca semua 😭😭
ReplyDeleteBehtul... yang baca dari jauh ni pun tak kuat... apatah lagi yang terlalu dekat dengannya . mesti lagii tak kuat.. Kan...
Deletesayu hati
ReplyDeleteAllahuakbar
Sayuuuu... Allahuakbar!
DeleteMoga pengakhiran kita juga dalam keadaan baik-baik juga kan Non..
ReplyDeleteAmin.. Amin ya Rabb.. Moga begitulah...
DeleteAkak pun terfikir-fikir pasal kematian. Bagaimana kesudahannya.
ReplyDeleteMoga yang baik baik je.. Amin .
DeleteSetiap kali terbaca pasal siti sarah ni, selalu rasa sedih.
ReplyDeleteTerfikir, macam mana pulak pengakhiran kisah hidup kita kan nona.
Yaa.. camanalah agaknya.. hm..
DeleteBetul tu. Kematian yang menghidupkan jiwa semua orang.
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .