Manners aka Adab

Manners aka Adab

Manners aka Adab ||  Ini aku just copy dan share dari satu petikan kat Facebook. Ada betulnya jugak depends pada keadaan.. Dan aku suka dengan penulisan ni, sambil terupdate blog ni...Apa salahnya share..Hehee.. 

Baca satu persatu:

1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tidak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.

2 . Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.

3. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, "Oh, belum kahwin ya? Umur sudah berapa ni?", atau "Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?", "Kenapa belum beli rumah?". Itu hal peribadi. Tidak perlu ditanya. Bukan hal kita. 

4. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tidak rugi bantu mudahkan orang lain. 

5. Berhati-hati dalam bergurau. Tidak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tidak suka, hentikan. Jangan diulang lagi.

6. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila sudah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.

7. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.

8. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau sudah terbagi tahu, eloklah jemput terus. 

9. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.

Pulut kuning

Gambar haritu buat majlis makan makan sikit..Sempena apa?? Kalau rajin, Nona story sini ok..Hahahaha..Too busy rasanya buat masa ni

#staysafestayhealthy

#pesananbuatdiri

Info copy dari sini:

https://www.facebook.com/324585111526420/posts/962076161110642/

Post a Comment

13 Comments

  1. ada dpt juga msg ni org share kt whatsapp....cute la hiasan pulut kuning tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. comey kan.. Rasa pulut tu pun sedap jugak..

      Delete
  2. Orang muda sekarang, ramai yang dah lupa adab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada sesetengahnya camtu.. agak ramai jugak..

      Delete
  3. Setuju sangat . Baru alami bab call.

    Pantang betul orang call berkali kali ni. Memanglah dengar tapi tgh drive. (Atau buat benda lain macam livestreaming/video shoot)

    Masa tu gigih berhenti tepi untuk return call. Rupanya benda tak penting. Aduh sakit hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduduuduu... sakitnyaaa hati kita membacanyaaa... Kalau too urgent tu, boleh lah dimaafkan lagi.. Kan

      Delete
    2. zaman sekarang mostly kita prefer mesej je, kan (wasap).
      sebab ia boleh dibaca ketika kita sedang sibuk buat keje lain.
      dan call ni kekadang tak berjawab sebab environment tempat kita berada tu.
      meeting ke.
      dlm tandas ke :) ha ha ha ha...

      Delete
  4. Bagus share kan.. Kdg org terlupa atau terlps pandang adab2 tu semua. Lapar plk tgk pulut kuning hhehe

    ReplyDelete
  5. Ini semua common sense aje patutnya. Tp ramai yg main redah aje

    ReplyDelete
  6. Adab yang perlu dijaga. Bagus ingatkan :)

    ReplyDelete
  7. Adab yang perlu dijaga. Bagus ingatkan :)

    ReplyDelete
  8. No 6 betul sangat. Selalu rasa kecil hati orang tidak balas mesej.

    ReplyDelete
  9. semua betul.
    setiap satu tu sgt betul dan benar!
    adab ni luas.
    mulut. perbuatan. lenggok badan, kan :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .