Perut Buncit Lagi Bahaya dari Obesiti ! || Hai ! Sesiapa ada masalah buncit perut? Uhuk, Aku adaaaa! Ok done mengaku... Haaaaa..jangan tak tahu, ada jugak orang yang badannya kurus, tapi perut kedepan..( Bukan kes mengandung tau). Huishh! Hati hati lah okay! (Tepuk bahu sendiri)
Aku pernahhh kurus sekejap haritu, tapi perut buncit memang agak tough untuk dikempiskan masa tu..Sampailah dah naik balik badan aku ni...Kikiki....
Mari luangkan masa kejap, aku petik petikan dari website ni, and share kat korang ye.
Punca kepada penyakit perut buncit
Perut yang buncit boleh dikatakan sebagai salah satu ciri bagi imej lelaki dan wanita pertengahan umur.
Namun, ia tidak mustahil untuk berlaku dalam kalangan individu yang masih muda jika dilihat kepada trend pemakanan semasa.
Perut yang besar dan buncit boleh terbentuk disebabkan pelbagai punca.
Antara punca yang sering menyebabkan ia berlaku adalah seperti gaya pemakanan yang buruk, kurang bersenam selain tidak menguruskan stres dengan baik.
Selain itu, pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan dan melampau juga boleh menyebabkan perut seseorang itu menjadi buncit dan besar.
Bahaya perut buncit lebih teruk daripada obesiti!
Walaupun anda kurus dan memiliki berat badan yang normal, tidak bermakna anda betul-betul sihat sekiranya perut anda besar dan buncit.
Kajian menunjukkan bahawa, berat atau lemak badan berlebihan di sekitar pinggang boleh meningkatkan risiko individu tersebut untuk mengalami kematian pramatang.
Ini boleh berlaku walaupun dalam kalangan mereka yang kelihatan kurus atau mempunyai berat badan yang normal. Terkejut bukan?
Apa yang lebih mengejutkan ialah, kajian menyatakan bahawa mereka yang mempunyai berat badan yang normal ini ternyata lebih berisiko.
Ini kata pakar mengenai bahaya perut buncit
Perkara ini juga telah disahkan oleh pakar perubatan dari Kanada.
Menurut Dr. Paul Poirier daripada Institute of Cardiology di Laval University, lemak perut merupakan sejenis lemak yang jahat dan buruk.
Ini kerana, lemak perut telah dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan secara negatif.
Ini termasuklah kadar kolesterol yang tinggi, keradangan, penyakit jantung, serangan strok dan juga diabetes jenis 2.
Menurut Dr. Paul lagi, jika kita mempunyai lemak yang banyak di sekitar perut, ia sebenarnya lebih berbahaya berbanding lemak di pinggang dengan jumlah yang sama.
Dr. Paul menyatakan, jika seseorang itu mempunyai berat badan yang normal tetapi berat badannya lebih tertumpu di bahagian tengah atau perut, ia bukanlah satu perkara yang baik.
Apakah bahaya perut buncit yang sebenarnya?
Walaupun penyakit perut buncit ini kelihatan normal, namun ia sebenarnya bertindak sebagai satu tanda bagi 1001 masalah kesihatan yang berisiko untuk terjadi.
Sebelum anda mengetahui apakah bahaya perut buncit, anda perlu tahu dahulu jenis lemak yang ada.
Lemak perut merupakan lemak yang berada di sekitar abdomen atau perut anda dan ia mempunyai dua jenis.
Pertama, lemak viseral iaitu lemak yang berada atau wujud mengelilingi organ tubuh.
Kedua pula ialah lemak subkutan. Lemak subkutan ialah jenis lemak yang berada di bawah permukaan kulit.
Secara umumnya, komplikasi kesihatan yang berlaku disebabkan oleh lemak viseral ialah lebih berbahaya berbanding lemak subkutan.
Antara bahaya perut buncit ialah ia menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan kronik.
Komplikasi kesihatan yang berlaku disebabkan penyakit perut buncit pula ialah:
- Diabetes jenis 2
- Asma
- Penyakit jantung
- Serangan strok
- Serangan jantung
- Tekanan darah tinggi atau hipertensi
- Demensia
- Kanser kolon
- Kanser payudara
Buat 5 perkara ini untuk elakkan perut jadi buncit
Bagi anda yang ingin menghilangkan perut buncit, atau mengelakkan perut menjadi buncit, cuba ikuti tip di bawah ini:
#1. Elakkan pengambilan alkohol
Minuman beralkohol terbukti sebagai salah satu punca utama anda mudah menjadi buncit.
Ini kerana, minuman beralkohol sangat tinggi dengan kandungan gula tambahan yang boleh menyebabkan pembentukan lemak pada perut.
#2. Ubah gaya pemakanan
Pemakanan yang sihat dan seimbang sememangnya boleh membantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan.
Elakkan makanan dan minuman bergula, tinggi kandungan lemak tepu dan kurang bernutrisi.
Banyakkan makan buah-buahan dan juga sayuran.
#3. Kurangkan stres
Stres juga boleh menyebabkan seseorang mudah untuk mendapat kenaikan berat badan.
Ini kerana, pelepasan hormon stres atau kortisol boleh mempengaruhi selera makan seseorang.
Cuba lakukan teknik-teknik mengurangkan stres seperti menyertai senaman yoga.
#4. Banyakkan bersenam
Gaya hidup yang aktif sememangnya sangat membantu anda untuk mengurangkan berat badan dan lemak perut.
Banyakkan bersenam dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Anda juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja fizikal lain seperti berkebun di rumah.
#5. Dapatkan tidur yang berkualiti
Tidur yang berkualiti akan memberikan kesan hidup yang lebih baik. Ini kerana tidur akan memberikan ruang dan peluang kepada tubuh untuk berehat dan sembuh.
Selain itu, tidur yang berkualiti juga boleh mempengaruhi berat badan anda.
Konklusi
Kini anda sudah mengetahui beberapa bahaya perut buncit yang telah kami senaraikan di atas.
Oleh itu, bagi mengelakkan bahaya perut buncit ini, lakukan tip yang kami kongsikan agar anda dapat mengempiskan kembali perut, sekali gus menjaga kesihatan diri anda.
Info petikan dari SINI
15 Comments
betul tu, perut kedepan tu kekadang bikin merisaukan, lagi2 bila tak kena dengan berat badan huhu
ReplyDeleteRisauuu.. seram gak ooo... ada pengalaman kerr
DeleteNice sharing, makan tak jaga dan tidur tak berkualiti sangat menyumbang kepada gemuk buncit
ReplyDeleteYang pastinya kurang bersenam. Okay cepat cepat nak buat plank. Jom nona!
ReplyDeleteKurang bersenam tu adalah sy lah orgnya
ReplyDeleteHeheh
Okkk jom kita jaga kesihatan sebelum jd buncit
" ada jugak orang yang badannya kurus, tapi perut kedepan..( Bukan kes mengandung tau) "
ReplyDeleteHAHAHAHAHAHAH macam kena attack :') Saya la tu! Done mengaku jugaaaa.
Kena ubah cara pemakanan dan bersenam lebih ni huhuhu
Tadi nak post yang ni, ehhh nampak ko dah post, terus tak jadi hahahahaa
ReplyDeleteterus saya pegang perut sendiri hahaha
ReplyDeleteKena workout baru perut tak buncit. Jaga makan dgn minum mesti ok
ReplyDeletebaru lepas buat check up..bad news for my self..keep fighting to loose weight..😅😅
ReplyDeleteMak Tang ni hari2 tengok pinterest nak bersenam. Tapi, sudahnya atas katil jugak main tepon. Aiguuu~
ReplyDeleteSulit nak besenam tiap hari. Ini malas gerak.. Besok nak coba besenam lah lagi. Dah malu dengan perut maju ni.
ReplyDeleteIni sejak pandemi, tak boleh kluar rumah, badan dah cam melar laaah 😅. Makan dan delivery order kerjanya. Tapi Krn teringin sehat, dan covid nih bahaya dengan orang yang punya penyakit komorbid, mau tak mau kan harus rutin olahraga. Saya pun jadi lebih perhatian Ama full body workout, atau sesekali zumba dan yoga. Biar body tak kliatan gemuk lagi :D. Seram tuh kalo sampe kena diabet :(
ReplyDeleteperut buncit ni akan dtg kepada mama kalau mama makan mlm sokmo
ReplyDeleteMasalah utama rakyat Malaysia
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .