Settle Gunting Rambut Mengikut Norma Baharu Di Kedai Gunting Rambut | | Alhamdulillah, lega! Gunting sekaligus buat rawatan untuk rambutku yang dah panjang, kelemumur dan kusut ni..Al maklumlah..hari hari ikat..kadang sikat pun tak sempat masa pergi kerja, terus ikat je rambut...Adoi!
Aku pilih bilik muslimah. Masa sampai tadi, ada tiga customer kat dalam. Tapi tetap berjarak kedudukannya..
Akak saloon tu memang pakai mask..Dan aku sebagai customer yang berjaga jaga turut memakai mask jugak! Hair saloon tu cakap ok je...So pakai jela...Nah, bukti...Hahahaha..Kemain bukti bagai.
Tak ingat last gunting rambut bila..ni bagi gunting sampai tak boleh ikat dah.. Ada offer cuci dan rawat kepala, RM59. First time nak try cuci rambut kat kedai...Selalunya gunting sahaja..Dari gunting sampai cuci, aku tak tanggal mask even hampir tercabut masa sikat tu..Lol
Dan yang menarik harini, aku dengar ada sorang customer suruh asingkan rambutnya setelah digunting sebab dia nak kumpul rambutnya dan bawak balik. Tak sure makcik tu buatpe.. Korang rasa kenapa, pernah buat camtu jugak ker? Aku tak kutip sebab dah memang bilik muslimah..tak sure la kalau yang buang nanti lelaki ke apo...
Ok, sekian saja cerita gunting rambut Norma baharu yang aku laluinya.. Sedap plak orang tu urut urut sekali kepala ni....Rasa nak tido je...Hehe..
Psst: Kalau korang, berani tak pergi saloon atau spa dalam norma baharu niii???
Notahati: Sedang hadam untuk hidup dalam norma baharu
6 Comments
berani je... cuma sekarang belum ada kesempatan
ReplyDeleteBerani. Nanti hendak pergi gunting.
ReplyDeleteHaah memang biasa orang itu akan tanya hendak bawa balik rambut Di gunting ke. Memang tidak.
wakakakka kita pun awal bln lepas terpaksa gak jejak salon ni.
ReplyDeletesRasa mcm puas hati berapa lama x masuk salon..!!
sekali buat treatment dari ptg membawa ke mlm penyudahnya hahaha...
Syoknya sesekali cuci rambut kat saloon. Last pergi Saloon bulan February haritu sebelum PKP3.0 kot. memang sentiasa pakai mask je lah. Semua ikut sop kat saloon.
ReplyDeletebelum berkesempatan nak pergi. Nak tunggu anak dara ni settle 2nd dose dia..pastu tunggu habis tmpoh pantang dia. Rambut dia lagilah..dah panjang pastu jadi kering kat belah bawah
ReplyDeleteDalame tak pegi saloon sbb biasa org dtg rumah potong je 😅
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .