Sakit Kepala Sebelah Kiri?? Ada Bahaya Tersembunyi, Jangan Biarkan! || Aku pernah kena tapi jarang la walaupun ada beberapa punca yang boleh menyebabkannya. Paling kerap terasa masa zaman sekolah dulu..Bila baca artikel ni, baru aku tahu kenapa..So nak share jugaklah dengan korang..
Pernahkah tak korang mengalami pening kepala pada skala yang tertumpu, contohnya sakit kepala sebelah kiri sahaja? Jika ya, korang mungkin tidak keseorangan
Adakah anda patut risau jika mengalaminya?
Untuk pengetahuan anda, hampir kesemua orang pernah mengalami pening kepala tidak kira ia berlaku pada sebelah kiri, kanan atau kedua-duanya.
Ia mungkin tiba-tiba datang dan kekal buat sesuatu tempoh yang tertentu serta kesannya mungkin boleh membawa sehingga ke leher, gigi atau bahagian belakang mata.
Pun begitu, pening kepala juga biasanya akan hilang jika mengambil ubatan, mendapatkan rawatan atau sembuh dengan sendirinya selepas beberapa lama – jika ia tidak serius.
Apa yang mungkin anda patut risau adalah jika ia berlaku pada sebelah bahagian sahaja, sebagai contoh sakit kepala di sebelah kiri yang hadir dan kekal lama.
Ini kerana ia mungkin adalah indikator bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh badan!
Apakah punca sebenar sakit kepala sebelah kiri?
Punca sebenar sakit kepala di bahagian kiri terbahagi kepada beberapa faktor risiko termasuklah:
Gaya hidup individu
Sebenarnya, sakit kepala sebelah kiri mungkin disebabkan oleh gaya hidup individu itu sendiri, seperti:
- Tidak makan @ minum: Otak anda memerlukan gula (glukosa) dari makanan atau minuman untuk berfungsi dengan optimum. Jika tidak, ia akan menyebabkan hipoglisemia dan sakit kepala adalah salah satu daripada simptomnya
- Alkohol: Kebanyakan jenis minuman keras terkandung ethanol, bahan kimia yang akan mengembangkan salur darah pada otak lantas jadi punca pening kepala
- Stres: Apabila sedang stres, tubuh badan akan mengeluarkan bahan kimia untuk melawannya namun akan menyebabkan kesan sampingan seperti pening kepala
- Diet: Ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh jadi punca sakit kepala terutamanya yang mengandungi bahan memproses seperti pengawet
- Tidak cukup tidur: Insomnia boleh jadi punca sakit kepala. Selain itu, pening kepala ini juga adalah sebab anda tidak mampu untuk tidur pada waktu malam
Kondisi neurologi individu
Masalah pada sistem saraf di otak individu juga adalah punca sakit kepala sebelah kiri:
- Occipital neuralgia: Saraf occipital yang menghubungkan otak dengan saraf tunjang boleh terjejas lantas menyebabkan rasa sakit pada kepala
- Trigeminal neuralgia: Saraf trigeminal yang menyediakan deria rasa pada muka boleh terjejas lantas mengakibatkan rasa sakit pada muka
- Giant cell arteritis: Kondisi ini berlaku akibat keradangan salur darah pada bahagian tepi kepala lantas jadi punca sakit kepala, muka dan bahagian lain
Beberapa jenis jangkitan & alahan
Sakit kepala sebelah kiri juga biasanya adalah simptom kepada beberapa jenis jangkitan saluran pernafasan seperti selesema atau flu yang disebabkan oleh virus.
Selain itu, perkara ini juga boleh terjadi angkara reaksi alergi lantas menyebabkan mukus pada sinus iaitu hingus berkumpul, tersumbat dan memberi tekanan.
Jangkitan lebih serius seperti encephalitis dan meningitis pula akan mengakibatkan pening kepala kronik selain simptom seperti demam panas, tegang leher dan sawan.
Pengambilan ubatan tertentu
Sebenarnya, ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat sakit kepala itu sendiri boleh buat keadaan jadi lebih teruk jika anda menggunakannya secara berlebihan.
Antara ubatan tertentu yang mungkin boleh menyebabkan sakit kepala di sebelah kiri adalah:
- Aspirin
- Acetaminophen
- Ibuprofen
- Naproxen
- Sumatriptan
- Zolmitriptan
- Oxycodone
- Tramadol
- Hydrocodone
- Ergotamine derivatives
Pemakaian topi, tudung atau sarung kepala
Jika anda kerap memakai topi, tudung atau apa-apa sahaja jenis sarung kepala, sila pastikan ia tidak terlalu ketat agar tidak wujud tekanan terlalu kuat padanya.
Jadi, nak kena buat apa bila terkena serangan camni?
1. Berjumpa doktor
2. Boleh mengamalkan beberapa tips tradisional
Info ini didapati daripada SINI
9 Comments
sakit kepala belah kiri jrng2 kena..
ReplyDeletekalo sakit kepala sampai berputar sume tu prnh kena.. huhu
tp kalo sakit kepala mmg xleh wat main.. kena cpt2 jmpa doc..
Ooo.. bahaya tu sampai pusing kepala semuaaa....
DeleteBahaya jugak sakit kepala ni
ReplyDeleteBahayaaaa woo
Deletetq share nona... kadang kita xperasan pun punca sakit kepala ni. igt mcm sakit biasa2 je kan...
ReplyDeleteHa ah, egtkan biasheerr ajerr.. rupanya banyak effect nya
DeleteTak kisah sakit kiri ke kanan ke.. Mmg rasa nak lempang je org yg mess around dgn kita waktu tu
ReplyDeletekalau selalu sakit kepala sebelah sj mcm ni atau selalu migrain ke kena check dgn doktor.. ye lah kita xtau kan penyebab.. better detect dpd awal
ReplyDeleteThanks nona share. Biasanya kalau pening kepala mesti stress. huhu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .