Makan Makan di YJ Medan Selera, Moden Medan Selera Terbesar di Johor Bahru! || Hai korang! Sihat ke tuhh? Moga sihat selalu yaa! Musim hujan sekarang ni..Take care! Okaylah, Nona nak share satu medan selera yang terbaru dan terbesar yang ada kat JB! Kalau korang singgah JB, bolehlah masukkan dalam list! Haritu member ajak dinner kat YJ Medan Selera ni. Fuhh, puas hati lahh! Tempatnya strategik, area Banafe Village JB tu haa...Rasa macam nak repeat lagi ler bila dah try foods and drinks kat sini! Jomm tengok Nona telan apa haritu! Heheh..
Permandangan dari dalam kedai. Dikelilingi dengan makanan dan minuman yang pelbagai
Peringatan: Entri ini mengandungi banyak gambar! KAH!
Nama Kedai: Madness Chicken Chop Fries
Ayamnya lembut, padanlah dengan fries dan sayur-sayuran tu. Kalau time aku diet, of course ini pilhan pertamaku! Hihi..Ada banyak lagi menu lain kat kedai ni tau!
Ini satu lagi menu yang aku kunyah tanpa bosan. Benda yang melemakkan sentiasa menjadi pilihan. Selain western, kat sini ada nasi, mee, roti canai, seafood, sate, churros, kek lapis pun ada! Ehh memacam lah kalau dah namanya medan selera...Huhu..
Uncle Rashid Nasi Ayam dan Nasi Goreng Ayam Sambal
Nasi goreng tu sedap, adik aku pun sukaaa. Hihi~
Nama Gerai: Dapor Alisya
Nama Gerai: Gerai Warisan Zahara
Asam Pedas Tetel dan Masak Lemak Daging Salai
Aku suka menu di atas dan di bawah nih!! Pedas betul masak lemak daging salai tuh!
One of set asam pedas dorang. Ikutlah nak nasi putih ker, nasi goreng ker, didatangkan besama telur goreng, ikan siakap dan kuahnya!!
Menjilat jari beb!
Nama stall: BK Biryani House
Menu ni terasa herba-herbanya. Ada orang minat bau herba gitu, ada orang tak minat yang penuh herba. Tapi tekak aku, masih boleh menerimanya.
Nama stall: Warung Poject Presto
Nasi Ayam Penyet
Nama stall: Adam Kitchen
Bubur nasi bersama lauk-lauknya. Makan menu simple camni pun dah sedap..
Lagi-lagi kalau tengah tak sihat, ini mampu kembalikan seleraku!
Kue Teow mantop! Tengok ler udang besar besar dalamtuh! Tak dekut uii! Blogger Farahuda pun suka kue teow ni..
Nama Gerai: Hailam Daging Rimau
Banyak banyak mee aku try kat sana, ini my favourite lah! Adik aku pun cakap sedap! Udang besar besar beb!
Nama Kedai: Mama Anie Kitchen
Bakso Mangkuk.
Yang ni terasa agak masin kuahnya haritu.. Tak pasti memang kena macamtu rasanya ke camana. Bebila singgah nanti try tanya..
Bakso Mercun.
Pedas meletup gituh! Babomm! Hiks~
Yes, di bawah inilah one of kedai menarik tertarik kat sini, Nobie Nyonya Food Halal!
Wow! Siap keluar api tuhh!
Ok, sambil menyambung makan, kita dengar buskers! Start 8pm sampai 11pm akan ada buskers berikan hiburan buat pengunjung.
Adik aku tertarik dengan design gitar tu weh! Unik gitar abang tuh!
Blogger Ain join menghiburkan harituh! Aaaa, melting suara sedap!
Nama Gerai: Syerrcookhouse
Rojak Asma
Rojak Charkueh
Haaaa, peminat rojak asma, sila ler ke sini!!!
Otak-otak.
Sate ni sedap, aku siap tapau bawak balik rumah! Kuahnya tu sedap jugak.
Tiba masa untuk manisan pulak. Mulakan dengan churros! Perghhh..nikmat! Lama tak kunyah churros. Always favourite lah.
Apam balik. Aku jarang makan apam balik tapi apam balik coklat tu sedap lahh! First time try apam balik cekelat..Padahal selalu jumpa tapi baru haritu nak try~ Next, kita try makanan tinggi nih pulak..HAHA
Roti tisu letops! First time aku tengok depan mata orang tu buat roti tisu! Mantap beb! Aku suka sangat!! Tapi sebab dah banyak makan makanan lain, ini aku cubit rasa rasa sikit je..Nanti repeat! Sebelumni beli roti tisu tak setinggi gini ui! Okaylah, lepas makan, kenalah minum air. Kami order air nih! Pelbagai jenis air dijual, seperti air sejuk atau panas, milkshake, juice, air tin dan boba pun ada!
Choco Hazelnut Milkshake with Oreo Cookies and Coco Syrup adik aku punya. Panjang ek namanya. Harga RM13 secawan manakala orange juice pilihanku berharga RM7.90
Haritu datang time hujan, punyalah sejuk dan kelaparan behtul, sambil makan sambil dengar buskers, lagi syoklah nak makan, kan.... Surau kat sana bercampur untuk lelaki dan wanita. So reti retilah manage time ye. Dan tempat amek wudhu pun tiada di surau, kena pergi toilet. Tandasnya bersih tapi tak pulak amek gambar. Oh ya, kalau datang sini bolehlah hantar cuci kereta kat dalam parking area tu jugak.. Then kalau rasa malas nak balik, check in lah kat New York hotel sebelah tuu! HAHA. Senang!
Dah kenyang..Jom balik! Baru lepas hujan jugak time tu.
Info lanjut seperti di bawah:
YJ Medan Selera
Alamat : 18, JLN Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru.
( Bersebelahan New York Hotel)
No handphone : 019-7640990
Live band : 8pm-11pm SETIAP HARI
Waktu Operasi : 10am-12.45pm
PARKING PERCUMA
Notahati: Moga dipermudahkan urusan mereka yang menghadapi bencana banjir di seluruh negara.
4 Comments
aduhhh..pedih perut tengok gambar makanan aje ni
ReplyDeleteHaha.. sedap belakaaa!
Deletefuhh...mana satu nak makan ni. Semua menu sedap sedap.
ReplyDeleteIni mesti pening hendak makan apa.
ReplyDeletePenting sedap.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .