Lunch di The 17th Street Cafe & Barber Empunya Youtuber Aqil Zulkiflee

Lunch di The 17th Street Cafe & Barber Empunya Youtuber Aqil Zulkiflee

Lunch di The 17th Street Cafe & Barber Empunya Youtuber Aqil Zulkiflee || Chak! Kemain selfie..Aku baru kenal sebab mak mak geng JDT Blogger yang bagitau. Nampak helokk ko! Hari aku tahu kewujudannya, terus pergi cari makanan kat cafe beliau...Dapatlah kami berjumpa, selepas kekenyangan, kemanisan pulak bergambo berdua...Kikiki...

Youtuber Aqil Zulkiflee

I am sure, ramai mak mak yang kenal Aqil ni daripada anak anak atau anak sedara dorang yang tengok channel Youtube si Aqil nih... Masa aku datang tu pun ramai yang ternanti nanti si Aqil ni muncul.. Ada yang siap bagi hadiah. Kemain tau! Ada yang siap buat You Tube singgah cafe Aqil ni.


Wow.. Impak Aqil dalam diri bebudak sekarang agak banyak jugak tu..!

Okay, lapar betul time sampai tu..Jom tengok menu aku yang simple tapi nice ni: 

Spaghetti Aglio Olio

Menu pilihan:
Ghocujang - RM12.90
Aglio Olio - RM15.90
Warm water- RM1.00

Tudia..spageheti tau....Konon tak nak nasik! Tapi rasa macam sikit pulak portion tu..Or maybe aku yang terlalu lapar..

Ghocujang tu rasanya pedass.. Puas hati dengan kepedasan gitu untuk ayam korea ni . Hehe.. Boleh pulak aku order air suam.. bertambah panas lidah jadiknya.. Kahh..

Member aku order nasi ayam penyet.. Dia cakap sambal ayam penyet tu pun pedas weh! Sup nya pun bukan sup kosong.. ada rasa dan sedap untuk dinikmati. Fuhhh..terangkat..!

Sebahagian menunya adalah western, ada sikit menu yang berkaitan nasi tapi tak banyak dan aiskrim. Aku belum try corndog kat sana, sebab masa tu kan mood nak diet katanya..Haha..

Cafe Aqil Zulkiflee

Cafe Aqil Zulkiflee

Terjumpa blogger kak Eda dan anak anaknya. Aku nak balik baru perasan kak Eda ni....Nasib dia tegur...Kalau aku, memang tak perasan ler...
 

Aqil Zulkiflee Cafe

Si cilik comel ni ler yang siap buat video jumpa Aqil..Excited behtol! Peminat Aqil Zulkiflee gitu!
Tonton videonya kat SINI 

Ramai ui fan si Aqil ni...Nah, buktinya...
(Lepas up gambo kat Facebook, meriah komen mak mak..)

Fan Aqil Zulkiflee



Aqil Zulkiflee Cafe


Kalau korang nak jugak lunch di The 17th Street Cafe & Barber Empunya Youtuber Aqil Zulkiflee ni, bolehlah waze terus: "The 17th Street Cafe & Barber" atau waze "Aqilicious Kota Masai". Kafe Aqil ni berdekatan Tesco Masai , Pasir Gudang, Johor (deret deret Bakers Cottage).

Nak nak tahu video apa si Aqil ni post? Jom subscribe link Youtube Aqil Zulkiflee:





Notakaki: Lepas makan dan bergambar, shopping ke Japan pulak. Nanti Nona story tau!







Post a Comment

16 Comments

  1. Apa content youtube si Aqil ni. jap lagi nak terjah. Tertinggal traim

    ReplyDelete
  2. Meriah terjumpa rakan blogger..

    ReplyDelete
  3. Yang peliknya wak tak kenal pulak si aqil ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. saya pun memula tu tak kenal Wak... Tapi hari dorang cerita, barulah kenal... Hoho...

      Delete
  4. 🤭🤭🤭Aku kenal pun sebab anak2 jiran dok nyebut nyebut pasal dak Aqil ni . parampampamm pamm

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak tahu.. anak sedara ka.. anak sepupu ka.. lama tak jumpaa.. ahhahaa.. dorang cerita dalam group tu baruuuu i tahhhu wehhh.. Kahhh!

      Delete
  5. anak buah i suka betul tengok youtube aqil ni..haha

    ReplyDelete
  6. uwu untung lah jumpa orang femes ni

    ReplyDelete
  7. hahahha ok si uyum dah bgtau, pegi joho wajib pegi kedai aqil... adoiii laa!!

    ReplyDelete
  8. Pernah nampak kat media sosial tapi tak tahu namanya. Famous betul ye dia. Okaylah dia buat resto cafe, ramai peminat datang dan dalam masa yang sama dapat jana income.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .