Syok Singgah Jalan Jalan Japan (Kipmall), Masai, Johor || Hai! Pernah dengar pasal Jalan Jalan Japan? Haaaa.. Jalan Jalan Japan (JJJ) menjual pelbagai barangan preloved aka barangan terpakai. Kebanyakan harganya dalam range rm3, 5, 10, dan 30! Ada jugak yang lain harga, melebihi rm30, tapi lagi murah daripada selalu. Kali pertama aku pergi tu ada nampak bag saiz A4, harganya rm1 weh! Baru ni pergi nampak ada file rm1
Yes, sesiapa pengguna preloved item, of course you guys boleh jadi gila masuk sini!!! HAHA.. Lagi-lagi kalau jumpa pakaian yang muat dengan saiz badan, dan nampak banyak barang yang boleh digunakan, mesti berganda-ganda seronok lah!
Untuk pengetahuan, Nona and family sometimes memakai dan menggunakan barangan preloved tapi sebelum beli tu haruslah check check terlebih dahulu. Kan?
So kalini Nona singgah cawangan Jalan Jalan Japan (JJJ) yang kelapan di Kipmall Masai, Johor. Keluasannya mencecah 20,000 sq.ft. Make sure you dah dua dose campur 14 hari, baru boleh masuk ke sini yer~
Di JJJ, terdapat pakaian dewasa, kanak-kanak, kasut, barangan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan, handbag, bag laptop, barangan bayi seperti stroller dan mainan, baju kostum, aksesori, alatan golf, alat camping, basikal, payung, kipas tangan, alat muzik seperti gitar, dan bermacam-macam lagi dijual dengan harga yang murah serta mampu milik tau!!!!
Barangan berkaitan negara Jepun pun ada seperti set Kimono berserta terompahnya dan lelain, kipas tangan yang diprint muka artis Jepun, set cawan, piring yang bertulisan Jepun,dan patung perhiasan anime Jepun ada jugak! Siapa peminat anime, mesti rasa nak simpan satu!
Aku dah pernah pergi sebelum ni tapi beli sikit je untuk bagi pada member. So ini kiranya kali kedua aku singgah JJJ Kipmall, Masai dan survey lama sikit.. Kalau adik aku si Akilah tu, dah berpuluh puluh kali pergi JJJ sebab dia pun kerja kat kedai dalam mall ni jugak...Hehee...Of course la dia always singgah check stock yang ada..
Jomlah tengok betapa meriahnya barang-barang preloved kat dalam ni!!! Ada few gambar saya letak kat FB terus..Huhu..
Notahati: Bab shopping ni memang best aje!
10 Comments
ni yang terasa nak pergi menyopping jugak ni
ReplyDeleteOk, letsss..hihi
Deleteseronoknya dpt masuk JJJ..
ReplyDeletelama dh teringin nk ke sni tp tu la.. jauhh..
kat terengganu xde JJJ.. uwaaaa
Jauhhh..nanti bebila leh rentas ke mana mana cawangan, try ler..hohoo
Deletebesar jugak kedai dia tu ek..baju pun nampak best2..nanti nak pergi jugak la..cuba bukak kat skudai pulak haha
ReplyDeleteBesor woiii, pergi lerr...survey time tak ramai..hohoh... nanti aku suh bukak kt Skudai...kih3~ Mesti u jadi loyal customer kat sana...Kann~ HAHAHAH
DeleteSuka gak masuk JJJ ni. Kadang ada jugak terbeli. Masuk sini memang berjam jam membelek barang yang banyak. Selalu pergi Centerpoint Seremban lah terpaling dekat.
ReplyDeleteWahhhh, cari apa tuuu berejamm..baju jugak eh
DeleteSuka membelek pinggan mangkuk dan barang rare untuk props. baju baju tu kurang sikit. Hihi
DeleteBestnya shopping.. Cantik-cantik bajunya..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .