Lepak Makan Bersama Blogger Hernee Nazir di Kafe Neli by Nellysa || Alhamdulillah! Done melepak! Haha.. Haritu lepas majlis kenduri kawen anak blogger sis Lin, kami ke sini pulak. Kak Hernee ajak tempat comel comel tu..Aku punyalah noob, memang tak amek tahu kewujudan tempat ni..Hahaha..
Thank you kak Hernee Nazir sebab ajak ke sini dan belanja Nona! Semoga kak Hernee sekeluarga dilimpahkan rezeki dan diberkati Allah dunia akhirat. AMIN! Ok, Jom tengok apa menu kitaorang telan pada haritu! Buat merasa-rasa sambil hangat bergosip berkongsi ilmu dan berita terkini.
Takoyaki.
Memula kami tak dapat detect inti apa sebab isi kat dalamtu dimasak hancur bersama bahan-bahan lain. Kena belah sikit dan tengok dalamtu baru tahu apa.. Hehe..
Next, mentai rice. Kemain ek. Kat kenduri dah makan nasi, tapi sampai sini, nasi lagi beb! Memang creamy dan sedap! Lemak-lemak manja....
Dah makan, pekena kopi pulak. Siapa kaki kopi, marilah try sini.. Hirup kesedapaan kopi Kembara! Aku order Latte Ros! Rasanya...Not bad! Menikmati kopi di tepi tingkap sambil menikmati permandangan luar.
Settle jer sesi makan minum, kami memasing tapau something untuk orang kat rumah...Ehh, kerr untuk perut sendirik bila sampai rumah nanti....Hihi.. Aku beli makanan yang rare and my first time try. Antaranya seperti Baklava Ring dan lagi satu dessert.
INFO DARI FACEBOOK NELI BY NELLYSA:
Terdapat lebih 40 vendor dikumpulkan di bawah satu bumbung menyajikan lebih 70 jenis makanan seperti nasi, kuih muih, dessert dan kopi Kembara!
Dahlah makanannya boleh tahan sedap, cantik pulak tu bentuk dan design kafe ni..Hihi.. Cuma seperti yang ramai mengalaminya, agak panas suasana di dalam kedai tapi pihak Neli dah take note benda ni.. Apa yang aku baca kat media sosial mereka ler..Huhu.
Haaaa, ada yang nak pergi jugak?? Terjah area Eco Spring Lab sini. Betul, cantik pemandangannya ala-ala oversea gitu tau. Kedai makan atau kafe kat sana mempunyai kecantikan, keunikan, dan kecomelan tersendiri! Kalau gila bergambar, mari datang! Ngamm sangat ui!
📍Eco Spring Lab, Taman Ekoflora
🚗[Waze] NELI atau [Google] Neli By Nellysa
⏰OPERATION HOURS: Selasa - Ahad 10AM - 6.30PM
🔒Tutup setiap hari ISNIN
Facebook: Neli by Nellysa
Instagram: Neli by Nellysa
10 Comments
Wahhh.... Hipster sangat kafe ni.. Sedap nampak hidangan tu
ReplyDeleteYesszz, hipsterrrr uii.. Bebila singgah ler sini yaaa
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Alhamdulillah, terima kasih.. hihi
DeleteDekat kawasan Eco tu banyak tmpt lawa amek gambar.
ReplyDeleteBetul betul betuls! Hihi
Deleteeh comel je kedai nyaaa!!
ReplyDeleteKan.. memang comel.. i like!
ReplyDeleteCantiknya cafe tu. Syok haihh mengopi sambil menikmati view. Bila dah berjumpa, lupa dah dah makan sebelum tu. Hihi..
ReplyDeleteyok repeat lagi. nak gelak bila ingat balik 2 org makcik ke hulu ke hilir dgn plastik tapau amik gambo bergilir2 hahahaha
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .