Petanda Tiga Penyakit Ini Jika Kuku Berubah Menjadi Warna Biru!!

Petanda Tiga Penyakit Ini Jika Kuku Berubah Menjadi Warna Biru!!

Petanda Tiga Penyakit Jika Kuku Berubah Menjadi Warna Biru!!! || Yaaa, pernah nampak kuku berubah menjadi biru? Errr, bukan pasal pewarna kuku la..Aku ada sebab lebam setelah tersepit pintu atau tersepit di mana-mana. 

Hm, kebiasaannya, kuku pada hujung jari kita adalah berwarna seakan merah jambu. Namun apa pula maksudnya jika kuku warna biru? Adakah ia petanda yang berbahaya?

Ya, anda mungkin tidak perlu terlalu hairan kerana ia merupakan antara keadaan kesihatan yang boleh terjadi akibat kondisi yang dinamakan sebagai cyanosis.

Untuk mengetahui mengenai kondisi yang melibatkan perubahan drastik warna kuku ini dengan lebih mendalam lagi, jom bersama teruskan membaca artikel ini.

Cyanosis, kondisi apabila kuku warna biru!

Untuk pengetahuan anda, kondisi ini mungkin boleh berlaku apabila membran di bawah kulit terjejas akibat kurangnya kadar oksigen di dalam sel darah merah anda.

Selain itu, perubahan pada warna kuku juga mungkin bermaksud bahawa terdapat kandungan hemoglobin abnormal yang sangat tinggi di dalam tubuh badan anda.

Dalam pada itu, cuaca yang terlalu sejuk juga boleh jadi punca kuku warna biru kerana ia akan memaksa salur darah mengecut lantas menyekat oksigen daripada masuk.

3 situasi ini merupakan antara punca biasa yang menyebabkan cyanosis dan ia mungkin akan pulih dengan sendiri seiring waktu berserta mengambil ubatan atau rawatan.


Pun begitu, kuku warna biru pada jangka masa yang lebih panjang mungkin bermakna ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh badan anda. Ia petanda kondisi berbahaya?

Kuku warna biru juga petanda beberapa penyakit?

Selain 3 punca biasa di atas tadi, anda juga perlu tahu bahawa mungkin ada beberapa keadaan kesihatan pada tubuh badan jika mengalami kuku warna biru.

#1. Penyakit organ paru-paru

Terdapat beberapa jenis penyakit berkaitan organ paru-paru yang mungkin boleh menyebabkan perubahan warna kuku menjadi biru, termasuklah:

  • Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) – Ia adalah terma umum bagi penyakit seperti emfisema dan bronkitis yang akan menjejaskan sistem pernafasan individu
  • Sindrom distres pernafasan akut (ARDS) – Individu dengan kondisi ini cenderung alami kadar nafas dan degup jantung yang lebih laju lantas kurang kadar oksigen
  • Embolisme paru-paru (PE) – Jika salah satu arteri paru-paru tersumbat akibat gumpalan darah, ia akan menghalang pengaliran darah ke paru-paru dan boleh membawa maut
  • Asma – Kondisi ini akan menyebabkan ruang udara sempit dan bengkak lantas menyebabkan mukus terkumpul serta menyukarkan individu untuk bernafas dengan normal
  • Pneumonia – Kondisi yang disebabkan jangkitan bakteria, virus dan kulat ini boleh menyebabkan radang paru-paru namun boleh sembuh jika anda segera dapatkan rawatan

#2. Penyakit organ jantung

Terdapat beberapa jenis penyakit berkaitan organ jantung yang mungkin boleh menyebabkan perubahan warna kuku menjadi warna biru termasuklah:

  • Penyakit jantung kongenital (CHD) – Ada individu yang lahir dengan jantung serta salur darah abnormal yang meningkatkan risiko alami CHD dan boleh membawa maut
  • Kegagalan jantung kongestif (CHF) – Kegagalan jantung untuk mengepam darah boleh menyebabkan sesak nafas, badan penat, badan bengkak serta maut jika tidak dirawat
  • Sindrom Eisenmenger – Kondisi yang jarang berlaku ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan aliran darah abnormal pada jantung yang sangat berbahaya

#3. Ketidaknormalan pada sel dan salur darah

Selain itu, kuku warna biru juga mungkin merupakan petanda anda ada masalah pada sel dan salur darah dalam tubuh badan, yang merangkumi:

  • Keracunan karbon monoksida – Jika berlaku, karbon monoksida akan menjejaskan kemampuan hemoglobin untuk mendapatkan oksigen diperlukan oleh tubuh badan
  • Methemoglobinemia – Kondisi ini akan meningkatkan kadar methemoglobin di mana ia berbeza dengan hemoglobin yang tidak mampu untuk merembeskan oksigen
  • Polisitemia Vera – Kondisi yang berkaitan dengan kanser darah ini boleh menyebabkan tulang sumsum menghasilkan terlalu banyak sel darah dalam tubuh badan
  • Fenomena Raynaud – Individu dengan kondisi ini mengalami penurunan aliran darah ke anggota kaki dan tangan akibat saluran darah yang terhimpit atau tersumbat

Kecederaan juga adalah punca kuku warna biru?

Selain kondisi-kondisi yang telah kami nyatakan di atas tadi, ada satu lagi punca tidak berbahaya yang mungkin boleh menyebabkan kuku warna biru iaitu kecederaan.

Kecederaan ini merangkumi sebarang bentuk pukulan, hentakan, hirisan, tekanan atau lain-lain yang boleh menyebabkan luka atau lebam pada kulit di dalam kuku.

Namun, perubahan pada kuku ini selalunya bersifat misteri dan anda sendiri mungkin tidak tahu apa punca ia berlaku. Jadi, segera berjumpa doktor untuk berbincang!



Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Post a Comment

8 Comments

  1. Nice sharing and good info. Terima kasih share ye

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Info yang sangat berguna :)

    ReplyDelete
  3. tq nona for the info.. slalu perasan kuku biru bila betul2 sejuk je la ehhe...
    btw kita dah dapat email no acc awak... pape nnt kita update ya :) tahniah tau!

    ReplyDelete
  4. Good sharing, elok perati keaadan diri itu penting kan.

    ReplyDelete
  5. auto belek kuku kontot ammi ni

    ReplyDelete
  6. terus nak membelek kuku. Syukur tak ada tanda yang mencurigakan. Terima kasih share Nona.

    ReplyDelete
  7. Btol tu selalu jgk belek kuku ni takut nampak pucat.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .