Gastrik? Boleh Cuba Tips Pemakanan Ini untuk Mengurangkan Gejalanya || Haaaa... siapa ada gastrik? Nona takda, tapi masa bebetul lepas kuarantin kerana Covid haritu, tetiba rasa perut ni beranginn je tau. Simptom gastrik tu memang ada, contohnya seperti cepat kenyang..Makan sikit je dah rasa full... Pergh..tak selesa behtul!
So harini nak share sikit info pasal ni:
Gejala gastrik yang dialami bergantung kepada jenisnya, termasuklah:
- Senak
- Sakit perut
- Loya
- Rasa kenyang
Bagi gastrik ringan, ia biasanya hilang selepas rawatan. Namun ada yang berkembang menjadi ulser atau meningkatkan risiko barah.
Sebelum tahu diet untuk orang gastrik, kenali puncanya dulu
Sebelum kita mengetahui apakah cara mengatasi masalah gastrik, ayuh kenal pasti dahulu punca masalah penghadaman ini terjadi, seperti:
- Jangkitan bakteria H. pylori:
- Kecederaan Utama atau Penyakit
- Penyakit Autoimun
- Alahan Makanan
Antara cara mengatasi masalah gastrik adalah dengan mengelakkan makanan tertentu yang boleh memburukkan lagi gejala, termasuklah:
- Bergoreng
- Pedas
- Sangat berasid
Bagi sesetengah individu, terdapat makanan dan minuman yang boleh menguruskan serta mengurangkan gejala gastrik:
- Makanan berserat tinggi – bijirin, buah-buahan, sayuran dan kekacang
- Makanan rendah lemak – ikan, daging tanpa lemak dan sayuran
- Makanan tahap keasidan rendah – sayuran dan kekacang
- Minuman tidak berkarbonat
- Minuman tanpa kafein
4 Comments
thank you sharing!
ReplyDeleteTerima kasih share nona. Kena betul betul pilih makanan. Bahaya betul kalau sampai boleh menghakis
ReplyDeleteRasa suka makan pedas selalu rasa perut sebu.
ReplyDeletePernah kene gastrik yg teruk tahun 2002 kalau tka silap. Ammi minum susu kononnya nak kenyang sbb takleh masuk makanan. Asal masuk je keluar balik. 2-3 hari tak hilang jugak. Gi klinik doctor elakkan mengambil dairy food sbb dia akan ubah jadi asid dlm perut. Laaaa a patutlah tak baik2. Salah benda kita makan rupanya
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .