Dinner di Restoran Malam Indah Senibong Nasi Lemak Berlauk, Permas, Johor

Dinner di Restoran Malam Indah Senibong Nasi Lemak Berlauk, Permas, Johor

Dinner di Restoran Malam Indah Senibong Nasi Lemak Berlauk, Permas, Johor || Alhamdulillah! Kita mulakan entri minggu ni dengan entri makanan. Ewah! Ini kisah sebelum viral kes siakap haritu! Haha! Setelah terlompat lompat kat suatu tempat sukan indoor maka ke sinilah untuk mencari foods sebelum balik rumah.

Rasanya ramai dah tahu kat Senibong, Permas, Johor ni ada banyak gila kedai makan! Boleh pilih nak ikan apa, ketam camana, sotong or udang masak apa... Fuh, puas hati! Tapi kalau jenis aku, sebelum order memang kena bertanya harga terlebih dahulu. Risauuu terlebihh bajet gituh!

Aku tanya pelayan tu berapa harga itu ini semua, lepastu last last dia suggest beli je sotong masak goreng tepung untuk dua orang makan. Murah sikit katanya, kalau takut nak hadap kemahalan seafood lain. HAHA!! Terasa terpukul i tau! Sebab aku buat muka terkejut bila dia sebut harga sekian sekian... Hihi...

Apooo?? Nak makan sedap, tapi kalau boleh nak harga murah semurahnya, aihh... tak dapat diknon! 

Jom tengok menu aku pada malamtu!


Nasi Lemak

Nasi Lemak Telur

Ini kira menu popular la kalau tengok pada nama restoran tuh. EH NONA, MANA NASIK?? Kih kih..



Chak! Bawah papadom ada nasi lemak!!
Sedap! Sambal pun manis manis gitu.. Aku memang tengah lapar gila tapi nasi lemak ni memang serious menepati citarasaku! 

Sotong Celup Tepung

Chak! Sotong celup tepung! 

Agak banyak jugak kalau setakat makan berdua. Di sebalik cerita sebelum mengorder sotong celup tepung ni, aku siap ikut pelayan tu timbang kat depan tau! Kemain nak tahu berat sebenar dengan harga. Ya, RM20+ untuk 100g. Ok lah tu! Terus kasik angkat masak! Hahaha..  

          
Lapar

Muka lapar camtu!

Untuk yang tak tahu, restoran ni berada kat tepi laut.
Ramai orang haritu masa datang sini... Hm, so agak lambat sampai makanannya.. Rezeki dapat meja paling tepi, menghadap laut..Feeling romantik kau!

Kalau korang singgah jalan jalan area Pasir Gudang, JB, marilah Dinner di Restoran Malam Indah Senibong Nasi Lemak Berlauk, Permas, Johor ni ye.
 










Post a Comment

3 Comments

  1. Akak pernah makan sekali dua jer kat nasi lemak ni.

    ReplyDelete
  2. Dah lama x singgh makan kat sini...biasa kalau pi site opis memang malam makan kat sini

    ReplyDelete
  3. Seronoknya makan tepi laut. Banyak pilihan menu dan fresh fresh gitu kan. Sekarang ni memang kena bertanya dulu. Kalau tidak risau terkejut nak membayarnya nanti. Sedap sotong celup tepung tu makan panas panas. Banyak jugak untuk hidangan 2 orang. Harga masih paras okay tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .